𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 𝐄 𝐏 𝐈 𝐋 𝐎 𝐆

5.4K 217 2
                                    

UWEKK! UWEKK!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

UWEKK! UWEKK!

Tangisan bayi kuat kedengaran di segenap bilik tidur milik Orkid dan Baihaqi menyebabkan jejaka itu tersedar daripada lenanya. Baihaqi lantas mematikan monitor bayi di dalam bilik mereka dan melangkah ke bilik anak lelakinya secara senyap-senyap agar tidak mengejutkan isterinya yang sedang diulit mimpi.

" Anak baba... Kenapa ini? "

Baihaqi mendukung si bayi yang sedang menangis di dalam baby coat itu. Badannya di ayunkan kekiri dan kekanan untuk memujuk anaknya. Tangannya juga tidak lepas menepuk belakang bayi itu.

Si kecil itu lalu di letakkan di atas meja untuk menyenangkan Baihaqi menukar lampin. Kebiasaannya, anaknya itu terjaga dari tidur di malam hari kerana tidak selesa akibat lampin yang penuh.

Jarang anaknya menangis kerana susu kerana sudah disusukan terlebih dahulu sebelum tidur.

" Arran Eusoff tak selesa ya? Kesian dia. " Baihaqi bermain dengan anaknya setelah siap menukar lampin. Perut anaknya turut disapu dengan minyak angin bayi. Sesekali pipi Arran dicium kegeraman.

Tembam betul !

Tapi, ada satu sifat buruk Arran selepas ditukar lampinnya di malam hari.

Susah nak tidur!

" Anak baba ini mesti tak nak tidur kan lepas ini? " Tanya Baihaqi seolah-olah Arran faham akan pertanyaannya. Arran seakan tahu apa yang dikatakan oleh babanya menjerit kuat.

" Shhh.. Jangan kejutkan mama. "

Kepala Arran diusap lembut. Baihaqi yang sudah sedia kepenatan itu membaringkan tubuhnya di atas karpet yang di bentang di dalam bilik itu.  Arran pula dibaringkan di atas tubuhnya.

" Baba penat lah sayang. Kita tidur ya malam ini. Esok kita sambung main. " Pesan Baihaqi. Pipi anaknya dicium sebelum perlahan-lahan dia kembali dijemput lena.

Melihat babanya sudah menutup mata, Arran meletakkan kepala di atas dada bidang milik bapanya dan bermain seorang diri. Lama-kelamaan, si kecil itu turut terlena.

🕊

ORKID terjaga dari lenanya apabila tersedar ketiadaan suami di sisi. Dia meregangkan badan sebelum berjalan ke arah bilik Arran yang sudah terbuka sedikit pintu biliknya.

Pemandangan di hadapan matanya sekarang ini menyebabkan dia mengukirkan senyuman manis yang sangat lebar.

Dua insan terpenting dalam hidupnya sedang lena berpelukan di atas lantai bilik. Arran pula kelihatan sangat selesa berada di atas dada bidang milik Baihaqi.

" Abang... Bangun. Tak elok tidur atas lantai ini. Nanti sakit badan. " Kejut Orkid lembut. Dahi milik Baihaqi dicium lembut. Arran yang sedang lena itu di dukung dan di letakkan di dalam baby coat.

GADIS LINDUNGAN SYAITANWhere stories live. Discover now