𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 10

5.1K 247 0
                                    

HEMBUSAN angin yang mendayu-dayu menampar lembut kulit nipis Baihaqi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HEMBUSAN angin yang mendayu-dayu menampar lembut kulit nipis Baihaqi. Dia duduk diatas wheelchair sambil termenung di balkoni hospital. Terngiang-ngiang kata-kata Doktor Askan di dalam kotak memorinya.

" Tuan lumpuh separuh badan."

Seperti dihempap batu besar pada badan Baihaqi, dia terkulai layu diatas katil namun ditahan Edward agar tidak terjatuh ke bawah.

" Kau...kau..kau cakap apa ni..Tak mungkin lah..Aku tak cacat lagi lah.." Perlahan sahaja suara lelakinya keluar dari mulut. Masih dalam keadaan tidak percaya.

" Tapi tuan jangan risau. Ini hanya lumpuh sementara atas kesan dari kemalangan malam tadi. Kalau tuan menerima rawatan berterusan, Insya Allah tiada apa-apa yang akan berlaku." Doktor Askan cuba menenangkan Baihaqi dengan kata-katanya.

" Qi, kau jangan risau. Aku akan selalu dengan kau. Jaga kau." Walaupun dia masih terkejut dengan berita kelumpuhan Baihaqi, dia pasti tuan badan yang menerima ujian Allah itu lebih memerlukan ketenangan.

Feerash menepuk bahu sepupunya untuk menyalurkan sumber kekuatan. Orkid dihujung sudut hanya membatukan diri.

" Abang Qi. "

Wajah Orkid menyapa pandangan. Orkid memberikannya senyuman yang semanis mungkin. Tidak mahu jejaka kacak itu perasan akan wajah sembapnya. Baihaqi hanya menghiraukan gadis dihadapannya itu. Tiada langsung niat mahu membuka mulut.

" Jom masuk. Dah nak masuk waktu zohor ini. Kita solat jom. Nanti Orkid suruh nurse lelaki untuk tolong abang ambil wudhuk." Baru saja Orkid berura-ura untuk menolak wheelchair Baihaqi masuk kedalam wad semula, lelaki itu menepis kasar tangannya.

" Aku boleh buat semua sendirilah. Kau jangan fikir kau boleh ambil kesempatan atas kecacatan aku. Pembunuh." Mata Orkid sedikit membesar mendengar ayat terakhir yang dilontarkan jejaka kacak itu.

Jadi , Baihaqi menyalahkan dia atas kes kematian Pak Longnya?

" Sekarang Orkid tahu kenapa Abang Qi benci sangat nak tengok muka Orkid sekarang. Okay, faham. " Terus sahaja gadis itu masuk kembali meninggalkan Baihaqi seorang diri.

Baihaqi cuba menolak wheelchairnya masuk kedalam wad namun disebabkan lantai yang sedikit tinggi itu menyukarkannya untuk masuk. Tangannya masih lagi lemah sehinggakan menyukarkan untuk dia menolak wheelchair.

" Orkid. "

🕊️

EDWARD mendekati pondok pengawal yang berada berdekatan pintu pagar Villa Tun Yusuf. Luth dan Joshua sedang berbual bual rancak tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Kalau Edward pembantu kanan Baihaqi dan Joshua berperanan sebagai hacker, Luth pula bekerja sebagai pembantu bodyguard Baihaqi.

Kenapa pembantu? Kerana Feerash adalah ketuanya.

" Oi, bro. Long time no see ha.. Sibuk betul abang rawr kita ni. " Tegur Joshua ketika Edward melabuhkan punggung disebelahnya. Kepalanya ditepuk oleh jejaka berbangsa Cina itu.

" Aku sibuk uruskan hal Tuan Muda. Dia kan lumpuh sekarang." Joshua dan Luth mengangguk. Terkesan juga mereka mendengar berita mengejutkan itu.

" Jadi macam mana dengan TheSpirits. Tuan Darius baru je meninggal , Tuan Muda dah kena musibah macam ini. " Luth memikirkan syarikat yang sudah sekian lamanya berkembang pesat itu. Setahunya, aktiviti syarikat itu makin merundum sejak kematian Tuan Darius.

" Tuan Muda Rash yang settlekan semua. Aku tak tahu lah macam mana dia nak hadap semua ini. " Luth mengangkat bahu mendengar apa yang dikata Edward. Sejujurnya dia lebih kesian terhadap Cik Mudanya. Gadis itu lebih terkesan.

" Sekarang ini, Cik Muda lah yang jaga Tuan Muda kat sana? Bukan ke Cik Muda dalang kucar kacir ini? " Soal Joshua sambil matanya memandang Edward. Lelaki itu lebih mengetahui semua hal yang berlaku didalam villa itu. Sebab itu dia lebih suka bertanya kepada Edward.

" Tak pasti lagi. Sekarang ini kita cuma perlu jejak Puan Dahlia dekat overseas sana tu. Hanya dia yang lebih tahu apa yang berlaku sewaktu kejadian. " Balas Edward.

" Eh, sibuk pula korang dengan hal orang lain. Pergi buat kerjalah. Aku nak tidur ni. Penat. " Edward menukar topik. Macam pelik saja serius semacam dengan dua orang makhluk Allah ini.

" Kau ni tak sporting langsung lah abang rawr. Baru kitaorang nak acah acah serius macam mafia bincang hal negara itu. " Luth bersuara tidak puas hati. Potong line betul mamat ini.

🕊️

USAI sahaja solat Zohor, Baihaqi terus merehatkan diri diatas katil. Dia masih malu sebenarnya dengan Orkid. Tadi bukan main jual mahal, sekarang murah pula minta bantuan gadis cantik itu.

" Abang Qi nanti kalau nak minta tolong Orkid lagi, bagitahu. Dah tahu diri tu sakit, janganlah jual mahal sangat. " Perli Orkid dari tandas. Gadis itu sedang mencuci pakaian Baihaqi di singki.

Lelaki itu yang demand lebih nak suruh basuh bajunya menggunakan tangan.

" Jangan cakap banyaklah. Buat saja kerja kau kat situ. " Bidas Baihaqi semula. Rambutnya diraupkan kebelakang.

" Hm, ye lah. Awak je lah selalu betul. "

Nada suara gadis itu bertukar menyampah.

Sudahlah sesuka hati menyuruh orang itu ini tanpa gaji lepas itu tak cakap pula terima kasih. Dasar orang tua tak tahu malu!

Orkid tergelak sendiri mendengar kata hatinya. Itulah akibatnya bila sudah terlampau geram. Tapi mampu cakap belakang sajalah, kalau cakap berdepan nanti ada pula yang kena baham dengan bapa harimau itu nanti.

[ 10 ]

GADIS LINDUNGAN SYAITANWhere stories live. Discover now