𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 21

4.1K 237 3
                                    

BAIHAQI mengemaskan butang baju melayunya yang tersarung kemas di badan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BAIHAQI mengemaskan butang baju melayunya yang tersarung kemas di badan. Tok kadi dan beberapa orang saksi yang dijemput pula sedang memeriksa beberapa dokumen yang perlu ditandatangani oleh bakal pasangan mempelai itu.

Tema akad nikah Baihaqi dan Orkid tersangatlah simple tanpa tetamu untuk meriahkan majlis dan pelamin yang menyerikan lagi pesona bakal pengantin. Tapi itulah yang dimahukan oleh Baihaqi sendiri , majlis kecil tanpa pengetahuan orang ramai.

" Pengantin perempuan dah turun. " Bisik Feerash yang duduk dibelakang wheelchair Baihaqi. Baihaqi menoleh kearah Orkid, bakal isterinya. Walaupun gadis itu hanya berpakaian baju kurung putih biasa bersama purdah yang menutupi separuh wajah, aura pengantin langsung tidak pudar. Hampir terpukau Baihaqi dibuat dengan kecantikan semulajadi bakal isterinya.

" Amboi, pengantin lelaki. Tak lepas memandang pengantin perempuan kita ni. Sabar ya..Tak lama je lagi ni. " Usik Tok Kadi yang perasan akan pandangan lama Baihaqi terhadap Orkid. Usikan itu berjaya menghiburkan hati semua orang yang berdebar dengan akad yang bakal dilafazkan serta membuat Orkid tersipu malu.

" Kita mulakan ya. Bismillah. " Dengan tangan yang bersalam dengan Tok Kadi serta bibir yang lancar mengeluarkan lafaz akad nikah, Baihaqi dan Orkid sah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Hampir hampir sahaja empangan air mata Orkid pecah namun segera ditahan. Sebak kerana di bakal menjalani tangunggjawab sebagai isteri kepada lelaki bernama Baihaqi Harzan.

Setelah sesi menunaikan solat sunat, Baihaqi bergerak kesisi Orkid untuk sesi seterusnya iaitu, pembatalan air sembahyang. Wajah isterinya ditenung lama. Anak mata cantik itu langsung tidak bertembung dengan anak matanya sebaliknya hanya ditumpu ke bawah. Dagu Orkid dipegang lembut dan diangkat keatas.

" Assalammualaikum, ya zawjatii. " Tegur Baihaqi dengan senyuman yang sangat sederhana. Terkesima Orkid dengan kata kata yang dilontarkan suaminya itu. Betapa rindunya dia dengan sisi Baihaqi yang seperti sekarang ini.

" Qi , nah cincin. " Feerash memberikan sebentuk cincin yang terletak didalam bekas berwarna merah delima. Entah bila jejaka kacak itu membelinya pun, Orkid sendiri tidak pasti. Fikirnya, sesi seperti ini tiada dalam akad nikahnya harini. Namun, nampaknya pelbagai kejutan yang telah disediakan oleh jejaka kacak itu pada hari ini.

Baihaqi menarik tangan kiri Orkid dan memasukkan cincin di jari manisnya dengan sangat lembut seumpama tubuh wanita itu rapuh seperti kaca yang akan pecah jika tidak berhati hati. Tangan kasarnya diletakkan diatas kepala Orkid. Gadis itu bertindak mencium tangan suaminya. Niat dibaca.

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهَا وَخَيْرِ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ ، وَأَعُوْذَ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا
عَلَيْهِ

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu kebaikan dirinya dan kebaikan yang Engkau tentukan atas dirinya. Dan Aku berlindung kepadaMu dari kejelekannya dan kejelekan yang Engkau tetapkan atas dirinya”.


Dan sebaik sahaja pengantin perempuan selesai menyarungkan cincin, majlis akad nikah untuk Baihaqi Harzan dan Orkid Adreanna akhirnya selesai. Bermulalah kisah hidup pasangan halal itu.

🕊

USAI sahaja majlis akad nikah selesai dan menghantar kepulangan beberapa tetamu yang hadir, Orkid terus masuk kedalam biliknya. Kantuk dan penat menguasai diri. Mana taknya, kalau satu malam dia berfikir tentang apa yang akan terjadi pada hari ini. Tapi alhamdulillah, dengan izin-Nya, semuanya baik baik sahaja.

Tuk..Tuk..Tuk..

" Orkid..Mak Ngah ni.." Puan Shafea bersuara dari balik pintu. Orkid mencelikkan mata sedikit. Pintu yang sudah terbuka menggamit perhatiannya. Wajah Puan Shafea menghiasi pemandangan matanya.

" Kenapa kamu tak duduk sebilik dengan Baihaqi? Kamu kan dah jadi isteri dia sekarang. Tak baik tau isteri tinggalkan suami seorang diri. " Tegur Puan Shafea lembut. Tadi dia nampak Baihaqi mencari Orkid jadi fikirnya mesti gadis cantik itu berada di biliknya.

" Tapi.."

" Pergi sayang.. Kamu malu ya.." Orkid terus bangun dari katil dan bergerak keluar. Tak mahu terus diusik oleh wanita itu. Tak pasal pasal jadi lain nanti. Dia berhenti betul betul dihadapan pintu bilik Baihaqi. Tidak pernah dia berasa berdebar sebegini untuk masuk kedalam bilik itu malah dia selalu saja menceroboh masuk. Tapi kali ini betul betul berbeza.

Belum sempat Orkid sempat memulas tombol pintu bilik Baihaqi, dia terdorong kehadapan ketika pintu bilik itu dibuka dari dalam. Wajah Baihaqi yang sedang duduk di wheelchairnya dengan wajah mendatar dipandang dengan sengihan.

" Aku fikir kau dah lupa suami kau kat sini. " Kata Baihaqi dengan sarkastik. Orkid menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kekok yang teramat kekok.

" T-tadi.." Orkid mengemam bibir. Dah kenapa pula nak tergagap masa masa macam ini. Potong stim betullah !

" Sudah. Mandikan aku. Badan aku melekit. " Membuntang mata Orkid mendengarnya. Mandikan? Dia mana pernah mandikan Baihaqi ! Selalunya yang membantu hanyalah anak buah lelaki itu. Bukannya dia!

" T-tapi.. Or-orkid.." Baihaqi tersenyum herot. Pandangan gatal diberikan.

" Kenapa? Kau takut aku buat benda tu kat kau? Hm? " Lirikan mata Baihaqi yang memandang Orkid atas bawah membuatkan gadis itu cepat cepat menolak wheelchair Baihaqi menuju ke bilik air. Makin lama, makin kurang siuman lelaki itu rasanya.

🕊

DUA pasangan pengantin baru itu baring bersebelahan masing-masing diatas katil. Hanya bunyi penghawa dingin dan cengkerik yang berkuasa memenuhi ruang bilik itu. Tiada siapa pun yang mahu memulakan percakapan.

Sehinggalah Baihaqi menarik tangan Orkid untuk mendekatinya. Sebenarnya, dia mahu memeluk isterinya dari belakang namun pergerakkannya terbatas. Jadi inisiatif yang ada hanyalah membiarkan gadis cantik itu memeluknya.

" Kenapa ni? " Tanya Orkid gugup. Tangannya yang sudah berada diatas perut suaminya diangkat sedikit namun ditarik semula.

" Diam, tidur je. Aku penat. " Orkid melabuhkan kembali kepalanya diatas dada bidang milik Baihaqi. Hangat dan nyaman. Terasa sangat dilindungi. Lama kelamaan, matanya melabuhkan tirai ke alam mimpi. Baihaqi mengintai isterinya dan mengusap lembut rambut itu.

" Tolong bertahan..This drama will end soon, dear. "

[ 21 ]

GADIS LINDUNGAN SYAITANWhere stories live. Discover now