Chapter 6 : Kakashi-sensei

58 5 0
                                    

"Baru pukul 3 30 petang. Ada lagi 30 minit lagi nak jumpa Kakashi-sensei." Aku berdiri tegak dihadapan pintu pagar rumah Klan Hyuga.

"Gi jalan jalan dulu lah." Aku menapak tiada arah. Memerhati penduduk Konoha. Namun entah kenapa aku merasa orang tak berapa suka dengan aku. Ada yang berbisik-bisik.

"Aku ada salah ape?" Aku berkata sendirian.

Aku tetap berjalan membiarkan mereka terus berbisik. Namun tiba-tiba...... Kepala dibaling dengan sesuatu.

"Auch! " Aku berpaling kebelakang. Terlihat budak budak Konoha membaling batu kearahnya.

"Penghancur Konoha. Pergi berambus lah bangsat! Kami tak nak kampung kami dihancurkan." Jerit seorang budak ke arah aku. Aku tersentak. Aku penghancur Konoha? Kehadiran aku rupanya tak disenangi.

Aku terkedu.

"Saya?" Aku mahu kepastian.

"Ye lah kau siapa lagi. Dasar pembuat masalah!" Sekali lagi Ryuu dibaling dengan batu. Kali ini terkena dahi aku. Kuat. Mengalir darah merah aku menuruni pipi.

Semakin ramai kanak-kanak datang mengerumuni aku. Aku tak ada tempat untuk berundur. Sekali lagi aku dibaling dengan batu. Banyak dan sakit.

"Argh! Itai.. tolong saya.." Aku meminta simpati dan pertolongan dari penduduk Konoha namun tiada siapa yang mahu beri bantuan kepada aku. Balingan demi balingan kena di badan aku. Cairan darah mengalir. Ingin membalas tapi itu akan memburukkan keadaan. Tiba tiba.....

"Kage bunshin no jutsu!" Aku terdengar satu suara dari arah belakang aku. Serentak klon bebayang Naruto melindungi aku dari batu batu itu.

"Kakashi sensei!" Jerit Naruto.

Terus Kakashi berada disebelah aku. Aku tak larat. Badan aku sakit sakit. Badan aku terhuyung-hayang ingin terjatuh namun sempat Kakashi-sensei menampung badan aku.

"Kenapa kamu semua baling batu dekat dia? Apa salah dia?" Tanya Naruto kepada budak-budak Konoha yang baling batu ke arah aku tadi.

"Dia kan yang jadi penyebab otsutsuki akan hancurkan Konoha. Kenapa kita perlu bela dia dalam kampung kita? Sedangkan kau pun Rubah monster." Kata seorang kanak-kanak. Berani.

"Bukan dia yang mahu ditakdirkan macam ni. Sekurang-kurangnya dia berusaha untuk selamat Konoha. Mana sifat belas kasihan kalian? Yang lain kenapa tak tolong dia? Mana peri kemanusiaan? Ini ke penduduk Konoha yang terkenal dengan budi pekerti yang baik? Huh?!" Jelas suara Naruto sedang menahan marah.

"Naruto..." Kakashi-sensei memanggil Naruto.

"Biar. Kakashi-sensei biar mereka sedar salah mereka. Cukup aku yang korang hina. Kenapa perlu perempuan seperti dia diseksa dengan balingan batu macam ni?" Tajam mata Naruto memandang penduduk Konoha yang berada disitu.

Ada yang sedar dengan silap mereka. Ada yang menayangkan muka toya.

"Naruto sudah. Jom kita beredar. Nanti saya nak akan hantar laporan hari ni ke Tsunade-sama." Kakashi mencepung tubuh aku yang lemah dan kesakitan.

Dengar sahaja nama Godaime, penduduk Konoha mula kecut perut. Baru mereka sedar kesalahan mereka. Begitu juga dengan budak-budak tu.

"Berubah lah. Aku pergi dulu." Terus sahaja Kakashi-sensei dengan Naruto pergi dari situ.

(Dalam perjalanan ke tempat latihan)

"Macam mana keadaan Ryuu sensei?" Naruto menanyakan keadaan aku.

"Banyak juga luka dengan lebam. Sakura ada kan kat tempat latihan?" Tanya Kakashi-sensei.

"Ada dia selalu datang awal." Jawab Naruto.

"Nanti kita akan suruh Sakura pulihkan luka Ryuu dengan jutsu medical Sakura." Kata Kakashi-sensei.

Naruto mengangguk. Setuju dengan kata kata Kakashi-sensei.

Dengan segara Kakashi-sensei dengan menuju ke tempat latihan. Terlihat Sakura dan Sai yang sedang menikmati angin petang.

"Sakura!" Jerit Naruto.

Sakura berpaling apabila mendengar namanya dipanggil. Begitu juga dengan Sai.

"Sakura tolong rawat Ryuu kejap.. dia luka sikit. " Kata Kakashi-sensei.

"Ha? Kenapa dengan Ryuu-san? Banyak betul kesan lebam. " Tanya Sakura. Tanpa membuang masa terus dia rawat aku. Mujur tak teruk sangat luka aku.

"Panjang ceritanya Sakura. Dan aku pun tak tau cerita sebenarnya. Tau tau aku dengan Kakashi-sensei nampak Ryuu kena baling dengan batu." Jelas Naruto. Sakura menangguk faham.

"Saya rasa ada khabar angin yang tak baik tentang Ryuu dah tersebar. Sebab tadi saya dengar ada seorang dari budak-budak tadi kata Ryuu akan hancurkan Konoha sebab Ryuu penyebab Otsutsuki akan hancurkan Konoha." Kata Kakashi-sensei.

"Macam mana diaorang boleh tau? Bukan maklumat Ryuu sulit ke?" Sakura kehairanan.

"Takkan lahh...." Sai dari tadi diam tiba tiba bersuara.

Sakura, Naruto dengan Kakashi-sensei memandang Sai.

"Kenapa Sai?" Tanya Kakashi-sensei.

"Captain Danzo. Dia kata dia akan simpan maklumat ni. Takkan lah dia sebarkan?" Sai ragu ragu.

Sakura berdecit.

"Patut lah Tsunade-sama tak suka dia." Kata Sakura.

"Kita tak ada bukti nak tuduh Danzo. Apa apa pun jaga Ryuu sekejap. Saya nak pergi buat laporan dekat Tsunade-sama." Kata Kakashi-sensei.

Tanpa membuang masa. Kakashi-sensei terus berlalu. Tinggal lah Sai, Sakura dan Naruto menjaga aku.

"Sakura... Sudah... Aku dah tak sakit dah." Kata Aku. Aku cuba untuk bangkit dari pembaringan.

"Eh tapi lebam lebam kau belum surut lagi." Kata Sakura.

"Biasa ah ni. Tadi pun ada lebam sikit sebab berlatih dengan neji." Aku melihat lebam di tangan aku. Unggu siak. Luka aku pula sudah berhenti berdarah.

"Ha? Berlatih dengan neji?" Tanya Naruto.

"Haah. Kenapa?" Soal aku. Kenapa Naruto macam terkejut ni? Sakura dengan Sai pun sama.

"Siapa menang?" Tanya Naruto.

"Aku." Aku kata yang benarlah.

"Nani?!" Serentak mereka bertiga terkejut.

"K..kau yang menang?" Sai ingin kebenaran.

"Betul lah. Kami lawan Taijutsu." Aku kata lah yang benar.

"Mak aih Taijutsu tapi Neji kalah. Jarang jarang ini berlaku." Kata Naruto.

"Kau ni biar betul?" Sakura ingin kepastian.

"Lahhhh.. betul lah oiiii" Kata aku.

"Sakura!" panggil seseorang dari jauh. Rock Lee. 

"Lee.." Naruto, Sakura dengan Sai memandang aku.

" Apa? Nak suruh aku buktikan?" Tanya aku.

mereka bertiga angguk serentak.

"Eh tapi luka kau?" Sakura nampak agak risau dengan keadaan aku. 

"Sikit je ni.. Aku pernah kena lagi teruk dari ni." senyum aku.

"eh... ermm awak Ryuu-san kan?" Tanya Lee

"yupsss" Aku memberikan senyuman yang manis kepada Lee.

"Lee-san.." aku panggil Lee.

"Ye Ryuu.. ada apa apa ke?" Tanya Lee.

"Jom lawan." Aku terus ajak untuk berlawan.

"Ha? Lawan apa?" Lee blur.

"Taijutsu."

Bersambung...

🍥🍥🍥🍥🍥🍥🍥🍥🍥

CINTA KU TERTINGGAL DI KONOHAWhere stories live. Discover now