𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 16

4.3K 235 5
                                    

FEERASH memberhentikan keretanya dihadapan sebuah rumah kayu moden

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

FEERASH memberhentikan keretanya dihadapan sebuah rumah kayu moden. Airish yang sudah terlena di kerusi penumpang disebelahnya dipandang sekilas. Senyuman kecil terukir.

Tidak mahu mengejutkan si sleeping beauty itu, Feerash bertindak keluar dahulu daripada keretanya. Dia melangkah kearah pintu hadapan rumah itu dan memberi salam.

" Waalaikummussalam." Wajah tua Umi menyapa mata dengan senyuman manis diwajah itu. Masih ingat lagi kah wanita tua itu?

" Rash kan ni? Yang datang haritu ambil... Siapa ya nama dia tu? Tak ingat pula umi.. " Berkerut dahi Umi cuba mengingat gadis cantik yang dijumpainya tempoh hari. Faktor umur. Susah sedikit nak ingat.

" Orkid. Sepupu Rash. " Umi mengangguk. Dia mengajak Rash masuk kedalam rumah tapi lelaki itu terlebih dahulu meminta izin untuk membawa rakannya masuk. Mati juga Airish dalam kereta kalau tidak dikejutkan nanti.

" Rish. Wake up. We're arrive. " Kejut Feerash perlahan. Dia tak berani nak sentuh atau kejut lebih lebih. Kang ada yang kena penyepak nanti.

Airish mencelikkan mata. Lena pula dia tidur dalam kereta. Kawasan sekeliling yang tidak familiar itu dipandang. Kat mana Feerash bawa dia sekarang ini ?

" Kita kat mana sekarang ini? " Tanya Airish sambil tangannya mahu menggosok mata tapi ditepis oleh Feerash.

" Kampung aku. Teman aku selesaikan masalah besar. "

🕊

DAPUR besar villa itu sunyi tanpa sebarang bunyi manusia. Yang berbunyi hanyalah bunyi periuk berlaga ataupun bunyi air mengalir di singki.

Itupun angkara Orkid yang menghempas hempas barang daripada tadi. Kalau pecah barang didapur itu, tak ke naya?

" Kau memang nak bagi barang dalam rumah ni pecah ke? " Sindir Baihaqi yang duduk memerhati dari pintu dapur daripada tadi. Orkid cuma buat endah tak endah saja. Tahu Orkid masih sakit hati lagi dengannya, Baihaqi merancang sesuatu dikepala.

Tak salahkan kalau nak bagi keadaan lagi panas berapi sampai terasa bahang seakan neraka?

" Kau tahu tak? Masa aku bercinta dengan Airina dulu, dia baik sangat. Sampai sekarang pun, aku masih rasa dialah bidadari dunia sebenarnya. " Orkid menghentikan pergerakannya yang sedang membasuh pinggan.

Tak, dia tak boleh tunjuk yang dia lemah sekarang ini. Dia kuat. Sangat kuat.

" Lepas itu kan, dia selalu bawa kan aku bekal masa aku sekolah dulu. Dia yang masak sendiri. Sedap. Sedap sangat sangat. Rindu aku nak rasa masakan dia. "

Bibir Orkid ternaik sebelah. Sup yang dimasaknya dikacau sedikit lalu dimasakkan 5 sudu garam. Biar mulut jejaka kacak itu dibasuh dengan sup ayam berperisa garam. Rasakan!

" Lepastu, kalau aku rasa malas nak masuk kelas, dia yang akan tandakan kehadiran untuk aku. Lepas dia habis kelas, terus dia datang teman aku main basketball. "

Mangkuk berisi sup ayam itu diletakkan dihadapan Baihaqi. Sehabis manis dah senyuman yang cuba diberi oleh gadis cantik itu.

" Nah, sup ayam. Mungkin tak sedap macam kekasih gelap abang tu masak. Tapi Insya Allah, cerah masa depan abang lepas makan sup ni nanti. " Ujar Orkid sambil mencedokkan nasi untuk Baihaqi. Sup ayam itu dituang sehingga sedikit banjir memenuhi pinggan. Baru kaw!

" Orkid tahu, Orkid masak sedap. Bau pun dah menyengat dalam hati kan. Jadi baca bismillah dulu. Tahu dah berkawan dengan setan, takkan makan pun nak bersweet kongsi dengan setan juga kan? " Membulat mata jejaka kacak itu. Sekejap, siapa sebenarnya nak bagi sakit hati ni?

Orkid ataupun dia?

" Lagi satu, Orkid nak cakap sikit malam ni. Nanti Orkid jumpa abang dalam bilik. " Terus kakinya melangkah keluar daripada dapur. Tapi sempat juga dia menyorok untuk melihat reaksi Baihaqi selepas makan sup ayam itu.

" Apa-apa je lah. " Baihaqi menyuapkan sesudu nasi selepas lafaz bismillah. Tidak lama itu, nasi itu dikeluarkan semula dengan cara menembak keluar daripada mulut. Orkid ketawa sambil menutup mulutnya kuat.

" ORKID ADREANNA! "

🕊

" NANTI APA-APA KAU UPDATE DENGAN AKU. "

Orkid berjalan dari pintu rumah dengan tangan diletakkan dibelakang badan. Baihaqi yang sedang bercakap dengan anak buahnya ditujui.

" Abang Qi. " Perbualan Baihaqi terhenti. Dia memandang Orkid dan memberi isyarat untuk mereka pergi.

" Nak apa? " Tanya jejaka kacak itu. Angin sepoi sepoi yang memukul lengan tidak berlapiknya membuatkannya berasa sejuk. Orkid menolak wheelchair Baihaqi ke gelanggang bola keranjang yang terdapat dalam villa itu.

Gelanggang itu adalah pemberian arwah Tuan Darius kepada Baihaqi kerana anak lelakinya itu berjaya membuktikan minat mendalamnya terhadap sukan itu dengan memenangi pelbagai acara. Cuma sekarang ini, Baihaqi memperlahankan minatnya lagi lagi dengan kaki cacatnya itu.

" Kau saja je kan? Tak ada tempat lain lagi ke kau nak bawa aku kat dalam villa ni? " Jeling Baihaqi kepada Orkid. Orkid tersengih tidak bersalah.

" Tak salah pun. Abang pun mesti rindu kat sini kan? Dah lama pula tu abang tak kesini. Betul tak? " Baihaqi mendengus. Tapi tidak boleh dinafikan yang betapa rindunya dia nak bermain dengan sukan kegemarannya itu.

" Kau nak cakap apa tadi? Aku nak tidur. Cepatlah. " Jejaka kacak itu menukar topik. Pandangannya dialihkan kepada Orkid yang kini berdiri dihadapannya.

" Sebelum tu, Orkid cuma nak kata yang abang kena tenangkan diri sebelum dengar apa yang Orkid nak cakap ni. Faham? " Baihaqi menjulingkan matanya kebelakang.

" Orkid nak kerja. " Baihaqi menikam anak mata Orkid tajam. Apa dah lupa ke perkara yang dia cakap sebelum ni?

" Kan aku dah kata, kau tak boleh jejak langsung kaki kau keluar daripada villa ni. Hilang ingatan ke? " Dia menekan suaranya tapi tak mahulah pula dia menjerit. Tidak perlu menjaja satu dunia tentang masalah mereka sekarang ini.

" Abang tak boleh sekat kaki Orkid dari pergi mana mana! Sudahlah Orkid tinggal disini pun dengan bukan mahram Orkid sendiri ! Pleaselah ! " Jerit Orkid. Dia jarang mahu marah tapi kali ini dia perlu bertegas.

" Orkid ada life Orkid sendiri. Sekarang ni, Orkid cuma berpangkat adik sepupu abang je! Bukan lagi kekasih macam dulu kan? Sudahlah abang. Come on. Abang bukan suami Orkid pun untuk sekat Orkid pergi. Even Orkid pun tak boleh halang abang benci kat Orkid. " Tubir mata Orkid berair. Hampir separuh dari dalam hatinya diluahkan.

Sakit. Sakit sangat.

" Kalau macam tu, fine. i'll do what you ask me. "

Lembut mata Baihaqi tika itu mendarat di wajah cantik Orkid.

" Kita kahwin. "

[ 16 ]

GADIS LINDUNGAN SYAITANWhere stories live. Discover now