6🪐

2.2K 326 17
                                    

Sepi. Terkedu. Terkejut.

Hanya bunyi kipas yang berputar sahaja masih kedengaran di ruang tamu rumah banglo itu.

"Apa kamu cakap?" soal Dato' Qhadir menginginkan kepastian.

"Saya teman lelaki arwah Wildad Sufina" ulang Afeef sekali lagi.

Wildad melolot garang ke arah Afeef. Lelaki ni gila agaknya.

"Tapi kan....Wildad dah bertunang?" soal Datin Izara pula.

"Ye saya tahu Wildad dah bertunang. Kami dah lama ada hubungan lebih dari berkawan. Sejak zaman universiti lagi. Tapi,Wildad putuskan hubungan kami lepas Dato' dan Datin buat keputusan untuk tunangkan dia. Wildad sanggup ikut pilihan Dato' dan Datin"

Wildad ternganga. Matanya berkelip-kelip memandang Afeef di sebelah. Afeef ni pelakon ke lawyer sebenarnya?!

"Wildad tu budak baik. Kami tahu dia selalu patuh dan turutkan semua yang kami mahu. Tapi kadang kami juga risau bila dia tak pernah suara pendapat dia sendiri" Puan Izara tersenyum tawar.

Tiba-tiba hatinya dihimpit rasa bersalah. Risau kalau selama ini keputusan yang dibuatnya bersama suami tidak pernah menggembirakan hati si anak.

"Sebenarnya saya ada hajat datang sini" Afeef betulkan duduknya.

"Apa hajat kamu?" soal Dato' Qhadir yang sedang mencicit teh.

"Saya tak rasa kematian Wildad adalah satu kemalangan"

"Jadi,kamu nak cakap kematian Wildad tu sudah dirancang supaya terlihat seperti kematian mengejut? Maksudnya anak saya dibunuh?" Dato' Qhadir juga menegakkan tubuhnya.

Afeef jatuhkan kepala.

"Tolong izinkan saya buka balik kes arwah Wildad. Tolong izinkan saya tuntut bela atas kematian orang yang saya sayang" suaranya kedengaran separa merayu.

Wildad masih memandang Afeef tidak percaya. Apa semesta sedang bercanda dengannya dengan mengirim susuk seseorang seperti Afeef atas sebab tertentu?

"Apa kebarangkalian untuk jumpa pesalah tu?" Afeef hembus nafas perlahan.

"Sebagai lawyer saya akan cuba sehabis baik untuk selesaikan kes ni"

Dato' Qhaid dan Datin Izara berpandangan antara satu sama lain sebelum kembali memandang Afeef.

"Baiklah,kami izinkan".











"Sejak bila kita couple?" soal Wildad saat kereta Afeef mula bergerak pulang.

"Lama dah. Kau je lupa" jawab Afeef selamba.

Wildad berdecit sebal.

"Nasib saya ni hantu tau. Kalau saya manusia,dah lama saya tackle awak jadi boyfriend saya betul-betul. Eh salah. Bukan boyfriend,tapi suami"

"Am i that attractive to you,little ghost?" Afeef menyoal dengan nada sinis.

Wildad gulingkan mata ke atas. Malas la bercakap dengan orang yang confident levelnya setinggi gunung kinabalu ni.

"Can you stop calling me little ghost?" Wildad tayang pout face pada Afeef.

"Then nak panggil kau apa. Tesoro? bella? hermosa? carino? bambolina?" Afeef menoleh ke arah Wildad saat lampu isyarat dihadapannya betukar menjadi warna merah.

Entah mengapa wajah terasa berbahang saat mendengar lidah Afeef bergulung menyebut perkataan bahasa asing itu. Kedengaran sangat sexy pada telinga Wildad.

"Nevermind. Just call me little ghost" ujarnya sambil memandang ke arah luar tingkap.

Tidak betah untuk merenung wajah tampan disebelahnya. Terutama sekali mata hitam pekat milik Afeef yang selalu buatkan Wildad lemah dalam diam.

Nafas dihela perlahan.

"Ingat Wildad,kau dengan dia takkan mampu bersatu. Satu hari nanti kau tetap akan pergi tinggalkan dia" Wildad bermonolog di dalam hati.

Mengingatkan diri sendiri bahawa kehadirannya di dunia ini bukan untuk selama-lamanya.

HIS UNIVERSEWhere stories live. Discover now