Part 12

57.9K 3K 92
                                    

Aku hanya memasak paprik ayam, kailan ikan masin beserta sayur campur untuk hidangan makan malam ini. Malam ini aku masak lebih sedikit kerana bilangan orang yang makan lebih ramai berbanding tengah hari. Aku difahamkan beginilah rutin seharian keluarga mereka.

Makanan yang siap dimasak kuhidangkan di meja makan utama. Kulihat Dato' Salim dan Zizi sudahpun mengambil tempat. Peramah juga Dato' Salim ini. Sewaktu aku di dapur tadi, ada jugalah dia menegurku. Bila aku memanggilnya Dato', cepat-cepat dia suruh aku memanggilnya uncle. .

Datin Fatinah , Syakir dan juga seorang remaja perempuan yang kuduga sebagai Syakirah turut mengambil tempat. Baru sahaja aku ingin mencedokkan nasi ke dalam pinggan Datin Fatinah, dia menegah.

"Qirah, duduklah sekali makan dengan kami," pelawanya.

"Eh, tak apalah auntie." Dengan lembut aku menolak.

"Ala, jangan malulah. Awak makan sekali dengan kami. Duduk. Jangan lawan." Tekannya lagi.

Aku pasrah. Makan sekali saja pun. Bukannya luak apa-apa. Aku mengambil tempat di sebelah remaja perempuan itu, di mana aku bertentangan dengan Syakir.

"Cedokkan lauk untuk aku. Dah tak reti nak buat kerja?" arah Syakir. Dia tidak pernah nak berlembut dengan aku. Aku sabarkan sahaja hati ini.

Datin Fatinah menjelingnya tajam. Tapi Syakir tetap dengan riak tanpa perasaannya. Aku hanya tersenyum hambar. Tak apa auntie, anak auntie ni memang macam ni. Saya dah biasa. Aku mencapai senduk nasi lalu dicedok ke pinggannya. Kemudian, aku turut meletakkan lauk paprik ayam dan kailan ikan masin ke atas pinggannya.

"Qirah.. yang sebelah Qirah ni anak perempuan bongsu auntie, Syakirah Imanina. Dia ni sekolah lagi, baru tingkatan lima. Kalau kamu nak tahu, kami pun panggil dia Kirah. Ni sekarang dah nama kamu pun Qirah, tak tahu nak bezakan panggilan macam mana," celah Datin Fatinah tiba-tiba. Belum sempat aku nak makan.

Datin Fatinah, Dato' Salim dan Syakirah Imanina ketawa kecil. "Hai Kak Qirah. Nice to meet you. Lupa pula nak tegur tadi. Maaf ya," sapanya ramah.

"Nice to meet you too. Tak apa. Tak kisah pun," selorohku turut membalas sapaannya.

Syakir berdehem kecil. Kedengaran batuk halus dari kerongkongnya tapi aku dapat rasa yang dia sekadar berpura-pura batuk. "Ni meja makan. Tempat untuk makan, bukan untuk berbual. Makan diam-diam." Eleh, kes dengkilah tu.

"Haah, bisinglah akak ni. Cakap dengan orang asing pula tu," sokong Zizi pula. Aku tak tahulah kenapa sifat dia ni sama dengan sepupunya itu. Boleh pula gen Syakir ni turun pada dia.

"Zizi jangan menyibuk. Akak cubit nanti." Syakirah menunjukkan jarinya.

Zizi menjelir lidah. Eh, biadab! Geram pula aku yang melihat. Disebabkan aku ini penyayang dan suka budak-budak, aku tahankan saja perangai dia ni. Kalau aku panas baran, agak-agak dah lama budak ni tersadai dalam kolam renang tu.

"Zizi... behave yourself," teguran Dato' Salim menghentikan kelakuannya. Dan suasana sepi seketika. Aman sedikit tanpa suara sumbang.

***************

Pintu bilik Syakirah kuketuk. Setelah diarahkan masuk, aku memulas tombol pintu biliknya dan melangkah masuk. Aku memerhatikannya yang sedang menelaah buku di meja belajar. "Kirah, nak letak susu ni di mana?"

Segelas susu Nespray masih berada di peganganku. Tadi Syakirah meminta tolong aku membuatkan susu untuknya dan menghantarnya ke bilik. Baru aku tahu yang rutinnya setiap hari selepas makan malam adalah minum susu.

"Letak kat sini aje. Thanks ya kak. Susah-susah aje." Ucapnya kepadaku.

"Tak ada hallah. Benda kecil aje." Aku meletakkan gelas itu di atas meja kecil yang dimaksudkan Syakirah.

Dear Aqirah [TERBIT]Where stories live. Discover now