Chapter 10: ketiadaan Naruto 2

43 3 0
                                    

Genap dah 4 hari dah aku dengan Kakashi-sensei jadi penghuni hospital Konoha ni. Kakashi-sensei dah boleh berjalan aku pula masih lemah lutut kaki ni namun dah boleh gerak lah. Tak adalah macam lumpuh macam haritu.

Aku memandang langit, semalam dikhabarkan Naruto dah start menjalani latihan di gunung Myoboku. Ada juga dia sempat melawat Kakashi-sensei tapi masa tu aku ada rawatan dengan nurse. So Naruto sempat jumpa Kakashi-sensei je lah.

Hinata pula tadi dia ada misi dengan teamnya. Tapi katanya misinya rank D je. Itu pun dekat dalam Konoha je. Si Kiba katanya tak habis merungut sebab dapat misi rank bawah je. Hehehehe....

"Ryuu... Jom kita masuk dah nak malam ni..." Kata seorang lelaki dibelakang aku. Aku yang berkerusi roda menoleh ke belakang.

Ouh Kakashi-sensei... Lupa pula aku Kakashi-sensei yang menolak kerusi roda aku dari petang untuk bersiar-siar. Katanya kami perlu ambil udara segar baru cepat baik.

"Ouh ye lah.... Tapi sunset tu cantikkan..." Aku menunjuk ke arah langit yang berwarna oren tu.

"Cantik... Ryuu suka sunset ke?" Tanya Kakashi-sensei.

"Suka juga lah. Tapi Ryuu lagi suka langit malam."

"Ooo begitu... Dah jom kita masuk bilik wad kita balik. Dah nak malam ni."

"Baik sensei." Aku turuti kata Kakashi-sensei.

Kakashi-sensei terus menolak kerusi roda aku naik ke tingkat dua dimana terletaknya wad kami berdua. Ramai juga orang yang masih memandang aku dengan pandangan yang.... Hmmmm entahlah.... Ada juga yang mesra dengan kami... Mungkin kerana ada Kakashi-sensei disamping aku.

Aku mengeluh.

"Jangan hiraukan mereka. Mereka masih tak tau keadaan sebenar. Maafkan mereka ye." Kakashi-sensei seakan tau apa yang tengah aku fikirkan.

Aku memproses ayat Kakashi-sensei. Lambat lambat aku kembali tersenyum. Ayat Kakashi-sensei sedikit sebanyak melegakan aku.

Akhirnya kami sampai ke wad kami. Kakashi-sensei memberhentikan aku ditepi katil aku untuk senang aku naik ke katil.

Ini kali pertama aku nak naik atas katil tanpa pertolongan orang. Kakashi-sensei masih ada disamping ku. Ye lah ni latihan untuk aku gerakkan kaki dan semua anggota badan aku.

Aku cuba untuk bangun. Agak susah dan tidak seimbang badan aku. Dan aku berjaya untuk step pertama.

"Boleh tak ni?" Kakashi-sensei memandang aku dengan riak risau.

"Boleh ni bagi saya cuba lagi."

Aku cuba untuk naik ke atas katil. Kaki kanan aku paksa untuk bergerak memanjat katil. Berjaya! Tapi entah mana silapnya aku boleh tersilap langkah. Nak terjatuh aku namun nasib baik ada Kakashi-sensei tolong paut aku supaya aku tak terjatuh terlentang.

"Fuhh nasib baik sempat. Bahaya betul tadi." Kakashi-sensei menolong aku untuk naik ke atas kaki. Setelah dia pastikan aku betul betul dah duduk atas katil dia menolak kerusi roda aku ke sudut bilik supaya tidak mengganggu laluan.

"Arigatou sensei. Hehe maaf silap saya tadi." Aku berterima kasih dekat Kakashi-sensei kalau tak bertelur kepala aku nanti.

"Sama sama. Nasib baik saya sempat tangkap awak. Ni kaki awak tu urut ah sikit bagi takdelah macam semacam." Kakashi-sensei menasihati aku.

Aku tersenyum memandang Kakashi-sensei.

"Arigatou Kakashi-sensei. Terima kasih untuk segalanya. Saya rasa dihargai sangat sangat. Hidup saya disini sangat sangat mengembirakan saya." Luah aku. Aku nak bertierima kasih. Entahlah tiba tiba rasa nak meluah.

"Ehh.. hehehe..😅 biasa biasa sudah lah segan saya." Mengaru kepalanya.

"Hehehe.. at least saya tak keseorangan lagi."

Kakashi-sensei memandang siling wad.

"Mesti perit kan berseorangan." Kakashi terimbau kembali kisah hidupnya selepas ayahnya mati bunuh diri. Dia memandang tangan kanan nya yang pernah membunuh rin yang tiba tiba sahaja melompat ke arah depan nya.

Tangan kakashi mengigil hebat. Kemudian dia memegang mata kirinya. Mata pemberian Uchiha Obito sebelum dia terkorban.

Aku nampak Kakashi-sensei masih sedih dan menyalahkan diri sendiri.

"Walau apapun yang terjadi sensei dah berusaha yang terbaik untuk lindungi semua orang yang sensei sayang. Begitu juga saya... Saya akan lindungi semua orang yang sayangkan saya." Kata aku memujuk Kakashi-sensei.

Aku tak mahu spoil kan ending nanti sebab nanti jadi tak syok... Cukup aku tahu bila mereka akan cedera parah aku akan datang melindungi mereka.

"Macam mana awak boleh faham dan baca perasaan saya?" Kakashi-sensei seakan terkejut.

"Saya cuma teka je. Tak mungkin orang akan nangis sebab orang yang bukan kita sayang kan? Dah dah.. tak yah fikir sangat kisah silam. Maju ke depan." Mengelak dari memberitahu kisah mereka.

"Kadang saya curiga dengan identiti awak Ryuu. Tapi tak pe, saya masih percayakan awak. Okey lah saya saya nak tidur dah pukul 8 mengantuk pula... Daa~~." Terus Kakashi-sensei menutup suiz lampu dan berbaring.

'Dia masih curiga aku. Tak pe lah buktikan yang aku ni orang yang baik walaupun hanya beban mereka.' Aku tersenyum sendiri memujuk hati supaya tidak bersangka buruk dan menghukum diri sendiri.

Buku diatas almari kecil tepu katil dicapai. Lampu kecil dinyalakan. Aku nak sambung baca nota tentang chakra dan tentang jutsu dalam clan hyuga yang akan aku pelajari dengan Neji nanti.

Kakashi-sensei POV

Aku memusing kepala menghadap Ryuu yang sedang tekun membaca. Aku tertanya siapa dia. Dari mana dia datang. Jika dia dari dunia lain memang dia ada kelainan dari dunia aku.

Mata byakugan tapi ada kelebihan taijutsu. Aneh. Lain dari Neji dan Hinata.

Teringat pesan Godaime-sama tentang misi aku kali ni.

"Perhatikan dan jaga Ryuu dan cari identiti sebenar Ryuu. Saya agak curiga tentang Ryuu. Dari mana dia boleh dapat kura-kura Otsutsuki ni." Kata Tsunade-sama.

" Baiklah Tsunade-sama. Saya akan perhati dan jaga dia. Tapi bagaimana kalau apa yang dia sampai semua benar?" Tanya aku.

"Kita perlu jaga dia. Sebab jikan betul dia dapat ni dari Otsutsuki. Ini bermakna Otsutsuki mahu hancurkan bumi." Terang Tsunade-sama.

"Baik lah Tsunade-sama. Ada apa lagi yang perlu saya buat?"

"Buat masa sekarang tu je. Saya akan maklumkan dari semasa ke semasa jika ada misi terbaru." Kata Tsunade sama.

'Macam mana kalau awak tipu saya Ryuu? Apa yang saya perlu buat? Awak terlalu baik terhadap saya.' Aku bermonolog.

Tiba tiba dengar benda terjatuh. Terperanjat aku. Aku memandang ke sebelah. Larhhhh buku Ryuu jatuh.

"Dah tidur rupanya dia." Aku tersenyum memandang Ryuu. Aku turun dari katil lalu mengutip buku Ryuu yang terjatuh. Aku melihat halaman buku itu.

"Ouh belajar rupanya. Kuat betul usaha awak." Buku diletakkan kembali ke meja kecil tepi katil Ryuu.

Ryuu yang duduk aku baring kan perlahan-lahan supaya dia tidur dalam keadaan selesa.

"Nyenyak betul tidur. Selamat malam Ryuu." Lampu meja Ryuu ditutup. Aku juga menuju ka katil untuk tidur.

"Selamat malam ayah, Obito, Rin dan sensei." Aku menutup mata.

Bersambung.....

🍥🍥🍥🍥🍥🍥🍥🍥🍥🍥🍥🍥

CINTA KU TERTINGGAL DI KONOHAWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu