Chapter 5: Latihan

46 3 0
                                    

Aku menyaksikan latihan pagi antara Neji dengan Hinata. Hinata sama lincah dengan Neji. Serangan demi serangan Hinata dapat elak.

"Wah.." kagum aku. Hinata bukan lah gadis biasa. Sudah lah cantik, anak bangsawan, pandai guna jutsu dan juga cipta jutsu sendiri.

"Sudah masa untuk rehat." Kata Hiashi-sama. Riak mukanya seakan bangga dengan Hinata. Banyak peningkatan. Walaupun Hanabi lebih bagus darinya Hinata tak pernah berhenti usaha. Dia mahu sama sama berdiri di sebelah Naruto. Dia mahu Naruto melihat.

"Ryuu-san. Jom berlatih. Saya boleh ajar beberapa jutsu clan Hyuga." Neji memanggil nama aku. Ainaaajoooo dengan Neji tho. Ghisau kang dia buka jutsu dia kang.. mampus aku tak leh gerak.

"B..ba..baik." Aku sedikit takut dengan Jutsu Neji. Mana taknya aku teringat masa ujian Chunin. Separuh mati Hinata dikerjakan.

"Saya nak test ketangkasan awak dulu boleh? Awak elak serangan saya tapi if awak boleh lawan awak lawan eh?" Kata Neji. Aku hanya mampu mengangguk dan teguk air liur aku.

Lah bodo.. aku kan dulu belajar silat. Bantai je lah Neji guna silat tu. Apa guna lawan silat sampai kebangsaan tapi tak apply kat kehidupan seharian.

"Sedia?" Tanya Neji.

"Sedia!" Jawab aku.

Neji memulakan serangan. Aku cuba elak satu persatu serangan Neji. Adalah juga satu dua serangan yang aku tak dapat tepis. Sakit. Aku pun apa kurangnya. Membalas juga serangan Neji. Ada sampai terjatuh Neji aku kerjakan.

"Sudah. Masa untuk rehat." Kata Hiashi-sama.

Aku dan Neji tercungap-cungap. Penat weyh. Kau tau lah Neji macam mana kan.

Kami beriringan ke beranda rumah keluarga Hinata.

"Hebat juga taijutsu kau. Macam Rock Lee. Tapi agak berbeza." Kata Neji.

"Ouh ini dinamakan silat. Dunia aku selalu adakan pertandingan silat. Tu yang aku agak pro sikit." Terang Aku.

"Oooo.. kalau Lee punya taekwondo. By the way sorry tadi aku ade terkasar sikit."

"Lah rilek ah.. sikit je ni. Paling paling pon lebam. Hehehehehe" kata Aku.

Neji tersenyum. Kami terus berjalan ke arah Hiashi-sama. Di samping Hiashi-sama juga ada Hinata.

Aku duduk disamping Hinata. Neji pula duduk ditepi Hiashi-sama. Aku meneguk air. Haus weyh.

"Woaaaa hebat ah Ryuu-nechan. Macam Guy-sensei. Cepat gila elak serangan Neji-nichan" Puji Hanabi.

"Awak hebat oo tadi. Saya juga melopong tadi. Walaupon awak tak pakai Byakugan. Awak masih boleh elak dengan buat serangan tepat kat titik chakra Neji-nichan." Kali ni Hinata pula puji.

Aku apa lagi kembang ah.

"Hebat serangan kamu tadi Ryuu." Kali ni Hiashi-sama yang puji.

"Terima kasih Hiashi-sama, Neji-sama, Hinata-san dengan Hanabi-san. Saya hanya guna ilmu yang diturunkan ke saya sahaja." Kata aku.

"Saya buat keputusan yang Neji akan ajar awak jutsu Klan Hyuga. Walaupun awak bukan dari Klan kami. Disebabkan awak ada mata Byakugan, sayang jika awak tak gunakan dengan sehabis baik." Kata Hiashi-sama.

"Baik lah Hiashi-sama. Arigato." Aku menundukkan sikit kepala.

"Bila saya boleh mula berlatih?" Tanya Aku.

"Selepas Neji balik dari Misi dia. Tak silap Neji kata Petang nanti dia ada misi. Betulkan Neji?" Tanya Hiashi-sama untuk kepastian.

"Betul tu Hiashi-sama. Lagi pun petang nanti Ryuu nak kena jumpa Kakashi-sensei. Jadi lagi tiga hari lah baru boleh mula latihan. Sementara tu. Ryuu boleh berlatih taijutsu dengan Lee ke.. Guy-sensei ke" kata Neji.

Aku hanya mengangguk faham. Makna nya aku akan jadi shinobi lah? Berubah ke agaknya jalan cerita Naruto sebenar?

"Okay lah aku nak packing barang kejap lagi Tenten datang." Kata Neji.

"Baik" jawab aku.

Aku memandang langit. Bertanya pada diri. Sampai bila aku akan jadi character anime ni? Dunia aku macam mana pula? Sasuke dewasa selamat ke? Apa yang aku nak buat dengan kura kura otsutsuki tu?

"Nampaknya aku kena berlatih sebelum otsutsuki tu datang. At least aku boleh lindung kampung konoha ni. Sebab aku punca nya." Kata aku perlahan.

"Tiada salah awak kat kampung ni. Otsutsuki memang dari dulu nak hancurkan puak manusia. Entah kenapa mereka boleh jadi sejahat ini." Kata Hinata.

Aku tau yang clan Hyuga dari otsutsuki. Betul ke? Sebab dalam Naruto the last si Toneri Otsutsuki nak kan Hinata dan Hanabi sebab byakugan.

"Tak perlu risau. Disini ada kami yang akan lindung awak. Naruto, Neji-nichan, Lee-san, Kakashi-sensei, Tsunade-sama dan banyak lagi. Termasuk juga saya." Hinata memberikan senyuman pada aku.

Aku terasa dihargai dan dilindungi. Walau apapun yang terjadi aku tetap perlu berlatih. Byakugan perlu aku guna sebaik mungkin.

"Neeeeeejiii.. dah siap ke?" Teriak satu suara dari luar. Hinata bangkit dari duduk nya menuju ke pintu pagarnya.

"Ouh Tenten. Masuk lah dulu. Neji tengah packing barang dia tadi." Hinata mempelawa Tenten untuk masuk.

"Terima kasih. Lambat pula Neji siap kali ni. Selalunya siap cepat." Kata Tenten.

"Ouh tadi dia ada latihan dengan Ryuu-san." Hinata menerangkan keadaan.

"Ryuu-san? Siapa tu?" Tenten tertanya-tanya siapa aku.

"Aih takkan dah lupa? Ryuu-san yang hari tu yang Tsunade-sama rawat tu." Hinata cuba mengingatkan Tenten kerana Tenten ada ketika Ryuu dijumpai.

"Ouh. Perempuan misteri yang ada byakugan tu?" Tentan ingin kepastian.

Hinata mengangguk.

"Tu ha Ryuu-san. Tengah duduk tu. Kalau nak berkenalan pergi lah dekat dia." Hinata menunjukkan jari ke arah aku. Aku senyum memandang Tenten.

Tenten berjalan ke arah aku. Aku pula makin berdebar. Risau dengan penerimaan Tenten.

"Hi aku Tenten. Kau Ryuu kan?" Tenten menghulurkan tangan sambil tersenyum.

Aku menyambut huluran tangan Tenten.

"Aa.. ye.. aku Ryuu. Nice to meet you."
Aku juga membalas senyuman Tenten walaupun dalam hati gemuruh yang amat.

"Aaa.. tadi Hinata kata Neji ada buat latihan dengan kau. Macam mana? Kasar tak dia dekat kau? Risau kalau dia bantai kau tadi." Jelas kelihatan Tenten risau jika Neji terover dengan aku.

"Ermmmm... Hehehehe.. sebenarnya.." Aku tak tau nak terangkan macam mana sebab aku yang membantai Neji. Aku menggaru kepala yang tak gatal.

"Sebenarnya Ryuu-nechan yang bantai Neji-nichan." Kata Hanabi yang berada tidak jauh dari mereka. Selamba dia je.

"Ha?! Serious ah?!" Tenten apa lagi terkejut bukan kepalang.

"Betul tu. Ryuu-san memang hebat dalam taijutsu. Setaraf dengan Lee-san." Tambah pula Hinata.

Tenten ternganga.

"Ehehehehe" Aku tertawa janggal. Aku cipta record baru kah?

"Eh Tenten bila kau sampai? Sorry tho aku lambat sikit." Tiba tiba Neji muncul.

"Eh Neji serious ah Ryuu pandai taijutsu?" Soalan Neji digantikan dengan soalan.

"Haah. Boleh tahan hebat jugak lah Taijutsu Ryuu." Neji mengiyakan.

"What the hell.... Bukan kaleng kaleng ah Ryuu ni." Tenten kagum dengan Ryuu. Belum pernah ada yang dapat bantai Neji kecuali Naruto.

Aku tersenyum.

"Eh dah dah. Kita dah lambat ni. Nanti lambat pula kita sampai nanti. Jom gerak. " Kata Neji. Cepat cepat dia menyarung sepatu ninja nya.

"Eh ye tak ye ah. Jom Neji. By the way Ryuu.. nanti kalau ada kesempatan saya nak tengok awak bantai Neji lagi. " Kata Tenten.

"Hehehehe.. I will."

"Okay lah.. daaaa~ nanti kita jumpa lagi." Tenten melambai tangan ke arah kami sebelum pergi. Kami membalas juga dengan lambaian.

Bersambung....

🍥🍥🍥🍥🍥🍥🍥🍥

CINTA KU TERTINGGAL DI KONOHAWhere stories live. Discover now