Chapter 11 : Ketiadaan Naruto 3

41 4 0
                                    

"Hakke Kusho!" Aku cuba untuk mngeluarkan jutsu yang aku baru belajar.

"Lagi!" Neji yang dari pagi tadi menjadi jurulatih aku memandang aku dengan serious.

"Hakke Kusho!" Jerit pula Hinata.

"Lagi!"

"Hakke Kusho!" Jerit aku. Berkali kali aku cuba dan cuba. Nafas aku menjadi tercungap-cungap.

"Awak boleh ke ni Ryuu?" Hinata disebelah memandang aku dengan riak risau.

"Okay. Cuma penat sikit sebab non-stop praktis dari pagi. Aku memandang langit. Matahari sikit lagi nak terbenam. Lama juga berlatih hari ini. Rehat pun tadi sekejap je.

"Kalau tak okey cakap je dengan Neji-niisan. Nanti dia bagi rehat. Awak kan baru keluar hospital." Hinata masih risau tentang keadaan aku.

"Tak pe okay je ni. Fokus Hinata. Nanti kena marah. Byakugan" Aku meredakan kerisauan Hinata dan  kembali mengaktifkan byakugan aku.

"Baik lah. Byakugan!"

"Lagi!" Jerit Neji. Sekali sekala dia membetulkan step aku agar aku lebih mahir dalam mengendali jutsu Hakke Kusho ni.

Begitu lah keadaan aku sampai malam. Pada waktu malam pula Neji menyuruh aku berlawan dengan nya menggunakan teknik Hakke Kusho ni sahaja. Begitu juga Neji. Dia akan menggunakan Teknik Hakke Kusho sahaja.

"Sedia?" Tanya Neji.

"Sedia!" Jawab aku.

"Byakugan!" Serentak aku dan Neji menyebutnya.

Hinata menjadi pengadil. Melihat sama ada diantara kami ada yang melanggar peraturan atau tidak. Bermulalah sesi perlawanan antara aku dan Neji.

Aku cuba untuk menyentuh bahagian titik chakra Neji. Namun tak berhasil. Neji menepis dan hampir menyentuh kawasan titik chakra aku.

"Jangan jadi lemah ah Ryuu. Mana semangat kau petang tadi!" Neji cuba untuk menyemangatkan aku.

Aku terasa tercabar. Aku terus terusan membuat serangan tapi aku tersilap langkah Neji dapat sentuh bahu kiri aku. Terpelanting aku.

"Ryuu!" Hinata berlari mendapatkan aku. Aku cuba untuk bangun. Terasa sakit bahu kiri aku. Tapi sikit je. Hinata dulu lagi teruk.

"Awak okey tak?" Hinata memeriksa bahagian badan aku.

"Okey je. Sikit je ni."

"Kau okay tak Ryuu? Sorry terkuat tadi." Neji nampak risau.

"Okay je.. biasa lah sakit sikit. Sambung latihan kita Neji." Kata aku.

"Kau biar betul? Tak penat ke? Dari pagi berlatih. Mata kau dari pagi tak henti pakai byakugan."

"Okay je. Ni lah masa untuk aku berlatih. Nanti tiba tiba Otsutsuki datang aku pulak tak ada apa apa persediaan." Aku bangun. Dengan nafas yang sedikit tercungap-cungap. Penat tapi kena berlatih lagi.

"Ryuu rehat lah. Awak nampak penat sangat ni." Hinata memujuk aku.

"Tak boleh Hinata. Nanti kalau musuh datang saya tak ada persediaan. Taijutsu saja tak cukup. Jom sambung Neji."

"Baik lah kalau tu yang kau nak. Tapi maaf aku mengajar memang tegas."

"Baiklah. Byakugan"

Sekali lagi aku berlatih lagi.

Kakashi POV

Dari jauh aku memerhati gerak geri Ryuu yang dari pagi berlatih non-stop.  Waktu pagi aku ada datang. Ryuu masih berlatih. Aku sangka kan masa shift aku bertukar dengan Yamato Ryuu akan stop berlatih. Tapi Yamato lapor dekat aku dia masih belum berhenti berlatih sampai sekarang.

CINTA KU TERTINGGAL DI KONOHAWhere stories live. Discover now