Part 19

57.3K 3K 85
                                    

Aku merengus tatkala melihat figura Syakir yang sedang membelakangkan aku. Nampak asyik sungguh dia memberi makanan kepada ikan-ikan di kolam ikan. Pertama kali, sepanjang aku bekerja di sini, aku nampak dia buat kerja tersebut. Betul-betul ajaib! Atau... dia sengaja tunggu aku sebab nak ejek aku? Boleh jadi juga, kan.

Aku cuba untuk tidak menghiraukannya, berjalan seperti biasa dengan harapan dia tidak akan memusing ke belakang sekaligus bertembung pandangan dengan aku.

"Baru balik ke?" Tegur satu suara. Baru sebut tak nak dia nampak, dah dia nampak juga.

Aku memandang dia yang sudah mengambil tempat di pergola. "Taklah. Baru aje nak pergi ni. Tak nampak ke?" Perliku.

"Kau asal muka cemberut semacam ni? Kena ngurat driver teksi ke?" Wah, dia tanya aku lagi kenapa! Agak-agak kalau aku cakap punca muka aku cemberut sebab dia, dia akan minta maaf tak? Huh, kirim salamlah! Mimpi saja.

Aku tahu dia sedang menyindir aku. Bukan dia tak tahu aku tengah marah dengan dia.
"Driver teksi tak ngurat saya. Tapi ada la tadi, pemandu Lexus LS F mana entah ngurat saya. Main hon-hon macam orang baru dapat kereta." Balasku geram tanpa memandang muka Syakir.

Dia terdiam.

"Alala... kesiannya. Mamat malang mana yang nak ngurat kau tu?"

"Entah. Tapi, tak silap saya nama dia Syakir Iman bin Salim."

Dia ketawa pula. Lawak ke? Apa yang lawak? Nama dia kut yang lawak.
Syakir berjalan mendekatiku. Aku masih buat tak tahu. Muka kena control, beb.

"Ala... kau merajuk la ni sebab aku tak tumpangkan tadi, kan? Cakap aje la," tekanya.

Aku merengus. Sakitnya hati aku hanya Allah saja yang tahu. Dahlah dia tak tumpangkan aku, pemandu teksi pula perangai macam minta penampar sulung aku. Sesuka hati saja dia pegang tangan aku masa aku bayar tambang tadi. Itu nasib aje aku tak bagi flying kick sebab aku malas nak buat kecoh depan Vila Bahagia ini.

Tanpa aba-aba, aku terus melangkah ke dalam vila. Soalan tadi kubiarkan tak berjawab. Tapi aku tahu, Syakir tahu jawapannya.

Dia terjerit memanggilku. "Wei, aku cakap dengan kau ni!"

Dan, berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Naik bingit telinga aku. Cepat sikitlah sampai pintu utama. Aku dah malas nak dengar suara Tarzan versi moden ini.

"Wei! Wei!" Jeritnya lagi. Dan aku hanya menjelir lidah tanpa dilihat olehnya. Puas hati aku! Haha.

Tiba-tiba, beg SAGku ditarik dengan kuat menyebabkan tubuhku terpusing ke belakang. Tubuh yang hampir jatuh aku stabilkan dengan menahan tanganku pada sesuatu.

Gulp! Aku menelan air liur apabila tersedar kedua-dua tanganku melekap kemas di dada bidang Syakir. Nasib baiklah berlapik walaupun dia cuma memakai baju Pagoda. Euwww... confirm aku kena sertu nanti. Allah, malunya!

Dengan geram, aku menggunakan beg aku untuk memukul Syakir. "Tuan ni, kenapa main tarik-tarik? Boleh panggil aje kan? Tak pasal-pasal saya hampir ter...... haa... tuan." Marahku terus menerus memukulnya. Perkataan 'terpeluk' itu tidak aku habiskan, sumpah malu.

"Adoi, sakitlah! Janganlah pukul." Dia mengaduh sambil cuba menangkis pukulan daripadaku. Ada aku kisah?

"Aku dah panggil kau banyak kali kan? Dah kalau cakap dengan kau macam cakap dengan baju, aku tarik ajelah beg kau." Jawabnya lagi.

Aku tidak lagi memukulnya. Hanya renungan tajam yang kuberikan. Melihat dia yang sedang menggosok bahu dan tangannya sudah cukup puas bagi aku.

"Bila masa tuan panggil saya? Setakat wei, wei, tu... monyet pun boleh panggil la."

Dear Aqirah [TERBIT]Where stories live. Discover now