𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 38

4.8K 239 5
                                    

JARUM jam sudah menunjuk keangka 9 tapi Baihaqi masih lagi bersenang-lenang diatas katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JARUM jam sudah menunjuk keangka 9 tapi Baihaqi masih lagi bersenang-lenang diatas katil. Tubuhnya kejap dipusing kekanan dan kekiri sambil tangan memegang telefon pintar.

" Abang, bangunlah. Dah pukul 9 ni. Pergi mandi. " Gesa Orkid.

Geram betul dia dengan suaminya itu. Bukannya tidak dikejut dari pukul 8 pagi tadi, tapi asyik melengah sahaja kerjanya.

" Nantilah, sayang.. Abang penatlah. Baru baik demam ni. " Meleret-leret suara Baihaqi.

Ei, gedik betul.

" Abang tu demam main-main je. Mana ada orang demam cuma satu malam. " Bebel Orkid. Tangannya menggapai baju-baju kotor yang berada di bakul untuk dibasuh.

Ting!

Telefon pintar Baihaqi berbunyi menandakan mesej masuk. Orkid sudah menjeling lalu menghilang masuk kedalam bilik air. Malas dia nak layan.

Khairul Feerash

Qi, harini birthday anak Haq.
Jangan lupa datang.
Dia dah tanya kau semalam.

You

Okay nanti aku datang.


Baihaqi bangun daripada baringnya dan mengetuk pintu bilik air.

" Lama lagi ke sayang? " Tanya Baihaqi.

" Abang nak apa? Orkid nak mandi lah. " Laung Orkid daripada dalam. Sibuk je.

" Bukalah pintu ini. " Baihaqi terus mengetuk pintu bilik air itu berkali kali. Kisah apa aku? Roboh, beli baru. Senang.

Orkid mendengus. Dia membuka pintu dengan kasar dan memandang suaminya dengan muka tidak puas hati.

" Sayang, kalau mandi tunggu abanglah. Kan sunnah mandi sama sama dengan isteri. " Membulat mata Orkid. Apa ni pagi pagi lagi dah gatal.

" Jangan nak mengada ya abang. Tepilah, Orkid nak mandi ni. "

" Tolonglah mandikan abang. Demam abang masih belum kebah ini. " Manja kali suara Baihaqi.

" Mandi sendiri. Tadi sayang check suhu abang, okay je. " Bantah Orkid. Malulah kalau nak mandi sama sama. Nanti ada yang terpesong kearah lain pula.

Belum sempat Orkid mahu menutup pintu, Baihaqi sudah meloloskan diri masuk.

" Lebih afdal sayang kalau dengar cakap suami. " Baihaqi berbisik dengan nada yang menggoda.

" Abang! "

🕊

" KAMU tunggu siapa, Haq? " Tanya Dr. Marissa Hani yang melihat anak lelakinya seperti tercari cari kehadiran seseorang.

GADIS LINDUNGAN SYAITANWhere stories live. Discover now