Part 3- Kerana Tiffany

77.7K 3.4K 125
                                    

Bosannya... huwarghh!! Aku menguap buat kesekian kalinya. Eish, hari Ahad macam ni pun bosan. Tak ada function betul. Studi dah tamat dengan jayanya, tapi kerja tak ada, nak tolong umi jaga anak pun hari ini hari cuti. Umi mengasuh anak setiap hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Nak ajak Batrisya joging pagi-pagi ni, dia ada tuisyen. Hei, cikgu dia ni pun satulah. Tak boleh ke buat hari lain? Tak puas lagi ke lima hari menghadap muka yang sama? Ish...

Semua kerja rumah aku dah buat. Baik menyapu sampah, lap habuk, mop lantai, kemas bilik, cuci pinggan semua aku dah buat melainkan basuh baju. Yang tu, umi saja yang buat. Sebab aku ni tak pandai guna mesin basuh tu. Bengap kan? Tinggal tekan saja pun, tapi aku tetap malas nak buat kerja tu dan tak nak ambil tahu butang mana yang perlu ditekan.

Aku melangkah ke dapur. Sempat lagi aku menjengah ayah di ruang tamu yang sedang khusyuk menonton rancangan Malaysia Hari Ini di Tv3. Aku terus ke belakang, mencari kelibat umi yang terlindung di sebalik kain-kain yang telah dijemur.

"Umi..." aku memeluknya manja.

"Kus semangat. Ya Robbi. Qirah ni, suka buat umi terkejut tahu." Umi mengusap dadanya. Aku hanya tersengih.

"Haa. Ni mesti ada apa-apa kalau tersengih serupa kerang busuk ni? Cakaplah," duga umi seratus peratus tepat. Pandai betullah umi ni. Aku belum bagitahu apa-apa lagi dia dah dapat agak. Mukadimah pun aku tak mula lagi.

"Err. Umi, bosanlah. Lama tak keluar kan? Isya habis tuisyen pukul 11 kan? Nanti, masa nak ambil dia. Kita keluar sekalilah, boleh tak? Bosan sangat ni umi." Aku membuat suara manja. Sebenarnya, lebih kepada suara gedik minta kaki.

Umi tersenyum seraya menggelengkan kepalanya. Dia berpusing lalu meneruskan kerjanya. Aik, umi ni. Kita tanya, dia buat tak tahu pula. Sakitnya tuh... di sini tahu? Haha. Haish, tanya abah pulalah.

Belum sempat aku menapak, umi memanggil namaku. "Okeylah. Umi faham anak umi ni bosan, kerja pun belum dapat. Lagipun barang dapur dah nak habis, boleh kita beli sekali. Cakap kat abah ya. Pukul 11 nanti kita keluar."

"Yeah!" Aku menjerit kegirangan macam budak-budak baru dapat gula-gula. Keluar jalan saja, bukannya pergi melancong ke Korea. Tapi, aku punya suka,, macam melebih-lebih pula.

*************

Aku menutup pintu kereta Honda City milik abah. Butang hijau ku tekan supaya pintu terkunci. Umi, abah dan Batrisya awal-awal lagi sudah masuk ke dalam Big Aeon. Aku baru sahaja memarkirkan kereta. Haa, jangan ingat aku tak pandai bawak kereta tau. Aku pandai, cuma malas nak buat lesen saja. Sebab itulah aku memandu sekali-sekala, bila aku rasa aku ada mood. Takut juga kalau road block, tapi setakat ni belum lagi terkena. Naya sahaja kalau kena saman dengan polis. Eh, abah tu bukan polis juga ke? Maknanya abah ni pilih kasihlah ya. Hahaha. Tapi aku sendiri yang memujuk abah, kalau tak... memang kirim salamlah abah bagi aku memandu.

Aku membuka payung. Hujan lebat betul. Pergerakanku menjadi lambat sebab ditolak angin. Susah juga jadi orang kurus ni. Haha. Tapi aku percepatkan langkah. Tergesa-gesa aku berlari anak. Baru sahaja aku ingin menapak ke perkarangan Big Aeon, aku terlanggar sesuatu. Cis! Siapa yang buta ni?

Aku menoleh sekilas sebelah kananku. Erk... Encik Syakir? Eh, panggil Syakir sajalah. Dia bukan bos aku pun. Duh, seksi betul aku tengok muka dia tengah basah macam ni.

"Hei! Jalan tu guna apa? Tak nampak ke aku tengah lalu ni? Mata letak kat lutut ke? Jerkahnya. Aku menelan air liur.

Belum sempat aku bersuara, dia menarik tanganku ke dalam perkarangan Big Aeon tetapi masih belum memasuki pintu besar. Iyalah, gila ke apa nak gaduh tengah-tengah hujan?

"Err... saya minta maaf. Saya tak sengaja. Saya tak perasan awak lalu tadi."

"Maaf? Senangnya kau cakap?" Suaranya meninggi. Orang ramai sudah melihat kami dengan pandangan yang aku sendiri tak tahu. Mungkin pelik melihat kami bergaduh begini.

Yang mamat ni pun satu, okay apa aku minta maaf tu. Kalau buat selamba aja marah pula. Dia nak apa lagi entah. Takkan nak aku sembah dia pula. Ei, tak ada masa aku nak buat macam tu.

Dia mendengus geram. Seketika cuma, dia melihat kotak di tangannya. Kotak... err, kotak cincin rasaku. Tertulis jenama Tiffany & Co di atas penutup kotak cincin itu. Tapi, aku tak nampak cincin pun. Tiba-tiba, dia merengus kasar. Terkejut aku dbuatnya. Dia merenungku tajam.

"Hei, kau tengok apa yang kau buat? Mana cincin aku hilang?" Dia menyuakan kotak cincin itu kepadaku. Betul-betul di depan mataku. Dia membongkokkan badannya. Berjalan sekitar kawasan ini sambil matanya melilau mencari cincinnya. Aku yakin, pasti cincinnya jatuh sewaktu aku terlanggarnya tadi.

"Tak tahu pun. Ala, cincin hilang aja pun." Selamba saja aku menjawab. Eh, tapi kan. "Haa? Hilang? Salah saya ke?" Tanyaku dengan soalan yang kurasakan bodoh.

Aku turut membantunya mencari cincin itu. Minta-mintalah jumpa. Mahal tu weh. Kilauan itu menyilaukan mataku. Oh, cincin itu. Aku tersenyum riang.

"Saya dah jumpa," jeritku lalu bergegas ke arah cincin yang elok terletak berdekatan parit kecil.

Aku berlari anak. Syakir hanya membuntuti langkahku. Disebabkan lantai licin, aku terlajak langkah dan... kakiku tersepak cincin itu. Tidak! Mataku hanya mampu melihat cincin itu bergolek ke dalam parit.

Aku membongkok, cuba mencapai cincin itu tapi tidak sempat. Cincin itu terus hanyut dibawa arus air deras.

Mulutku ternganga. Gulp! Aku menelan air liur lalu memandang Syakir yang sudah berdiri di sebelahku. Pandangannya tajam seolah-olah ingin menelanku hidup-hidup. Dia pasti sangat marah terhadapku.

"Maaf encik. Saya tak sengaja. Betul-betul tak sengaja." Aku merayu kemaafan daripadanya.

"Maaf? Senangnya kau cakap. Kau tengok, disebabkan kau cincin aku selamat dibawa air. Kau ni kan." Hei, ini dah kali kedua dia ulang ayat yang sama. Aku rasa dia ni bendul jugalah, memanglah cakap tu senang. Tak susah pun. Pakai mulut aja, bukan kena bayar tol dulu ke apa.

Deringan telefon membantutkan hasratku untuk bersuara. Dia mengangkat panggilan, mulutnya terkumat-kamit. Entah apa yang dia cakap, aku malas nak ambil tahu. Seketika kemudian, dia memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar. Dia kembali memandangku.

"Dengar sini! Masalah ni belum selesai. Aku nak kau jumpa aku esok, dekat pejabat aku. Ambil kad ni," katanya lalu menghulurkan sekeping kad kepadaku. Ala, dia tak payah bagi pun aku tahulah alamatnya. "Pukul 9, aku tahu kau dah ada dekat pejabat aku. Kalau kau lambat, tahulah apa nasib kau. Bak sini IC kau."

"Haa? Nak buat apa?"

"Bagi ajalah. Jangan banyak tanya. Aku nak cepat ni." Dia menadah tangannya. Eleh, ingat aku heran ke dia nak cepat ke apa? Tu hal dialah, bukan hal aku. Tapi aku sendiri tak tahu kenapa tangan aku ni gatal sangat ambil kad pengenalanku dari beg.

Aku segera menghulurkan kad pengenalanku kepadanya. Oh,tidak! Muka aku masa 18 tahun tu. Dia ketawa kecil. Nak kutuk muka akulah tu. Aku tahulah muka aku tak secantik mana, tapi nak gelak tu agak-agaklah. Dia membuat isyarat dengan dua jarinya disuakan ke matanya lalu disuakan ke mataku yang bermaksud 'see you'. Dia terus beredar meninggalkanku.

Cit, piraahh. Kerek. Berlagak. Kau ingat kau kaya, beli cincin Tiffany tu aku seram dengan kaulah? Hei, malam sikitlah kalau aku nak seram. Err, Tiffany aja pun. Tapi, memang patutlah dia marah. Cincin tu bukannya murah. Cincin itu untuk siapa ya? Ish, agak-agaknya dia nak buat apa pada aku esok ek? Arh, lantak dialah. Just wait and see.

Aku segera masuk ke dalam Big Aeon. Pasti umi, abah dan Batrisya mencari dan menunggu aku. Dengan laju, aku mencapai telefon bimbitku lalu menghubungi Batrisya untuk mengetahui lokasi mereka.

Dear Aqirah [TERBIT]Where stories live. Discover now