Chapter 7: Ryuu vs Rock Lee

47 5 0
                                    

"Awak biar betul? Awak kan luka." Lee seakan tidak sampai hati mahu berlawan dengan aku.

Aku berdiri lalu aku senyum dekat dia.

"Tak pe.. sikit je ni aku okay. Jom 1vs1"

"Kalau itu yang awak nak. Saya akan ikut. Tapi saya tak ada belas kasihan ye. Kalau awak nak saya berhenti cakap je nanti." Lee masih lagi ambil berat pasal aku.

"Okay boss."

Kami berdua berjalan ke tengah padang lapang itu. Sakura, Sai dengan Naruto menjadi saksi dan penonton.

"Sedia?" Tanya Lee.

Aku menarik nafas dalam dalam dan aku hembuskan. Hilang sikit nervous aku.

"Sedia!" Aku mula serious.

Lee berlari ke arah aku. Aku lindung diri menggunakan ilmu silat yang aku belajar. Serangan demi serangan aku dapat tepis. Lee juga terkejut dgn ketangkasan aku. Kami terus berlawan dan berlawan. Aku jatuh.. tapi aku bangkit lagi. Serangan aku juga dapat jatuh kan Lee.

Lee kepenatan. Mungkin chakra dia hampir habis. Aku juga tidak kurangnya. Tercungap-cungap. Pandangan aku berpinar.

Lee nampak ingin melakukan serangan lagi, aku bersedia. Tiba-tiba Lee mengalah.

'Aik? Dia mengalah?' Aku bermonolog.

Lee terbaring. Aku menapak ke arah Lee.

"Lee? Okay ke?" Tanya aku.

"Okay je cuma penat sikit. Hebat lah skill awak. Saya tak pernah nampak sebelum ni skill taijutsu macam awak. Awak memang hebat." Lee memuji aku.

"Arigatou Lee." Pandangan jadi gelap gelita.

🍥🍥🍥🍥🍥🍥🍥🍥🍥🍥

Aku cuba membuka mata. Pandangan pokok menjadi santapan pertama aku. Terasa sengal-sengal badan aku.

"Daijobu?" Tiba-tiba muka kakashi muncul. Riak matanya kelihatan tersenyum.

Aku terkejut. Badan aku jadi kaku. Eh jap... Kenapa aku rasa kepala aku macam dialas? Aku rasa guna tangan aku. Kaki?!

Nani?! Aku baring atas peha Kakashi-sensei. Terus saja aku bangun dari pembaringan.

Merah habis muka aku.

"Daijobu Ryuu? Sakit lagi ke badan tu?" Tanya Kakashi-sensei. Riak masih cool tapi caring.

"Oo..oo..okayy. Tak sakit dah." Malu oi. Dah lah Kakashi-sensei ni hensem.

"Baguslah. Risau saya." Kata Kakashi-sensei. Makin blushing aku.

"Mana yang lain?" Aku sengaja mengubah topik perbualan. Sengal badan serta luka tak aku endahkan.

"Tu. Tengah training. Ada Yamato. Tu yang saya dekat sini teman awak. Sai tadi katanya nak beli air dengan makanan untuk awak. Mungkin ambil masa untuk cari makanan yang tak ada alkohol dengan daging babi untuk awak." Kata Kakashi-sensei.

"Ouh..." Aku hanya mengangguk.

"By the way, taijutsu awak tadi hebat." Puji Kakashi-sensei. Tersenyum memandang aku.

"Sensei tengok tadi?" Tak silap aku sensei pergi hantar laporan dekat Gondaime-sama

"Nampak.. saya baru balik dar pejabat hokage. Nampak awak bertarung dengan Lee. Nampaknya saya tak perlu risaukan sangat tentang awak. Sebab awak kuat." Kakashi-sensei tersenyum memandang aku.

Apa lagi blushing lah aku.

"Arigatou sensei." Aku membalas senyuman Kakashi-sensei. Arghhh... Jangan buat aku jatuh cinta Kakashi sensei oi.

"Naruto, Sakura, Lee... Kita rehat dulu." Jerit satu suara. Seorang lelaki memakai baju macam Kakashi-sensei. Ouh ye tu lah Captain Yamato.

"Ryuu!" Mereka bertiga terus berlari kearah aku. Dah kenapa pulak.

"Kau dah sedar syukur. Risau kami semua." Sakura terus memeluk aku.

"Dah kenapa ni? Aku kan pengsan je?" Pelik aku. Pengsan je bukan dah nak mati.

"Memang kau pengsan je tapi chakra kau hampir habis. Aku tak dapat nak rawat atau heal chakra kau sebab chakra kita beza." Jelas Sakura.

"Macam mana aku boleh elok macam ni?" Lagi aku pening. Kalau aku punya chakra dah nak habis macam mana aku boleh sedar?

"Kakashi-sensei bagi chakra dia kat kau." Kata Naruto.

"Ha? Kakashi-sensei?" Aku pandang Kakashi-sensei yang bersandar pada pokok. Nampak dia tak bermaya.

"Tapi macam mana?" Tanya aku.

"Kakashi-sensei guna Sharingan untuk tiru jutsu medic Sakura. Lepas tu Kakashi-sensei ni dia special sebab chakra dia special sikit. Jadi dia bagi chakra dia dekat awak. Nasib badan awak tak tolak chakra Kakashi-sensei." Jelas Lee.

"Ouh..." Aku kembali memandang Kakashi-sensei. Kebetulan dia juga memalingkan kepala ke arah aku. Dia tersenyum. Aku juga membalas.

"Kakashi senpai. Okay tak ni? Aku nampak senpai penat sangat." Tanya Captain Yamato.

"Aku okay je ni. Cuma penat sebab tadi guna banyak chakra. Aku rehat sikit dah okay dah ni." Jelas Kakashi-sensei.

Aku memandang Kakashi-sensei. Perasaan aku jadi makin bertambah sayang. Entah lah. Aku jadi terharu bila tahu Kakashi-sensei kongsi chakra dengan aku. Entah lah weyhh.

"Naruto, Sakura, Lee... Jom sambung berlatih. Nanti dah malam kita balik." Kata Captain Yamato.

"Baik"

Mereka bertiga pergi. Tinggallah aku dengan Kakashi-sensei. Masing masing diamkan diri. Suasana jadi kekok. Aku cuba untuk bangun. Namun entah kenapa kaki aku aku tak dapat rasa. Tak dapat nak berdiri.

"Jangan dipaksa diri. Kalau dah kehabisan chakra memang kita tidak dapat gerakkan anggota badan." Akhirnya Kakashi-sensei bersuara.

"Ouh... Hurmm" Aku kembali duduk.

"Sensei." Panggil aku.

"Ye.."

"Terima kasih sebab selamatkan saya."

"Sama-sama. Tapi saya nak pesan jangan terlampau memaksa diri awak Ryuu. Kami semua ada untuk lindung awak."

"Tapi penduduk kampung dah start takut dan bencikan saya." Teringat aku masa aku dilempar batu oleh penduduk Konoha.

"Mereka tak faham dunia ninja. Mereka hanya penduduk biasa yang tak mengerti tugas ninja macam kita. Jangan sedih. Saya ada. Team 7 ada untuk lindung awak. Saya Hatake Kakashi akan lindung awak." Kata Kakashi-sensei.

Aku makin terharu. Aku rasa selamat sangat dengan adanya mereka yang menjaga aku. Mata aku berlinang. Tersenyum memandang Kakashi-sensei.

"Arigatou.. Kakashi-sensei."

🍥🍥🍥🍥🍥🍥🍥🍥🍥🍥🍥

CINTA KU TERTINGGAL DI KONOHAWhere stories live. Discover now