Part 8

63.1K 3K 77
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 1.04 petang. Perutku sudah berkeroncong menyanyikan irama K-pop meminta diisi. Aish, dah lambat sangat dah ni! Kalau balik nanti, pasti aku kena soal jawab dengan umi. Mana taknya, asyik keluar temudugalah, apalah, tapi tak kerja-kerja juga.

Aku berjalan menuju ke kafeteria syarikat ini. Bila lagi nak jejak kaki kat kafeteria tu kan? Lantaklah harga mahal tak mahal, asalkan perut aku ni kena ada isi.

Buk!

Seseorang melanggar bahuku. Aku mengaduh kesakitan. Siapa yang langgar aku ini? Orang ke Iron Man? Gila sakit. Aduhai, memang hidup aku ni ditakdirkan untuk dilanggar orang saja ke?

Aku menoleh ke arah insan yang melanggarku. Eh, dia kan...

"Pika.."

"Qirah.."

Kami berkata serentak. Kemudian, pecah ketawa kami berdua. Siapa sangka, aku akan berjumpa dengan rakan sekuliah, sebilik dan sefakultiku di sini merangkap kawan baikku.

Aku menahan senyum.

"Kau buat apa kat sini?" Soal kami serentak, sekali lagi.

"Okey. Whatever. I'm starving right now. So, why not we chitchat chitchat kat kafe? Jom." Ujar Pika lalu dia terus menarik tanganku menuju ke kafeteria.

Otakku ligat berfikir. Apa yang Pika buat kat sini? Dia bekerja di sini ke? Kalau ya, sebagai apa?

Kami mengambil tempat yang terletak berdekatan dengan air terjun buatan kafeteria itu. Rasa damai sungguh hati aku ni. Macam biasalah kan, ambil pesanan and blah blah blah.

Pika memandangku, "jadi, what are you doing here?"

"Haa? Err... erm... tak buat apa-apalah. Kau pula buat apa?" Dalihku.

"Aku kerja kat sinilah, jadi akauntan. Hampir tiga minggu juga. Ala weh, cakaplah. Takkan kau sesuka hati nak jejak kaki kat sini? Atau kau datang untuk temuduga? Tapi tak silap aku, dah tak ada jawatan kosong untuk akauntan. Kalau ada pun, cleaner adalah. Eh, takkan kau nak jadi cleaner kut." Panjang betul Pika ni bercakap, tak reti penat.

Dan, sekejap. Dia cakap dia jadi akauntan hampir tiga minggu? Bermakna, temuduga tempoh hari, Pika berjaya lah ek. Hmm.. aku sajalah yang menganggur ni.

"Cleaner tu lagi okeylah kan daripada jadi pembantu rumah tak bergaji," tuturku perlahan tapi melihat reaksi Pika, aku rasa dia macam dengar aje..

"Haa? Kau cakap apa? Aku kurang jelaslah," tukasnya.

"Tak ada apa-apa." Nasib baik dia tak dengar.

"Yeje ni?" Soalnya lagi meminta kepastian.

"Iyalah."

Tapi Pika masih tak puas hati. Baru sahaja dia ingin membuka mulut, pelayan yang membawa pesanan pun sampai. Fuhh, mujur weh. Kalau tak, naya aku nak menjawab soalan luar kotak kawan aku ni.

Dia ingin bersuara lagi. Tapi, cepat-cepat aku memotong.

"Makan dulu, ya." Aku tersenyum. "Masa makan, tak baik bercakap tau."

Aku menikmati hidangan tengah hari itu. Nikmat siot. Tak sia-sia lah maknanya duit aku beli makanan dekat sini, sebab makanannya memang sangat sedap.

Burk! Pika sendawa dengan agak kuat.

"Weh, tak malu ahh kau!"

"Ala, tak sengaja la. Hihi. Nasib baik dia tak nampak. Kalau tak, malu aku." Pika menutup mulutnya dengan tisu.

Dahiku berkerut. "Siapa dia?"

"Alaa... the most dashing eligible bachelor in the world lah. Lelaki yang sangat kacak+bergaya dalam syarikat ni," jawab Pika sambil tersengih.

Dear Aqirah [TERBIT]Where stories live. Discover now