𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 35

5.1K 253 13
                                    

" KAU yakin kau boleh pergi sana seorang diri? Dah nak masuk senja ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" KAU yakin kau boleh pergi sana seorang diri? Dah nak masuk senja ni. " Ujar Feerash dari belakang apabila melihat Baihaqi memasukkan barang kedalam bonet kereta.

" Aku nekad, Rash. Aku nak fix everything. " Jawab Baihaqi mengundang keluhan Feerash. Dia sebenarnya risau dengan kondisi Baihaqi. Takut dengan keadaan sepupunya yang kurang stabil itu kenapa apa semasa memandu nanti.

" Aku ikut. "

" Tak. Tak boleh. "

Bangkang Baihaqi. Feerash mengangkat kening kerana pelik. Tak pernah pernah dia buat macam ini. Baihaqi mendekatkan badannya kepada Feerash.

" Ini hal orang yang dah kahwin. Hal kau sekarang ini, halalkan Airish je. " Usik Baihaqi. Feerash terus mengangkat kaki untuk menendang punggung Baihaqi.

" Kau tunggu eh! Kau fikir aku tak boleh buat ke? " Baihaqi ketawa besar. Hilang sedikit beban didalam hatinya ketika itu.

" Aku pergi dulu, bro. Apa apa hal, feel free to contact me. "

🕊

ALANA dan Luth tidak henti henti menjeling antara satu sama lain ketika makan malam. Ini semua kerana Orkid yang menyuruh Luth duduk dihadapan Alana walaupun tahu mereka berdua itu baru sahaja melancarkan perang petang tadi.

" Makan lah lagi, Luth. Umi ada masak banyak ini. " Tegur Umi. Luth menghadiahkan senyuman kekok. Baru sahaja lelaki itu mahu mencapai sambal belacan, namun mangkuk itu sudah ditarik dahulu.

" Oh, awak nak sambal belacan ya? Meh sini saya tolong letakkan. " Kata Alana dengan senyuman yang dibuat buat.

Dia mencedok satu sudu penuh dengan sambal belacan dan diletakkan diatas nasi Luth. Ternganga Luth dibuatnya.

Gila punya perempuan!

" Makan tau. Nanti kalau rasa nak membuang, dekat belakang tu ada tandas. " Luth mengetap gigi.

Kecil besar kecil besar je dia melihat Alana dihadapannya ini. Ada yang aku sekeh kang.

" Banyak sangat ini. Kalau awak letak banyak macam ni kat saya, maknanya awak suka sambal belacan juga lah kan? Mari sini saya tolong letakkan. "

Luth berura ura untuk mencedokkan sambal belacan itu kepada Alana namun gadis itu cepat cepat menarik pinggannya. Dia memberi amaran melalui mata.

" Tak nak! Saya tak makan pedas! "

" Kena juga. Awak yang letak banyak kan dalam pinggan saya! "

" Tak nak! "

" Nak juga! "

Orkid menggeleng melihat telatah kebudak budakan diantara Luth dan Alana. Ada yang kejap lagi aku kahwinkan!

" Sudah. Depan rezeki tak elok bergaduh. " Tegur Puan Dahlia. Baru sahaja Luth ingin menjawab, bunyi salam dari luar rumah kedengaran dahulu.

GADIS LINDUNGAN SYAITANWhere stories live. Discover now