Chapter 22: Danzo

35 3 1
                                    

"Ryuu tunduk!" Jerit Neji.

Aku yang terkejut terus menundukkan kepala. Terdengar dahan pokok yang berada dibelakang aku bergoyang hebat. Aku kembali mengangkat kepala. Terdapat banyak orang kampung yang datang dengan wajah bengis memandang aku dan seakan marah kepada aku.

Aku kalih ke belakang benda apa yang membuatkan dahan pokok dibelakang itu bergoyang kuat. Mata aku terbeliak. S...sa..sabit!!

"Oi korang dah kenapa ha?" Marah Neji.

"Kau boleh tak payah bela perempuan ni." Marah salah seorang orang kampung.

Aku pulak terpinga-pinga. Apa pula yang jadi ni?

"Tak ni apepasal semua orang datang kerumun marah si Ryuu?" Tanya neji. Kaki neji melangkah berdiri dihadapan aku untuk melindungi aku.

"Oi kau tak sedar ke perempuan ni punca segalanya?! Kau buta ka?" Marah seorang lagi kampung.

Aku pulak diam membisu. Cuba memproses apa yang berlaku.

"Bila masa nya?" Neji pelik dengan tuduhan orang kampung.

"Oi Neji aku tak nak kurang ajar dengan kau sebab kau orang terhormat dekat sini tapi kau tak nampak ke sejak minah pelik ni datang je dalam kampung ni dia bawak bala kau tau tak?! Habis tempat tinggal semua orang tinggal habuk!" Marah salah seorang orang kampung.

Orang kampung yang lain setuju dengan kata kata itu. Aku tak mampu berkata apa apa. Mata aku semakin panas dan memerah.

"Tak. Apa korang tak nampak ke ninja lain tengah bantu korang nak bina balik rumah korang? Lagi satu akatsuki datang sebab nk kejar naruto. Bukan Ryuu!." Marah neji. Habis keluar semua urat urat leher neji membantah tuduhan melulu orang kampung.

"Arghhhh semua sama. Ryuu dengan Naruto sama bawak bala! Blah lah kau pompuan sial!" Marah orang kampung. Setitik. Dua titik. Laju air mata aku jatuh menuruni pipi.

"Yamero!" Jerit satu suara.

Semua penduduk kampung terdiam apabila mendengar jeritan itu. Mereka menoleh. Namun hanya sekejap sebelum senyum senget mereka lakar dibibir mereka.

Siapa lagi kalau bukan Naruto.

"Pembawa bala ke dua dah datang dah. Elok dua dua kita halau dia."

Naruto berdiri dihadapan aku. Sakura yang berada didalam khemah medic juga keluar dari situ. Begitu juga Hinata dan yang lain lain.

"Ryuu tak salah lah. Yang korang benci dia sangat kenapa hah?!" Marah Naruto. Aku yang dari tadi menangis terkejut dengan amarah Naruto. Aura dia sungguh menakutkan. Penduduk lain semua diam sebab gerun.

"Korang tau ke dia ni pernah mati sebab nak selamatkan konoha. Ada korang tahu? Ada korang amik tahu? Kornag perhati dia cedera parah. Sebab apa? Sebab nak selamatkan orang macam korang lah. Aku nak tanya korang buta ke? Sampai dia dah berkerusi roda ni korang still nak salahkan dia? Bodoh ke?!" Sambung marah lagi Naruto.

Penduduk kampung semua berbisik sesama sendiri. Ada yang sedar khilaf mereka. Ada yang buat muka toya. Ada yang still tak leh terima hakikat.

"Tapi tu bukan tiket untuk diterima sebagai rakyat konoha." Kata satu suara tua dari arah belakang. Semua mata tertumpu kepada empunya suara tua itu.

Sai yang berada disitu terkejut.

"Danzo-sama!"

"Danzo? Apa yang kau buat dekat sini?" Cik Shizune pembantu Godaime-sama sangat tidak senang dengan kehadiran Danzo. Aku juga begitu sebab aku sendiri tau niat Danzo datang pada waktu waktu sekarang untuk apa.

"Apa maksud kau?" Tanya Kakashi-sensei. Kakashi-sensei juga baru tiba dengan sensei sensei yang lain.

"Dia serupa seperti penceroboh. Dan aku tau korang tau hukuman penceroboh macam mana? Plus dia ni kan ancaman kepada penduduk sini." Danzo memandang aku atas bawah.

"Godaime-sama dah iktiraf Ryuu sebagai penduduk konoha dan identiti dia juga dah didaftar. Kau apa tahu?" Kata cik Shizune.

"Godaime-sama? Dia masih bernyawa ke? Bukan tinggal sekarat ke? Mampu ke dia nak tadbir konoha lagi?" Sinis sekali kata kata Danzo.

"Kurang ajar kau. Godaime-sama hidup lagi lah. Kau nak apa hah dari aku?" Marah aku. Aku tak leh kalau orang yang selama ni jaga aku dihina seperti ini.

"Aku nak apa? Aku nak kau dimasukkan dalam penjara atas kesalahan kau." Danzo dengan bongkak melangkah ke arah aku.

"Dan aku nak tahu something dari kau sebab aku tau kau tahu sasuke kan?" Danzo tersenyum sinis. Aku tau plan dia. Dia nak sharingan milik sasuke. Aku memang takkan kerjasama dengan orang macam dia.

Tak semena-mena ada dua orang dari anggota anbu muncul disebelah kiri dan kanan aku secara tiba tiba.

"Kau ditahan atas kesalahan menceroboh dan mempunyai identiti palsu sebagai rakyat konoha dan menjadi ancaman kepada penduduk konoha." Kata danzo. Penduduk yang lain kegembiraan.

"Eh suka hati kau je buat keputusan. Kau dah minta izin Godaime-sama ke untuk buat tahanan. Apa apa pun Godaime-sama tetap hokage lagi. Plus, menahan seseorang dalam keadaan yang cedera parah juga kesalahan dalam perundangan. Betul tak Encik Danzo?" Cik Shizune menghalang penangkapan aku.

Danzo berdecit.

"Baik lah. Selepas sahaja Tanaka Ryuu sembuh sepenuhnya dia akan ditahan atas kesalahan yang aku sebut tadi dan lagi satu aku adalah calon untuk jadi hokage ke 6. Godaime-sama kesayangan kau tu akan dilucutkan jawatan sebab dia kan dah nak mati." Sekali lagi Danzo menghina Godaime-sama. Aku menggenggam penumbuk.

"Sekali lagi kau hina Godaime-sama aku tak teragak agak untuk tumbuk muka kau. Baiklah aku akan terima hukuman atas kesalahan aku. Itu yang kau nak kan?" Amaran aku. Kini giliran aku pula yang tersenyum senget. Aku memandang anak mata Danzo dengan tajam.

"Ryuu!" Semua tak setuju.

"Tak pe. Kalau saya tak setuju orang kampung akan terus terusan tak puas hati dengan saya. Korang dengarkan apa yang aku kata tadi kan? Aku akan terima hukuman aku. Dah puas hati semua?" Aku bertanya pada orang kampung.

Ada yang serba salah ada yang buat muka gembira. Entah lah. Aku malas nak pikir.

Terus aku menggerakkan kerusi roda aku jauh dari tempat itu.

"Ryuu...." Hinata menatap aku dengan pandangan sedih. Begitu juga sakura.

"Kau.... Erghh.. blah lah kau!" Cik Shizune menghalau Danzo untuk pergi. Anggota anbu tadi juga sudah pergi. Kakashi-sensei dengan sensei yang lain juga tidak puas hati dengan perkara ni.

Terus sahaja perhimpunan haram itu dibubarkan. Masing masing membuat kerja masing masing. Kakashi-sensei pula mengejar aku.

Aku yang kepayahan menolak kerusi roda sendirian dibantu oleh pertolongan Kakashi-sensei.

"Ryuu saya..." Tak sempat Kakashi-sensei nk buka bicara aku cepat cepat memotong.

"Tak pe. Biarkan saya ikut je apa yang diaorg nak tanpa melawan. Nanti keadaan jadi lebih buruk kalau saya melawan. Biar lah saya ikut je semua benda." Aku tau Kakashi-sensei risau dengan keputusan dan keadaan aku.

"Tapi awak tak salah Ryuu." Kakashi-sensei masih tak mahu aku dipenjarakan atas kesalahan yang bukan salah aku.

"Tak pe. Kita tengok permainan Danzo macam mana. Saya bukan tak tau dia tu ada niat jahat."

Aku tekad. Biar apa pun jadi aku tetap nak selamatkan kampung konoha.

BERSAMBUNG....

CINTA KU TERTINGGAL DI KONOHAWhere stories live. Discover now