𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 : 29

4.2K 253 21
                                    

BAIHAQI melangkah longlai masuk kedalam villa dengan tangan yang menyentuh bibir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BAIHAQI melangkah longlai masuk kedalam villa dengan tangan yang menyentuh bibir. Orkid yang sedang menyediakan makan malam perasan akan kehadiran suaminya bergerak mendekati Baihaqi.

" Abang dah balik? Ma.. " Terkejut Orkid ketika melihat wajah suaminya yang berbirat dengan lebam dan luka. Tangannya naik untuk menyentuh wajah itu namun ditepis kasar.

" Jangan sentuh aku. Aku benci kau sentuh aku dengan tangan yang dah bunuh bapa aku. "

Orkid mengeluh. Tak habis lagi pasal perkara ini. Berapa kali pun dia cuba menidakkan perkara itu, ianya tetap sama. Baihaqi tetap dengan pemikirannya yang isterinya bunuh bapa mentua sendiri.

" Abang, Orkid tak nak gaduh. Mari sini Orkid sapu ubat. " Orkid menarik tangan Baihaqi namun Baihaqi menolak kasar Orkid sehingga isterinya hampir hilang keseimbangan.

" Aku kata aku tak nak kan? Apa masalah kau ni? Bahasa aku memang kau susah sangat ke nak faham?! " Tengking Baihaqi. Dia melanggar bahu Orkid yang menghalang jalannya untuk naik ke tangga. Mata Orkid berkaca.

You're strong, Orkid. Please..You're strong.

" Abang, kita ma.. "

" Diam Orkid Adreanna! "

Orkid menghela nafas panjang agar air matanya tidak tumpah. Deringan telefon pintarnya yang bergema dari meja makan menghentikan dirinya daripada terus melayan perasaan. Suaranya dibetulkan dan mengangkat panggilan telefon itu.

" Hello? "

🕊

HAQ menjeling Afrina yang memandangnya dengan pandangan simpati. Anak kecil itu meminta untuk menelefon Teacher Orkid tapi Haq menolak.

Tak akan lah dia mahu menganggu anak dara orang malam malam sebegini. Gamaknya bapa si cikgu yang angkat, tak ke naya dia nak jawab.

" No is no, baby. Kita tak boleh ganggu teacher malam malam macam ini. Tak elok tau. " Afrina memeluk tubuh genitnya tanda merajuk dengan si papa. Kepalanya ditoleh daripada terus melihat Haq.

" Sayang.. Kenapa ni ha? " Suara seorang wanita membuatkan anak beranak itu menoleh. Afrina lantas berdiri dan memeluk kaki neneknya.

" Tok Mommy! Tengok papa ni ! Papa tak bagi Peena buat baik! " Adu Afrina kepada Dr. Marissa. Wanita itu memandang cucu dan anak lelakinya bersilih ganti.

" Haq... Kenapa ni? " Haq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ha sudah.

" Cucu mommy nak call dengan teacher dia. Tapi tak akan lah Haq nak call malam malam macam ni. " Jelas Haq bersungguh. Dr. Marissa menarik tangan cucunya untuk duduk diatas ribanya. Dia mengusap lembut rambut Afrina.

" Dear, what you want to say to your teacher this late night? "

" I just want to say thank you "

Dr. Marissa tersenyum. Mulia hati anak kecil itu. Kecil kecil lagi dah pandai mahu berterima kasih.

" Why don't you just say it tomorrow? With your free warm hug? " Afrina buat buat berfikir dengan cadangan neneknya. Lalu dia mengangguk pantas.

" Okay! " Haq mencebik.

Cakap papa taknak pula awak dengar ya, Ratu Afrina Qamara Binti Tuan Haq Wakeel.

🕊

PEMANDANGAN cantik di balkoni biliknya menjadi tatapan Baihaqi pada malam ini. Kepalanya ligat memikirkan kejadian yang menyebabkan dia terluka sebegini.

" Tuan Muda. Edward sudah siapkan kereta dibawah. Mari saya ikut Tuan sampai ke parking lot. " Kata salah seorang anak buahnya. Baihaqi menggeleng. Dia mahu berseorangan.

Ketika dia berjalan menuju ke kereta, tiba tiba ada sebuah motosikal berkuasa tinggi meluncur kearahnya laju dari arah bertentangan. Tanpa sempat berbuat apa apa,  tubuhnya ditolak jatuh oleh pembonceng motosikal itu apabila pembonceng itu bertindak turun dari motosikalnya. Mukanya dihadiahkan beberapa penumbuk.

" Hoi! " Jerit Edward ketika berlari mendapatkan majikannya. Pembonceng itu terus membawa motosikalnya laju keluar dari parking lot itu.

" Tuan Muda tak apa-apa? " Baihaqi menggeleng tanda dia baik baik sahaja.

" Check the CCTV. I want to know who's dare to do shit with me. By tomorrow morning. "

" Siapa kau? Apa kau nak? " Tidak mahu memeningkan lagi kepalanya, Baihaqi masuk semula kedalam biliknya untuk berehat.

Dia mahu kosongkan semua fikirannya yang kusut. Tidak lama kemudian, dia dijemput lena yang panjang.

🕊

PINTU bilik dibuka perlahan lahan agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi yang mampu menganggu tidur sang suami. Terjengket jengket Orkid mendekati Baihaqi yang sedang diulit mimpi.

Tangannya pantas melakukan kerja. Peti first aid kit yang dibawa masuk sekali dibuka dan mengeluarkan beberapa ubat dan plaster untuk merawat luka Baihaqi.

Sesekali dahi itu berkerut apabila cecair dettol singgah di lukanya. Sedaya upaya Orkid cuba buat seperlahan yang mungkin. Dia tidak mahu Baihaqi terjaga. Kemungkinan kemarahan Baihaqi akan terledak nanti.

Orkid melabuhkan satu ciuman di setiap luka dan lebam yang terdapat di wajah kacak itu. Tangannya naik mengusap lembut wajah Baihaqi.

" Orkid harap satu hari nanti Allah tunjukkan kebenaran disebalik apa yang terjadi. Orkid harap juga masa itu kita masih bersama. "

Gadis cantik itu tertawa kelat dengan kata katanya sendiri. Dia sedar, tidak mungkin dia mampu menjadi ubat untuk merawat hati suaminya sendiri jika diri itu tidak mengizinkan. Seandainya Baihaqi mempunyai orang yang mampu merawat hati itu, dengan rela hati dia undur diri.

[ 29 ]

Tukar hero jadi Haq lah. Comment korang team mana!

#TeamHaqOrkid

#TeamHarzanOrkid

GADIS LINDUNGAN SYAITANWhere stories live. Discover now