𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 18

4.2K 247 1
                                    

VILLA Tun Yusuf yang terletak diatas bukit menjadi destinasi Feerash

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

VILLA Tun Yusuf yang terletak diatas bukit menjadi destinasi Feerash. Sesudah sampai sahaja daripada Terengganu, lelaki itu terus memandu kesitu tanpa menghantar Airish pulang terlebih dahulu. Gadis itu tidak dapat berbuat apa-apa selain berdiam diri kerana sifat lelaki itu yang selalu membawanya tanpa diberitahu dahulu kemana.

" Kenapa kita kesini? Asal tak hantar I balik dulu? " Airish bertanya tidak puas hati. Dia sebetulnya sudah penat dan hanya mahukan katil empuknya sekarang ini. 

" Teman I " Jawab Feerash. Ringkas dan padat. Airish mendengur kasar. Asyik asyik teman. Sudahlah langsung tidak berbayar!

" Tak payah buat muka. Jom keluar. " Airish menjulingkan matanya kebelakang. Ceh! Pintu kereta Mustang milik Feerash itu dihempas kasar. Tanda protes.

" Kalau pintu tu ada damage kat mana mana, siap U, I kerjakan. " Feerash memberi amaran. Terselit senyuman nakal dibalik bibir munggilnya itu. Tapi langsung tidak dipedulikan si gadis malah dia berjalan laju kearah pintu.

Orkid yang berada didapur sedang membuat puding buah menjenguk kearah pintu. Mengecil matanya melihat wajah yang menjamah matanya.

Airina?

" Buat apa kat sini? Siapa suruh datang? " Suara Orkid jelas jelas menunjukkan nada yang dia tidak senang dengan kehadiran gadia itu. Airish mengerutkan dahinya.

Dah kenapa dengan perempuan ni?

" Err, I datang dengan..."

" Orkid. "

Belum sempat Airish menghabiskan kata katanya, Feerash sudah berada disebelahnya. Dia mengerling Airish sekilas sebelum pandangannya kembali dihadapkan kearah Orkid.

" Ini Airish. Adik Airina. Muka memang nampak sama but totally with different personalities. " Ternganga mulut Orkid sebentar. Muka Airish betul betul sama dengan Airina. Dengan hidung tinggi dan mata sepetnya. Tidak ubah seperti kembar.

" U pergilah borak dengan Orkid. I nak jumpa Qi kat atas kejap. " Airish mengangguk seraya Feerash mendaki tangga kebilik Baihaqi. Orkid tersenyum kekok. Malu pula tersalah orang tadi.

" Sorry, saya tersalah orang tadi. Saya fikir awak tu Airina. " Airish tersenyum. Dia sudah mengambil tempat dihadapan Orkid. Mahu melihat apa yang dibuat gadis cantik itu.

" Tak apa. Ramai yang tersilap bila nampak kami. U nak buat apa ni? " Tanya Airish sambil memanjangkan leher melihat kearah loyang besi diatas meja. Nampak sedap.

" Puding buah. Saya tinggalkan sejukkan je ni. Awak jangan balik dululah. Sekejap je ni. " Ha sudah. Airish menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia sudahlah seorang model dan sejak kebelakangan ini, melantak sajalah kerjanya. Habislah kalau berat badannya nanti bertambah.

GADIS LINDUNGAN SYAITANWhere stories live. Discover now