Part 7

58K 3.1K 198
                                    

"Sebelum tu apa?" Tanyaku tak sabar untuk menanti bicara selanjutnya.

"Kau pandai masak?"

"Hah?"

"Pandai kemas rumah?"

"Hah?"

"Pandai layan budak kecil?"

"Hah?" Buat kesekian kalinya, aku terbeliak. Apa makna soalan dia ni?

"Kau ni kenapa? Dari tadi asyik hah aja? Cuba bagi ayat lain... apakah ke? What ke?" Marahnya. Mungkin geram kerana aku tak menjawab soalannya.

"Bukan apa... saya kepelikan ni. Kenapa awak tanya soalan pelik macam tu?"

Dia terdiam. Fail di tangannya ditutup. Rambutnya diraup ke belakang. "Just answer me. No need to ask why."

Ish, tanya pun salah ke? Dia tanya aku soalan pelik-pelik tak apa pula. Iyalah, dia bos kat sini. Aku ni, penganggur terhormat.

"Masak tu, bolehlah sikit-sikit. Kemas rumah, mestilah pandai. Anak dara apa kalau tak pandai kemas rumah. Layan budak kecil, itu hobi saya. Sebab saya membesar bersama ramai adik-adik di sekeliling saya," jawabku panjang. Tiba-tiba teruja cerita perihal diriku.

Dia mengangguk kemudian menggeleng. Dia melangkah ke meja kerjanya. Punat interkom ditekan. Kedengaran suara merdu Fina dari dalam talian.

"Fina, masuk bilik I sekarang. Dan bawa masuk surat perjanjian yang I suruh you siapkan tempoh hari." Arahnya lalu dia kembali duduk di sofa sambil meletakkan kaki kirinya di atas kaki kanan dengan lutut dibengkokkan.

Tidak lama kemudian, Fina masuk dengan membawa beberapa helai kertas putih bersaiz A4. Dia menyerahkannya kepada Syakir lalu berdiri di sebelah sofa, menanti arahan selanjutnya. Aku memandang Fina yang turut memandangku. Mukaku menggambarkan soalan surat apa awak bawa tu?

Tetapi dia hanya diam, mengangkat bahu. Muka dia macam bersalah dan terkejut. Entahlah, aku pun tak tahu.

"Nampaknya you menepati kehendak I. Tak sia-sia I fikirkan rancangan ni dari awal," ujarnya yang membuatkan dahiku berkerut seribu.

"Maksud encik?"

"Hmm... nampaknya you layak untuk satu jawatan kosong," jawabnya. Mataku bersinar. Jawatan kosong? Jawatan apa tu?

Belum sempat aku bertanya, dia menyambung. "Tahniah, you akan bekerja sebagai pembantu rumah I selama empat bulan tanpa gaji."

Spontan aku berdiri kerana terlalu terkejut. Baru tadi aku berangan yang enak-enak. Tapi, semuanya musnah apabila mendengar bicaranya.

"Apa??! Pembantu rumah?" Suaraku naik tiga harakat. Syakir dan Fina pun terkejut nendengar suaraku. "Ini tak adil, Encik Syakir."

Memang tak adil pun. Pertama, aku disuruh jadi pembantu rumah dia. Apa guna aku belajar tinggi-tinggi tapi bekerja sebagai pembantu rumah? Tapi okeylah, sekurang-kurangnya halal. Kedua, empat bulan? Dia ingat empat bulan tu macam empat hari ke? Tak ingin aku nak menghadap dia selama empat bulan. Tapi tak apa, aku rasa aku masih boleh bersabar. Tapi yang ketiga, tanpa gaji? Dia ingat ini zaman dahulukala ke sampai nak ibaratkan aku macam hamba abdi? Dia nak kerah tenaga aku, tapi tak ada gaji. Apa dia ingat kerja tu senang ke. Bibik Indonesia pun gaji tujuh ratus, aku ni... habuk pun tarak.

"Adil tak adil, you sendiri yang kata sanggup kan? Lagipun, inilah hukuman untuk you, sebagai ganti you tak dapat bayar ganti rugi tu." Dia mengangkat kening. Ada ke aku kata aku sanggup? Err... such a manipulator.

"Tapi encik... takkan saya nak kerja tanpa gaji? Sia-sialah saya bekerja," suaraku lirih.

"Sia-sia ke? Eh, taklah. Kau ada gaji. Sebulan sembilan ratus. Cukup kan? Tapi anggaplah gaji kau tu aku ambil untuk bayar harga cincin tu. Kalau ikutkan empat bulan tu tak cukup, tapi aku malas nak hadap muka kau lama-lama," tukasnya, kejam. Serta merta panggilannya berubah.

Eleh, macamlah aku nak hadap muka dia sangat. Dengan perangai tak semenggah dia tu. Aku agak aku boleh jadi gila nanti.

"Encik... ini tak adil." Lirih suaraku. Aku tak tahu untuk berkata apa lagi. Rasanya dah tak berguna aku mempertahankan diriku. Sebab Syakir memang kepala batu hati kayu.

Syakir ketawa mengejek. Dia meletakkan beberapa helai kertas itu di atas meja, di hadapanku. Dia meminta aku membacanya. Nak terjojol mata aku dibuatnya.

Perjanjian Pembantu Rumah di Vila Bahagia. (Bahagialah sangat)

1. Anda dikehendaki bekerja sebagai pembantu rumah selama empat bulan tanpa gaji. Jika anda ingin berhenti kerja sebelum tempoh itu, anda harus membayar ganti rugi dua kali ganda.

2. Anda dikehendaki tinggal di Villa Bahagia selama empat bulan. Bilik pembantu rumah disediakan.

3. Memasak, mengemas rumah, menyapu halaman rumah, melayan budak kecil dan sebagainya adalah tugas harian anda. Jangan berani curi tulang dan mengelat. (Budak kecil? Anak dia ke? Ke adik dia?)

4. Cuti diberikan hanya pada hari Ahad. Kalau nak balik rumah atau ke mana-mana, minta kebenaran daripada The Big Boss Syakir Iman. Kalau anda mengambil cuti pada hari-hari lain, anda harus menggantikan hari tersebut maka bertambahlah tempoh bekerja anda. (Ahad aje? Wei, pekerja Bangladesh pun cuti Sabtu dan Ahad tau)

Dan sebenarnya banyak lagi syarat-syaratnya, tapi tak sanggup aku baca.

Aku merengus. Ada ke syarat perjanjian sebegitu? Sah ke perjanjian ini di sisi undang-undang? Ya, walaupun aku tak tahu sangat pasal guaman ni aku tahu sedikit tentang surat perjanjian yang sah atau tidak.

"Setuju kan? Jadi, put down your signature, please." Arahnya sesuka hati. Eh. Aku tak kata apa-apa lagi pun.

"Tak. Tak akan dan tak pernah. Saya tak nak kerja dengan encik. Saya boleh cari kerja lain." Hai, nampaknya terpaksalah guna duit dalam bank tu.

"Oh ya? Dengan kuasa dan pengaruh yang aku ada, aku boleh buat nama kau di blacklist lah. Takkan ada sesiapa nak ambil kau kerja." Hilang segala I dan you. Fina ternganga kecil. Baru tahu ke bos kau macam mana?

Ini dah kira main kasar. Dasar Hitler betullah. Sesuka hati aja nak buat macam tu. Okey tak apa, hari ini hari kau. Esok dan seterusnya, hari aku. Tapi... umi.. abah... Batrisya... tak boleh tahu pasal ni. Ah, nampaknya aku kena menipu lagi. Berapa banyak dosalah aku kena tanggung disebabkan lelaki ni?

"Baiklah, tapi Encik Syakir sesekali tak dibenarkan menindas dan memperlakukan saya macam hamba abdi," aku menetapkan syarat lalu dengan laju aku menandatangani surat perjanjian itu.

Aku lihat dia tersenyum puas. Sukalah tu aku dengar cakap dia. Aku memang dapat agak awal-awal dia nak kenakan aku. Kalau tak, takkanlah tiba-tiba aja surat perjanjian ni ada.

Syakir mencapai kertas itu. Dia mencium kertas itu sambil tersenyum girang. Eei. Menyampah aku. "So Aqirah, welcome to your new brand life."

Aah. Your brand new life sangatlah kan. Jaga kau...

Dear Aqirah [TERBIT]Where stories live. Discover now