𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 3

6.1K 286 3
                                    

KERETA Toyota Vios putih itu diletakkan dihadapan satu rumah kampung kayu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KERETA Toyota Vios putih itu diletakkan dihadapan satu rumah kampung kayu. Tidak nampak usang tapi lebih kepada moden.

" Kita kat mana ini, mama? " Tanya Orkid entah keberapa kalinya. Penat dia bertanya sepanjang perjalanan mereka tapi langsung tiada balasan.

Semalam, Puan Dahlia mengejutkannya secara paksa untuk keluar dari banglo tiga tingkat itu. Tak cukup dengan itu, telefon pintar dia turut dirampas.

" Jom kita keluar dulu, sayang." Orkid akur. Kakinya melangkah keluar dari perut kereta.

" Ini rumah lama arwah nenek papa kamu. " Puan Dahlia memulakan perbualan. Tangannya lincah mengeluarkan bagasi anak perempuannya dari bonet kereta.

" Buat masa ini, kamu tinggal disini dulu ya sayang. Mama kena pergi." Orkid segera menoleh kearah Puan Dahlia.

Pergi? Kemana?

" Tinggalkan Orkid seorang diri kat sini? " Puan Dahlia mengangguk.

" Tapi nanti mama datang balik, ya. Orkid tunggu mama tau." Sebak hati Puan Dahlia mengatakan apa yang diujarnya tadi. Dia terpaksa. Demi kebaikan semua.

" Orkid kena ingat tau, walau apa pun yang terjadi, mama tetap sayang Orkid."

" Tapi tolong, jangan mudah percaya dengan sesiapa dan nampakkan diri itu lemah."

" Mama percaya pada Orkid."

🕊️

MAJLIS perkebumian Tuan Darius berjalan lancar setelah mayatnya selesai dibedah siasat. Memang dia mati disebabkan keracunan asid sianida yang berlebihan.

Baihaqi mengurungkan diri didalam bilik sepanjang 2 hari itu. Majlis pengebumian bapanya pun tidak dihadiri.

Kepalanya terlalu penat memikirkan dimana keberadaan Puan Dahlia dan Orkid.

Tuk..Tuk..Tuk...

Pintu biliknya diketuk sebelum dibuka perlahan-lahan.

Cik Fa dan Edward.

Baihaqi yang sedang bersandar dikepala katil membuka matanya melihat gerangan yang mengetuk pintu bilik dia.

Cik Fa meletakkan dulang yang berisi makanan dan ubat-ubatan diatas meja kecil disebelah katil. Risau dia melihat anak jagaannya tidak menjaga diri.

" Tuan Muda Baihaqi."

Edward memecahkan kesunyian. Baihaqi hanya mengangguk mengarahkan lelaki itu untuk meneruskan percakapannya.

Cik Fa sudah keluar dari bilik itu.

" Josh dah dapat jumpa keberadaan Puan Dahlia. Dia ada beli tiket untuk ke Swiss. Tapi dia dah berangkat dalam pagi tadi."

Baihaqi mengerutkan dahinya. Swiss? Untuk apa?

" How about Orkid? "

" Tiket yang dibeli cuma satu dan Cik Muda Orkid masih belum dapat dikesan."

Jejaka kacak itu tergelak sinis. Jelas lagi bersuluh yang Puan Dahlia cuba sorokkan Orkid darinya. Tunggu dan lihat saja apa yang akan dilakukan.

" Aku nak cepat. Malam ini benda ni kena settle." Edward mengangguk. Dengan kerjasama rakan-rakannya yang lain, kerja ini akan menjadi mudah.

🕊️

Edward yang baru melangkah turun dari tangga terserempak dengan Feerash yang baru sahaja pulang dari tanah perkuburan.

Dia menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat.

" Baihaqi dah makan? " Edward mengangguk. Tadi dia ada melihat yang tuan muda pertamanya itu menjamah sedikit makanan.

" Tolong ambilkan aku air. Aku dahaga. Letak atas meja itu." Ujar Feerash sambil tangan menunjukkan kearah ruang tamu.

Edward akur dan berjalan kearah dapur. Kelibat Cik Fa dicari. Selesai mengambil air, pintu belakang yang sedikit terbuka dijenguk.

Cik Fa sedang menjawab panggilan telefon. Tapi entah kenapa, wanita itu kelihatan terhendap-hendap.

" Woi. Buat apa tu! " Terkejut Edward yang baru hendak mencuri dengar apa yang dibualkan. Matanya menjeling orang yang mengejutkannya tadi.

" Bodohlah kau, Josh. Nak kena ke dengan aku? " Lelaki yang bernama Josh atau Joshua itu tergelak kecil.

Dia berperanan sebagai Hacker yang bekerja di bawah Baihaqi. Kiranya anak buah Baihaqi juga.

" Kau buat apa hah? Intai Cik Fa eh? " Serkap jarang si Joshua. Edward tersenyum jengkel.

" Aku masih ada high standard la. Blah lah kau. Tak pasal-pasal aku kena potong gaji dengan Tuan Rash pula."

Joshua ketawa kecil. Dia memandang sekilas Edward yang sudah berlalu pergi dan menjenguk Cik Fa yang masih lagi berada di gangang telefon.

Dia juga aneh dengan perilaku Cik Fa yang sedikit pelik sejak akhir-akhir ini.

[ 3 ]

GADIS LINDUNGAN SYAITANWhere stories live. Discover now