Chapter 12: Ketiadaan Naruto 4

48 4 0
                                    

"Hiashi-sama!" Neji kedengaran terkejut.

"Otōsan!" Begitu juga Hinata.

"Hah? Hiashi-sama?" Aku juga terus tunduk hormat.

"Salah arah oi" Neji terus betul kan posisi aku.

Hehe.. salah rupanya..

"Sudah sudah.. Kakashi kamu okay?" Hiashi-sama terus bertanya pada Kakashi-sensei.

"Okay. Cuma penat sikit. Sebab guna mata ni ha." Terang Kakashi-sensei.

"Kakashi-sensei ambil air ni." Hinata menghulurkan Kakashi-sensei secawan air.

"Arigatou Hinata."

"Ryuu mari saya tengok mata kamu." Kata Hiashi-sama.

Aku mengangguk. Tak lama selepas itu terasa mata aku disentuh.

"Betul lah.. jadi macam Hinata dulu. Saya dah contact doctor tu. Esok pagi dia datang periksa. Ryuu, kamu berehat dulu. Tahu kamu rasa bersalah tapi ini buka sebab untuk kami seksa diri kamu." Hiashi-sama menggosok lembut kepala aku. Terasa seperti disayangi.

"Chakra kamu berbeza dengan kami. Walaupun kamu ada byakugan dengan mahir Taijutsu macam Lee. Tapi kawalan chakra kamu masih lemah. Lepas kamu sembuh Kakashi boleh ajar kamu kawalan chakra. Boleh kan Kakashi?" Tanya Hiashi-sama.

"Boleh Hiashi-sama. Lepas Ryuu sembuh saya akan ajar dia. Dia seperti Naruto. Ada chakra yang berbeza dari kita semua. Saya akan cuba yang terbaik untuk bantu dia." Kakashi-sensei yang kedengaran berada dekat dengan aku mengiyakan permintaan Hiashi-sama.

Entah kenapa perasaan aku kini serasa seperti... entah lah.. nak kata berbunga ya juga.. yang aku tahu aku suka perasaan ini. Lagi lagi bila kakashi-sensei berada dekat dengan aku. Terasa berbahang pipi aku bila teringat apa yang dah terjadi sejak aku masuk dunia ni.

"kau dah kenapa blushing?" tegur Neji.

"iya lah kenapa awak blushing Ryuu?" kali ni Hinata pula yang bertanya.

"eh mana ada." aku cepat cepat menafikan.  Muka aku semakin membahang. ah sudah...

"awak demam ke Ryuu?" kakashi-sensei pula yang bertanya lalu tangannya dilekapkan didahi aku.

"panasnya dahi awak Ryuu. Hinata bawakkan kain tuala kecil untuk saya." kedengaran kakashi-sensei bergerak berubah tempat.

"tak pe sensei saya boleh..." belum sempat aku menghabiskan ayat badan aku dicepung. Terjerit kecil aku.

terasa aku diawangan sebelum diletakkan diatas permukaan lembut. Aku dibaringkan. 

"sensei tak pe saya demam sikit je. Sensei boleh...." 

"Awak boleh diam sekejap? Awak tau kan awak tanggungan saya? lagi pula awak masih baru dengan alam ninja. kalau apa apa jadi dengan awk macam mana awak nak lindung diri awak?" Kakashi-sensei membebel ke arah aku. 

Aku hanya mampu memdengar. tersentuh terharu semua bercampur.

" Lagi satu kalau awak rasa serba salah sekali pun jangan paksa diri awak boleh tak? Apa guna saya sebagai sensei awak kalau saya tak boleh lindung anak buah saya? " Kakashi-sensei kembali membebel kepada aku sambil tangannya melipat lengan baju aku hingga ke siku.

"baik sensei. terima kasih sebab risaukan saya. maafkan saya sebab dah banyak susahkan semua orang."

"sejak bila awak susahkan semua orang? kehadiran awak banyak beri kami kebahagiaan. lagi lagi naruto. dia begitu gembira berkenalan dengan awak. begitu juga yang lain. stop salahkan diri dan tanggung beban tu sendiri. kami ada untuk sama sama selamatkan keadaan. boleh?" separuh merayu suara Kakashi-sensei memujuk aku.

CINTA KU TERTINGGAL DI KONOHAWhere stories live. Discover now