Part 18

59.4K 2.9K 46
                                    

Aku menggosok pakaian yang telah kering kemudian kugantung di penyangkut baju. Rutin kebiasaan kerana mereka tidak akan melipat pakaian kecuali yang 'adik-adik' itu. Tapi, itu bukan tugas aku untuk melipat.

"Qirah..." satu suara menyapaku.

Aku menoleh lalu tersenyum kepada pemilik suara itu. "Ya, auntie?"

"Kamu sibuk ke? Mari sini, ikut auntie ke dapur sekejap. Kita duduk-duduk dulu."

Aku terus mematikan suis. Baju-baju yang telah disangkut kuletakkan dahulu di dalam almari tiada pintu. Aku dan Datin Fatinah terus melangkah keluar daripada dobi. Dobi di dalam rumah, okey.

Datin Fatinah melabuhkan punggung di atas kerusi diikuti oleh aku. Aku memandangnya dengan seribu persoalan. Jarang dia ajak aku berbual-bual atau bersantai waktu aku bekerja. Kali ini, lain pula. Macam ada perkara penting saja.

"Qirah dah berapa lama kerja kat sini?" Soal Datin Fatinah.

"Hmm..." aku menggosok-gosok dagu seolah-olah berfikir. "Rasanya dah sebulan seminggu dua hari sembilan jam tiga puluh tiga minit."

"Saat tak nak kira sekali?" Datin Fatinah mengulum tawa dan aku hanya tersipu malu.

"Tak dapat agak la auntie. Hehe. Ada apa auntie suruh saya ikut auntie ke dapur ni? Nak suruh saya masak ke?"

Datin Fatinah menggeleng. "Takkanlah awal-awal lagi nak masak. Belum waktunya kan. Cuma..." kata-katanya terhenti lalu dia menyeluk tangannya ke dalam poket bajunya.

Sehelai sampul surat berwarna coklat dihulurkan kepadaku. Apa benda ni? Surat perletakan jawatan ke? Eh, surat perletakan jawatan tu kalau aku yang nak berhenti kerja! Hmm, surat pemecatan kut. Haha. Tapi, tak mungkinlah.

"Ni gaji untuk Qirah. Maaflah, lambat sikit auntie bagi. Asyik lupa saja." Datin Fatinah ketawa kecil.

Lambat-lambat aku mengambil sampul surat itu. Aku membuka sedikit sampul itu sekadar untuk memastikan kesahihan butir bicara Datin Fatinah. Hah?? Banyaknya duit. Beberapa keping not 100 terdapat di dalamnya. Dalam hati, aku tersenyum girang tapi aku tak tunjukkannya di hadapan wanita tua ini. Gila tak senyum. Siapa tak suka duit oi?

Tapi, senyuman aku pudar tatkala teringat perjanjian aku dengan Syakir. Bukan ke aku bekerja tanpa gaji? Dan bos sebenar aku adalah Syakir? Bermakna, Syakir yang berhak memberi gaji atau tidak. Tetapi, kenapa Datin Fatinah memberi aku duit ini? Syakir tahu ke ek?

"Err.. tapi auntie. Gaji saya kan, Tuan Syakir yang bayar. Kenapa auntie susah-susah bayar gaji saya? Tak boleh ni, auntie. Saya tak boleh terima duit ini." Aku menyuakan kembali sampul itu kepada Datin Fatinah namun dia juga berbuat perkara yang sama kepadaku.

"Ambil aje, Qirah. Kalau Syakir yang bayar gaji kamu, itu antara kamu dan dia. Tapi, ini memang untuk kamu. Sebagai ganjaran kamu bersusah payah kerja di vila ni. Ambil ya, Qirah. Auntie ikhlas," ujarnya lembut.

Aku berfikir sejenak lalu berkata, "Tuan Syakir tahu ke tentang ni? Nanti kang, dia marah pula."

Datin Fatinah menggelengkan kepalanya. "Ish, takkanlah dia nak marah. Tapi jangan risau, dia tak tahu pun. Dan tak perlu tahu."

Akhirnya aku ambil juga sampul surat berisi duit gajiku itu. Alhamdulillah, ada juga rezeki. Baik sungguh hati Datin Fatinah ini. Sudahlah kaya, pemurah pula.

"Terima kasih, auntie. Rasanya banyak sangat duit dalam ni. Nanti saya kira, ya. Nak kira sekarang kang nanti tak jadi kerja pula. Hehe." Kataku.

"Sama-sama. No biggie, dear. Iyalah, suka hati kamu la. Auntie ke depan dulu ya." Datin Fatinah bingkas bangun dan terus berlalu ke ruang tamu. Aku hanya memerhatikannya sehingga kelibat itu hilang dari pandangan.

Dear Aqirah [TERBIT]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora