𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 32

4.7K 253 20
                                    

[ FRAGILE WORDS IN USE BELOW. READ AT YOUR OWN RISK ]

HUJAN lebat yang menimpa bumi menemani malam Orkid. Gadis cantik itu berjalan lama tanpa arah. Dengan keadaan yang basah kuyup dan kaki yang bengkak, akhirnya Orkid terduduk juga di tengah tengah jalan raya yang kosong tanpa sebarang kereta.

Ingatannya kembali menerawang kepada kejadian yang menyebabkan dirinya terjadi seperti itu.

" Where have you been, Orkid Adreanna?! "

Jerit Baihaqi kuat seraya menolaknya sehingga tersandar pada pintu kereta. Baihaqi mencengkam dagu Orkid sedikit kasar sehingga menyebabkan gadis cantik itu mengaduh sakit kerana perlakuan suaminya.

" What have I told you every single day, ha? Jangan keluar rumah! Apa susah sangat ke kau nak ikut perintah aku?! " Orkid menggeleng. Tidak terdaya dia untuk membuka suara dan melawan amarah suaminya ketika itu.

" Luth! Kau dah khianat aku. Kau tahu kan aku benci pengkhianat? " Dingin suara itu menyapa gegendang telinga Luth. Tidak lama kemudian, Luth jatuh tersungkur akibat ditumbuk Tuan Mudanya.

" You're fired! I don't need a fucking traitor like you anymore! Stupid! " Kolar baju Luth ditarik dan ditumbuk sekali lagi muka anak buahnya. Luth hanya membiarkan Tuan Mudanya berbuat demikian kerana dia mengaku itu semua salahnya.

Alangkah bagusnya kalau dia boleh putar kembali waktu dan tidak terpedaya untuk bersubahat dengan Orkid?

" Abang! Sudahlah tu! Ini semua salah Orkid! Luth tak salah apa apa pun! " Orkid menarik lengan Baihaqi daripada terus menumbuk Luth namun tangannya ditepis kasar sehingga dia jatuh terduduk.

" Ke selama ni kau ada apa apa hubungan dengan Luth selama aku tak ada kat rumah? Are you being a slut this whole time, Orkid Adreanna?! " Tuduhan tidak berasas yang dilemparkan Baihaqi membuatkan Orkid bangun dan menampar kuat pipi suaminya.

Entah dimana kekuatannya untuk melawan suami sendiri datang.

" Sejahat jahat Orkid, tak pernah ada sikit pun pun niat Orkid nak curang dengan abang! Selama ni Orkid cukup sabar dengan abang! Tak cukup ke abang seksa perasaan Orkid? Tak cukup ke apa yang Orkid dah buat kat abang? Orkid cuma mahukan kepercayaan abang je. Kepercayaan suami sendiri. Tolonglah. "

GADIS LINDUNGAN SYAITANWhere stories live. Discover now