𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 36

5.1K 240 11
                                    

BAIHAQI menjenguk isterinya yang sedang menyidai baju di ampaian melalui tingkap rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BAIHAQI menjenguk isterinya yang sedang menyidai baju di ampaian melalui tingkap rumah. Walaupun berada diluar rumah, aurat Orkid masih lagi terjaga rapi.

Apalah yang dilakukannya untuk mendapat wanita sebaik Orkid jika nak dibandingkan dengan dirinya yang penuh dosa ini?

Orkid yang perasan dirinya diperhatikan menjeling kearah Baihaqi. Tadi dia memang biarkan sahaja Baihaqi bersarapan seorang diri. Malas dia nak teman.

" Rasanya awak dah boleh balik kot. Buat apa lagi kat sini? " Kata Orkid sambil mengendong bakul kain yang sudah kosong naik ke rumah.

" Mana boleh. Bidadari saya kan ada kat sini. Takkan abang nak biarkan dia seorang diri? " Jawab Baihaqi tenang.

" Tak perlu. Selama ni saya elok je jaga diri saya sendiri. Tak mati lagi pun. Elok je ni ha bernafas. " Kedengaran begitu jengkel suara Orkid ketika itu. Menyampah sangat dia dengan suaminya.

" Sayang... "

" Saya nak rehat. Kalau awak nak makan, pandai pandailah cari sendiri. " Terus Orkid tutup pintu biliknya betul betul dihadapan muka Baihaqi.

Jejaka kacak itu mengeluh. Dia tidak boleh mengalah jika mahu memenangi hati Orkid sekali lagi.

🕊

SEDAR tak sedar, sudah hampir senja sejak Orkid terperap duduk didalam bilik. Entah makan entah tidak si encik suami. Orkid cuba mengintai dari tingkap biliknya.

Baihaqi sedang mengangkat baju yang disidainya tadi di ampaian.

Comel. Eh?

Tetapi cepat cepat dia melarikan diri ketika anak mata Baihaqi melirik ke biliknya. Selang beberapa minit, suara Baihaqi kedengaran.

" Sayang.. Abang nak keluar beli makanan dulu ya. Jaga diri. Kunci pintu rumah tau. " Pesan Baihaqi. Orkid masih lagi mengunci mulut tidak mahu bersuara.

Dengar saja bunyi enjin kereta Baihaqi perlahan lahan menghilang, Orkid terus bangun daripada katilnya. Sempat dia buat senaman ringkas.

Tangannya mencapai tuala bersih yang baru dilipat didalam almari. Namun fail coklat yang diambil dari bilik ibunya semalam menjadi tumpuan. Lantas dia mendekati meja mekap tempat fail itu diletakkan.

Fail itu dibuka dengan penuh berhati hati. Terdapat banyak kertas kertas yang hampir pudar warnanya. Satu persatu kertas itu disemak.

" Apa semua ni? "

Sijil lahir yang tertera namanya dibaca. Nama bapa dan ibunya diisi dengan nama yang kurang familiar didalam ingatan.

Tuan Amer Shah dan Marissa Hani.

Marissa Hani? Bukankah itu doktor yang merawat Baihaqi selama ini?

Otak Orkid semakin bercelaru dengan segala info yang berada didalam fail itu. Gambar gambar dia semasa kecil dengan seorang wanita dan lelaki turut ditelitinya.

GADIS LINDUNGAN SYAITANWhere stories live. Discover now