Chapter 23: secret mission

34 4 3
                                    

2 bulan selepas itu.

Seperti yang dijanjikan, selepas sahaja aku pulih sepenuhnya. Aku akan dipenjarakan. Ya, harinya sudah tiba. Aku memandang anggota anbu dihadapan aku. Kedua tangan aku hulur tanda rela diri untuk digari. Amggota anbu memandang sesama mereka. Seperti berat mereka ingin lakukan.

"Jangan teragak agak. Buat je. Ni tugas korang. Korang anbu. jangan ada rasa kasihan dekat aku. Treat aku macam aku ni penjenayah." kata aku. Kedua dua anggota anbu itu terkejut.

"Macam mana kau boleh tahu apa yang kitaorang fikir?" kata seorang anggota anbu. Lembut suaranya. Perempuan mungkin. Aku tersenyum.

"Dah cepat gari aku. Jangan banyak tanya." aku pula yang mengarahkan mereka untuk menggari aku.

"Tapi...." seorang lagi bersuara. Lelaki mungkin sebab suara garau. Entah aku tak dapat teka sebab mereka kan pakai topeng.

"Haihhhh... Gari je lah." eyy aku lah. Orang suruh gari banyak pulak cekadak dia.

"ha baik baik." terus mereka memusingkan badan aku. Tangan aku dibawa ke belakang lalu digari dengan gari besi.

"Mari kita bawa dia ke markas." kata salah seorang anggota anbu.

"ya, baik" seorang lagi menurut. Mereka iring aku keluar dari rumah kakashi-sensei. Tiba sahaja diluar rumah terlihat semua kawan ninja aku ada.

"perlu ke kau buat semua benda dan tanggung semua benda sampai macam ni?" tanya Neji. Nampak dia tak setuju dengan keputusan aku. Aku yang berjalan terhenti langkah aku.

"ini je jalan dia." kata aku. Tenang.

"Tapi mesti ada jalan lain. Kenapa perlu kau tanggung sorang diri?" Kini giliran shikamaru pula. Nampak riak kegeraman dimuka dia.

"dah yang punca aku. Jadi aku lah kena tanggung." jawab aku. Aku kalih memandang semua orang. Sedih sedih pula. Bukan aku nak mati pun. Penjara je pun.

"mendokuse... sialan punya danzo. tch" Shikamaru mendecit.

"tak pe. jangan lah sedih. Bukan aku pergi mati pun. Kena penjara je pun. Hidup lagi aku nanti. Tunggu aku keluar eh?" aku try pujuk mereka jangan marah dengan keputusan aku.

"masuk penjara je pun?! apa kau ingat tu rumah ke tho?" marah si kiba.

"Jap sekarang ni lek je boleh? Aku boleh survive. Okay?" kata aku. aku tak nak berlama disitu. Panas oi.

"Gari aku sekali. Aku pun ada salah." secara tiba tiba ada orang berkata macam tu.

Serentak kami semua menoleh. Termasuk pegawai anbu sekali.

dia menghulurkan sama seperti aku tadi. NANI?!

"kau dah kenapa Naruto? buang tabiat ke? otak mereng?" tanya aku. Orang tak nak masuk penjara dia serah diri. Bangang memang.

" lah dah aku pun buat onar kat konoha. aku pun ancaman dekat diaorang kan. RUBAH BEREKOR 9. takkan dah lupa title keramat tu?" naruto beralasan.

"eh ermmmm. Lantak kau lah." aku nak marah lebih lebih malas pula sebab memang masa perhimpunan haram tu berlangsung nama naruto juga ada dimention si bangang Danzo tu.

"ha cepat lah gari aku. tunggu apa lagi?" Naruto menhulurkan tangan dia. Nak tak nak anggota anbu tu terpaksa lah gari.

"Dah jom gerak." arah salah seorang anggota anbu. Aku dan naruto akur. Terlihat salah seorang anggota anbu berbincang sesuatu dengan Kakashi sensei. Agak serious riak wajah Kakashi sensei. Aku tau ni mesti misi rahsia yang aku dengan Kakashi perlu buat.

5 hari lepas.....

"Ryuu awak diminta ke wad Godaime-sama sekarang." kata Kakashi-sensei. Aku yang tadi mengelamun terpinga pinga.

"Wad Godaime-sama? sekarang ke?"

"ya sekarang bersama saya." tambah Kakashi-sensei.

"ha kejap." aku merapikan rambut aku. Segera aku menukar baju ninja aku. Aku tenung headband aku.

'perlu ke aku pakai padahal aku akan jadi banduan tak lama lagi.' sekali lagi aku aku termenung.

"apa yang awak menungkan tu? pakai je headband tu. awak still lagi ninja konoha. Hanya godaime-sama yang berhak buat apa apa keputusan tentang awak." kakashi-sensei seperti dapat tahu apa yang bermain diminda aku.

Aku memandang wajah kakashi=sensei. Mencari sebuah harapan. Ya wajah itu saban hari tak pernah berhenti menaikkan kembali semangat aku. Thanks Hatake Kakashi.

"hmmm baik lah!" aku kembali tersenyum dan bersemangat. aku ikat headband dikepala aku. Ya aku tetap ninja konoha.

"that's my girl. okay jom gerak." sempat aku blushing bila Kakashi-sensei kata 'that's my girl' tadi. Arghhh blushing gitu.

WAD GODAIME-SAMA,

Aku memerhati keadaan Godaime-sama. Tetap sama seperti 2 bulan lepas. Sayu aku melihat keadaan Godaime-sama yang kurus.

"ohayou cik shizune." kata kakashi-sensei. Aku yang sedang leka memerhati Godaime-sama juga tunduk hormat kepada cin shizune.

"ohayou. saya disini kumpulkan kamu semua bersebab. Kamu semua akan menjalankan misi rahsia." kata cik shizune. Serious.

"misi rahsia? kamu semua? tapi kami berdua je." tanya aku.

"ada lagi dekat belakang kamu tu." tambah cik shizune.

Aku pun kalih. mak aih terperanjat aku tiba tiba ada anggota anbu dekat belakang aku. Aik shikamaru pun ada? Naruto pun? Lahhh sakura dengan sai pun ada? Bila masa diaorang sampai tho?

" memandangkan disini ada team 7 dah ada dekat sini. saya akan cerita misi rahsia rank A untuk kamu." terang cik shizune.

UMAK AIH.. rank A mat. Misi paling susah lepastu mention misi rahsia pulak tu.

"okay macam yang kita tahu danzo dah muncul. lagi lagi dalam keadaan Godaime-sama tengah koma. Ini ada arahan dari Godaime-sama. Dia kata kalau danzo muncul waktu Godaime-sama terjadi apa apa tolong siasat tujuan dia dan halang apa sahaja tujuan dia. sebab Godaime-sama dapat rasakan yang dia ada niat buruk." kata Cik shizune.

"nampaknya kami semua kena pantau pergerakan dia lah kan?" tanya sakura.

" yups.."

"tapi macam mana?" tanya pula si Naruto.

"okay disebabkan Ryuu akan ditahan. Ni peluang keemasan untuk kita korek rahsia dia. Ryuu ditahan dalam masa sama dia juga perlu cari sebab si danzo tu tiba tiba nak dianggkat menjadi hokage." kata cik shizune.

Aku terkejut mat. Maksudnya misi ni boleh dikatakan bergantung seratus perastus pada aku lah.

"habis tu yang lain?" tanya aku.

" yang lain akan backup awak ryuu. kakashi akan jadi anbu yang akan pantau awak. sakura akan ready dekat luar untuk dapatkan bantuan dari shikamaru. shikamaru akan ditugaskan untuk cari satu group untuk pantau pergerakan danzo kalau tiba danzo ada pergi satu tempat yang mencurigakan." terang cik shizune.

"saya pula?" tanya naruto. mata naruto bercahaya menunggu tugas yang akan diberi oleh cik shizune.

"kamu... hurm... teman ryuu. kalau apa apa jadi kamu boleh backup ryuu."

"yoshhhhhh"

"jadi pasukan anbu yang berada dibelakang ni tugas mereka apa?" kakashi pula bertanya.

" mereka berdua akan iring ryuu dan akan bertukar giliran pantau Ryuu dengan awak." terang cik shizune.

Kakashi mengangguk  faham.

"baik lah semua jelas ya."

"jelas!"

" baik boleh bersurai."

itu lah yang kami akan lakukan sekarang.

SECRET MISSION: DANZO.
 

BERSAMBUNG....

CINTA KU TERTINGGAL DI KONOHAWhere stories live. Discover now