Chapter 13: Hilang

36 4 0
                                    

Kakashi POV,

' Aih.. lama nya doktor tu check ryuu.' omel kakashi dalam hati.

Perasaan tak sedap hati membuatkan Kakashi membuat keputusan untuk memeriksa keadaan ryuu. Pintu diketuk beberapa kali, namun tiada respon. Terus sahaja kakashi membuka pintu. Ryuu tiada. bilik bersepah. Terus saja Kakashi melihat ke luar tingkap tiada kesan tapak kaki, namun kemana Ryuu dan doktor tu pergi? Kakashi kembali memeriksa bilik itu. Ada cawan air. Ada juga bandage yang digunakan untuk membalut mata Ryuu. Ada topeng kulit.

"Topeng?" Kakashi terus mengambil topeng kulit tu. Bau pada topeng berkenaan seakan bau.....

"Takkan lah...... pakun keluar kejap" Terus sahaja kakashi menyeru anjingnya.

Terus sahaja anjing ninja kakashi yang bernama pakun itu muncul.

"Yoshh... ye kakashi. Lama aku tak jumpa kau. Ada apa yang aku perlu tolong?" tanya Pakun.

"Kau bau sekejap topeng ni. Aku rasa aku macam pernah bau." arah Kakashi. Tanpa membuang masa Pakun menghidu topeng itu.

"Bau Kabuto!" kata Pakun. Riak Kakashi semakin serious. Terus sahaja Kakashi menapak ke arah bandage yang ada kesan atau bau Ryuu.

"Aku minta sangat kau tolong kesan Ryuu. Aku tau masih sempat sebab masih baru kesan dia. Aku nak pergi minta tolong ninja lain. I'm counting on you Pakun." Kakashi menghulurkan bandage itu kepada Pakun untuk Pakun hidu.

"Baik lah. aku cuba yang terbaik, minta diri dulu." Pakun minta diri selepas menghidu bau Ryuu. Keselamatan dan keberadaan Ryuu perlu diutamakan.

Kakashi menggenggam bandage itu.

'Ryuu.. semoga awak tak apa apa. maafkan saya sebab sekali lagi buat awak dalam bahaya. saya janji saya akan selamatkan awak.' lirih kakashi didalam hati. risau, takut, marah semua menjadi satu. Sekarang keselamatan Ryuu menjadi keutamaan dia. Terus sahaja dia menuju ke pejabat hokage. Godaime-sama kena tau tentang ini.

PEJABAT HOKAGE,

"Ya Godaime-sama. kenapa panggil kami? Ada misi kecemasan ke?" tanya Neji.

Lee, Hinata, Tenten, Sakura dan Guy juga seakan ingin menyakan soalan yang sama.

"Ryuu kena culik dengan Kabuto. Kakashi bagitau tadi Kabuto menyamar jadi doktor." kata Godaime-sama dengan riaksi dan suara yang serious.

"Apa?!" semua terkejut dengan berita itu.

"kau biar betul Kakashi?" Guy terus bertanya kepada kakashi.

"Ya, silap aku tinggalkan Ryuu berseorangan masa sesi rawat tadi. Yamato pula ada emergency tiada siapa yang perati keadaan luar rumah tadi." kata kakashi dengan rasa serba salah.

"Jangan rasa serba salah Kakashi. Kau dah cuba yang terbaik untuk jaga Ryuu, siang malam kau jaga dia masa mata dia tak boleh melihat. Kau yang teman dia bila semua keluar pergi misi. Tak apa kali ni kita sama sama selamatkan Ryuu." Guy cuba untuk memotivasikan Kakashi, dia tau kakashi rasa serba salah.

"Betul tu sensei." kata pula Lee.

Kakashi melihat semua orang. Tidak ada pun yang ingin memarahinya atas kecuaiannya.

"kakashi, tak perlu rasa bersalah. Bukan salah kamu. Musuh yang pandai kaburi mata kita. Sekarang baik kita cari cara nak jejak Ryuu." Godaime-sama juga tidak memarahi Kakashi. Kakashi tersentuh. Airmata bertakung. Cepat cepat dia cover.

"ehemmm... tadi saya dah suruh Pakun jejak Ryuu. Dia kata bau Ryuu sangat kuat pada seorang pengembara lelaki tua. barang yang dibawa juga agak pelik. Dia menuju ke kampung tersembunyi pasir." Kata Kakashi. Sebelum semua tiba sempat Pakun menghubunginya dan memberitahu tentang perkembangan terbaru tentang Ryuu.

CINTA KU TERTINGGAL DI KONOHAWhere stories live. Discover now