Chapter 24: SECRET MISSION (DANZ0)

39 4 3
                                    

PENJARA SHINOBI

"kau tau kan kenapa kau kena penjara?" tanya salah seorang pengawal penjara.

"tau." sepatah aku jawab.

"kau tau kesalahan kau apa?"tanya lagi pengawal penjara itu.

"ye tau."  banyak pulak cekadak pengawal ni nak tanya macam macam.

"baik lah aku akan bagi kau satu 'hadiah' selamat datang." pengawal penjara memandang aku dengan Naruto dengan pandangan sinis.

"hadiah?" aku kepelikan begitu juga Naruto. aku pandang Naruto. Naruto pandang aku.

"hadiah ap.." belum sempat kami berdua menghabiskan perkataan kami, pengawal penjara itu menekan perut aku dan naruto dengan begitu kuat sehingga membuatkan kami berdua senak.

"AGRHH" Kami berdua meringkuk kesakitan. Dengan keadaan tangan kami yang digari aku hanya mampu membongkokkan badan menahan kesakitan yang teramat. Terasa badan kami terbakar.

Aku cuba membuka mata. aku melihat ada tanda sumpahan (curse mark) merebak ke satu badan naruto. Begitu juga aku. panas.

"apa yang kau buat dekat kami huh?!" tanya Naruto. Aku tak mampu berkata kata. satu badan aku terasa sakit dan panas.

"bagi hadiah lah.  HAHAHA. amacam suka?" sungguh sinis senyuman dia. Aku cuba untuk kembali untuk kembali ke posisi asal kami melutut kami tadi.

"lepaskan tangan diaorang. Diaorang dah tak boleh lari dah." arah pengawal penjara itu. Anggota anbu itu pun meleraikan ikatan tangan aku dengan Naruto.

"Apa yang kau buat dengan badan aku?" Tanya aku.

"Ouh tu. Aku bagi curse mark." Selamba sahaja pengawal penjara itu berbicara.

"Celaka! Kage bunshin no jutsu!" Naruto melangkah ke hadapan aku. Seakan melindungi aku.

Namun entah kenapa bunshin milik Naruto tidak tahan lama. Tak seperti selalu.

"ARGHHHH PANAS!" Sekali lagi Naruto meringkuk kesakitan.

"Naruto! Kenapa ni?! Naruto!" Aku kepanikkan melihat Naruto tiba tiba kesakitan. Aku pula masih menahan kesakitan dan kepanasan kesan dari tanda sumpahan tu.

Dan akibat dari tu Naruto pengsan menanahan kesakitan itu.

"Macam yang kau tengok itu lah curse mark tu. Kau tak boleh melangkah keluar dari penjara dan menggunakan apa apa ninjutsu dengan curse mark ni. Sekali kau langgar peraturan tu. Kau akan terseksa sebab curse mark tu akan buatkan badan kau rasa terbakar dan mungkin MATI." Terang pengawal penjara itu.

Aku terkejut mendengar itu. Habis macam mana nak jalankan SECRET MISSION tu? Macam mana aku nak lindung diri kalau byakugan pun aku tak boleh guna? Aku tak mampu berkata apa-apa. Misi kali ini terlalu berat. Nak membantah pun dah tak guna sebab aku dah melangkah masuk dalam penjara shinobi dah pun.

"Sudah bawak mereka masuk ke dalam penjara." Arah si pengawal penjara itu.

Aku dan Naruto diheret ke sel penjara. Sel penjara kami berdua dibawah tanah. Tiada cahaya matahari. Hanya berbekalkan cahaya api obor-obor sahaja. Dan yeah, sel penjara aku dengan naruto di asingkan tapi masih bersebelahan.

Tangan aku digari ke bahagian depan badan kembali namun naruto tidak. Agak melimitkan pergerakan aku. Namun apa yang aku boleh buat.

"Daijobu Naruto?" Aku menanyakan keadaan Naruto yang baru sahaja sedar dari pengsan.

"Yeah aku okay. Kita kat mana ni?" Tanya Naruto.

"Penjara bawah tanah." Jawab aku sambil bersandar ke arah dinding sambil memeluk lutut.

CINTA KU TERTINGGAL DI KONOHAWhere stories live. Discover now