Chapter 30: Akatsuki

27 3 0
                                    

"Aku.." muncul satu suara dibelakang aku dengan Kabuto. Kami menoleh. Zetsu dengan lelaki yang memakai topeng oren tu. Salah seorang ahli akatsuki. Dia memandang sinis ke arah Kabuto dengan manusia tu.

"zetsu.. tobi.." lemah sahaja suara Kabuto. Aku lihat dia ketakutan.

"nampaknya betulah khabar angin kata kau denga orochimaru dah taubat." kata Zetsu. DEngan pantas pasukan ninja serta anbu dari konoha memenuhi bilik siasatan itu.

Aku juga terus dalam posisi bersedia sambil tangan memegang kunai.

"Apa tujuan kau datang sini?" tanya aku. Aku sedaya upaya untuk lindung Kabuto. Aku tau si bangang zetsu tu target Kabuto.

"Well saja tengok kawan lama. Kan Kabuto. kita kawan lama kan." si zetsu tersenyum sinis memandang kabuto. Kabuto mengigil ketakutan.

"I...i..itu.. du..lu.. a..ku.. d..dah... be..ru..bah.." terketar ketar suara Kabuto.

"Hahaha.. berubah? sebab perempuan tu? ahahaha... amacam bila tengok perempuan tu nazak? sakit? hahahahaha" zetsu ketawa. Sah gila.

aku yang mendengar terbakar dengan amarah. kenapa perlu Ryuu?

"oi setan! kenapa kau kena seksa ryuu?! apa salah dia huh?!" dada aku turun naik. marah aku memuncak.

"AHAHAHAHA..... sebab budak cantik tu dah buat sahabat aku ni berubah arah. Kan kabuto." kini giliran si topeng itu pulak bersuara. Tapi dalam nada seronok.

"Kalau si Kabuto ni berubah pun apa masalahnya?! benda baik kot." entahnya orang berubah ke arah kebaikkan kau nak marah apepasal.

"Masalahnya habis semua plan aku. si budak kabuto ni sepatutnya buat apa yang aku suruh. tapi sebab perempuan tu datang, habis semua plan aku." tiba disebelah dia muncul kage bunshin zetsu yang sedang memeluk kabuto dan menutup mulut kabuto yang sedang meronta ronta untuk dilepaskan.

Aku terkejut. Aku melihat belakang aku. Kabuto dah hilang. Cis! bila dia buat. Dari sinar mata Kabuto dia meminta belas kasihan dan pengharapan untuk aku menolong dia. Tanpa membuang masa aku terus mengaktifkan mata Sharingan aku. Aku mengumpul chakra ditangan aku untuk melakukan jutsu chidori milik aku. Anggota anbu yang lain juga menolong aku untuk menyelamatkan kabuto.

Satu per satu anggota anbu dikalahkan oleh akatsuki tersebut. Kabuto masih tak lepas dari pegangan zetsu. Aku pula sudah kehilangan banyak chakra sebab menggunakan Sharingan. Nafas aku semakin tidak teratur.  Susah untuk mendekati zetsu sebab zetsu dilindungi dengan bunshin dan juga rakannya yang memakai topeng oren itu. Nak sentuh si topeng tu dah payah apatah lagi nak sentuh zetsu.

"Kau nak buat apa lagi dengan Kabuto hah?!" aku yang kepenatan cuba untuk berlawan lagi. kini hanya tinggal beberapa lagi anggota anbu dan sai serta aku.

"Paksa dia untuk teruskan plan aku. HAHAHAHA." zetsu tersebut perlahan menyerap tubuh kabuto kedalam bunshin dia yang sedang memegang Kabuto. Kabuto meronta ronta.

Aku terus berlari ke arah kabuto namun langkah aku sekali lagi dihalang oleh akatsuki yang bertopeng oren tu. Tangan Kabuto melambai meminta pertolongan.

"Blah lah bangang!" aku menggunakan seluruh tenaga aku berlawan dengan si topeng oren tu.

"ka...ka..shi..." lemah suara Kabuto memanggil nama aku. Aku berpaling memandang ke arah Kabuto. tubuhnya kini sudah separuh diserap.

"Kabuto!" aku mengeluarkan pedang chidori aku iaitu tahap kuasa tertinggi aku. Aku melibas libas ke arah si topeng oren itu. semakin lama si topeng oren tu berundur. Terus aku berlari ke arah Kabuto. kini hanya tinggal kepala nya sahaja yang belum diserap ke dalam bunshin zetsu.

"ma...rry... her... ka..ka..shi..." lemah suara kabuto.

"oi oi oi jangan macam ni. siapa nak jadi saingan aku nak rebut Ryuu oi." aku ketakutan. kenapa kabuto jadi lemah sangat ni? kenapa dia perlu berputus asa ni?

"t..tak.. sem..pat.. a..ku.. a..kan.. hi..lang.. i..nga..tan.. bi..la.. dah.. ke..na.. se..rap.." Kabuto semakin diserap masuk.  aku cuba untuk tarik dia keluar.

tak.. tak.. tak... aku menggelengkan kepala. Aku tak nak hilang orang yang aku dah mula rapat.

"sabar aku cuba tarik kau ni. jangan putus asa sangat." aku menarik kepala kabuto. Tak boleh! tak sampai seminit langkah aku dihalang lagi dengan si topeng oren tu.

"blah lah anak babi! bagi aku selamatkan kawan aku lah sial!" aku tak sanggup nak tengok kabuto dalam kegelapan jenayah lagi. dia baru nak jadi baik. plus dia akan hilang ingatan.

"AHAHAHAHAHA.. sejak bila kau ada kawan kabuto? oi Kakashi selamatkan lah kawan kau ni. AHAHAHAHAHA" zetsu sengaja memprovok aku.

aku tak terbakar dengan provok itu namun bila sekali lagi aku memandang ke arah kabuto. dia dah sepenuhnya diserap ke dalam bunshin zetsu dan kini badannya dikawal oleh zetsu.

terus sahaja kabuto menyerang aku. benar ini bukan kabuto yang aku kenal 2 hari lepas. kini dia jadi lebih agresif dari comel.

"kabuto! sedar oi! Ryuu oi!" aku bergelut berlawan dengan kabuto yang dikawal oleh Zetsu.

Namun tiada sebarang respon. terus terusan tubuh kabuto digunakan untuk menyerang aku. aku tak nak cederakan Kabuto. aku cuba untuk mengelak setiap satu serangan. Badan aku ditendang ditumbuk cedera terkena jutsu medic milik kabuto. Sai juga terkena tempias.

Zetsu pula makin galak gelakkan aku dan sai. ternyata kabuto yang dikawal oleh zetsu jauh lebih hebat dan tangkas dari kabuto sebelum ni.  Aku dan sai berlawan sampai chakra kami habis dan ya lunyai kami kena belasah dengan Kabuto.

"amacam? selamatkanlah kawan kesayangan kau." zetsu sengaja memprovok aku yang tengah lemah.

Aku sekali lagi cuba untuk bangun. tapi badan aku kena tendang dengan kabuto. Senak perut aku. Aku betul betul tak larat. Aku melihat sai yang sudah pengsan.

"Ka...bu..to...." perlahan lahan mata aku tertutup. gelap.

BERSAMBUNG.....

CINTA KU TERTINGGAL DI KONOHAWhere stories live. Discover now