Chapter 8: Hospital

47 4 0
                                    

"Jumpa lagi Kakashi-sensei, Ryu-san." Kata seorang jururawat yang baru sahaja selesai merawat aku dengan Kakashi-sensei.

Dah lah katil Kakashi-sensei sebelah aku je.

By the way cik Shuzune kata aku dengan Kakashi-sensei paling kurang pun akan cacat sementara dalam masa seminggu. Lama coi kena duduk dekat hospital seminggu.

Aku memandang katil sebelah. Kakashi-sensei lena dibuai mimpi. Mungkin penat sangat semalam je hampir semua chakra dia, dia bagi dekat aku.

"Alangkah indah kalau aku boleh stay dalam dunia ni lama. Dunia aku sakit." Aku memandang Kakashi-sensei. Aku tersenyum.

"At least ada orang jaga aku. Bukan macam dulu." Aku memandang tingkap yang terbuka luas. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa pipi aku.

Teringat akan hidup aku didunia nyata. Sakit. Perit. Diseksa. Haha.. sampai aku sanggup lari rumah.

"Berat keluhan tu. Awak okay ke?"

Aku berpaling. Ouh Kakashi-sensei... Aku ingat kan dia tidur mati.

"Okay je.... Cuma teringat kehidupan kat dunia saya. Kalau boleh tak nak balik sana... Dekat sana saya sakit. Kena seksa... Baik duduk sini... At least ada sensei boleh jaga saya." Aku tersenyum.

Memang aku rasa disayangi.

"Mesti sakit bila rasa keseorangan. Takpe saya faham. Saya juga keseorangan lepas arwah ayah saya pergi. Setiap hari keseorangan. Tapi nasib ada Guy. Dia suka ajak bertarung. At least hilang lah rasa keseorangan tu sekejap." Kakashi tersenyum disebalik mask dia.

"Kakashi-sensei tak ada parents. Saya ada parents tapi mereka selalu seksa saya. Kadang jadi mangsa pukul ibubapa saya. Hari hari mereka bergaduh. Ibu saya pelacur ayah saya pula bapak ayam. Saya hampir dijual ke kelab malam... Tapi...." Air mata laju menitis. Tersedu-sedan aku. Mengigil satu badan mengingat kembali trauma yang saban malam jadi mimpi ngeri aku.

Kakashi-sensei cuba untuk bangun dari pembaringan walaupun payah.

"Saya... Sempat lari. Saya lari rumah... Merempat... Macam pengemis... Tapi ada satu hari kawan saya cam saya. Nama dia Aida... Dia baik sangat.. tapi ayah dia bencikan saya sebab ayah dia tahu mak ayah saya macam mana. Katanya saya akan bawa pengaruh buruk.... Hina betul saya ye..." Aku menepuk dada aku yang sebak. Dah lama aku tak sesedih ini.

"Dah dah.. jangan menangis lagi. Awak akan bahagia dalam jagaan saya. Ada Naruto. Ada Hinata. Ada Tenten. Ada Neji. Ramai lagi. Kami semua akan jaga dan sayang awak Ryuu. Sekarang ni awak kena kuat. Dunia shinobi tak senang. Walaupun tak senang tapi saya yakin dunia shinobi banyak kebaikkan untuk awak." Kakashi-sensei memujuk aku.

Aku tersenyum dan memandang langit.

"Baik lah. Dan saya nak minta maaf sebab dah susahkan sensei semalam tak pasal pasal kena masuk hospital dengan saya."

"Benda kecik je. Tak yah nak minta maaf. Dah awak pergi rehatkan diri. Saya pun nak lelap sekejap. Bukan selalu dapat cuti." Kakashi-sensei kembali ke posisi pembaringan. Terus sahaja dia melelapkan mata.

"Tidur lah dulu saya nak ambil angin kat sini."

"Yosh!" Balas Kakashi-sensei.

Tak sampai beberapa minit. Naruto, Sai, Hinata, Neji, Sakura, Tenten, Lee, Shikamaru, Ino, Choji, Kiba, Shino, dan juga Tsunade-sama dengan pembantunya, Cik Shizune masuk kedalam wad kami.

Ada mesyuarat besar ke? Uish seram anjirr...

"Ohayou Godaime-sama." Takut takut aku tegur Tsunade-sama.

"Ohayou Ryuu Kakashi. Yamato dengan Guys mana?" Tanya Tsunade-sama.

"Yamato lambat sikit sebab nak topup barang dia. Guys tengah nak habiskan latihan dia 3000 berjalan guna tangan." Cik Shizune terangkan keadaan mereka.

CINTA KU TERTINGGAL DI KONOHAWhere stories live. Discover now