19🪐

2.2K 306 1
                                    

Bangunan besar di hadapannya dipandang dengan dahi berkerut.

The Hera's.

Itu nama yang tertera pada papan tanda besar yang ada di hadapan bangunan ini. Salah satu bangunan milik D'Luz Legacy. Atau lebih tepat lagi,milik Tengku Que Zander.

"Tempat apa ni?" Wildad pandang Afeef yang ada disebelahnya.

Afeef tidak menjawab. Tangan diseluk masuk ke dalam poket hoodie adidas bewarna kelabu yang dipakainya. Pintu utama bangunan itu ditolak dari luar.

Serta merta angin sejuk menampar wajah. Wildad menggigil kecik. Pemandangan di hadapannya dipandang.

Ice rink?

Sebuah ice rink yang luas berdiri megah di tengah-tengah ruangan ini. Disekelilingnya pula ada tempat duduk untuk pengunjung. Kelihatan beberapa orang manusia sedang meluncur bebas di atas permukaan ais itu.

Tempat ini tidaklah ramai pengunjung memandangkan ianya adalah sebuah bangunan private yang memerlukan akses ahli untuk masuk.

"Kita buat apa datang sini?" Wildad berjalan seiringan dengan Afeef ke tempat duduk penonton.

"Lepak. With the boys" bahu Que ditepuk sedikit.

Wildad perhatikan keadaan sekelilingnya. Ada Harraz dan Arjuna ditengah-tengah ice rink itu. Matanya jatuh pula pada seorang kanak-kanak lelaki yang sedang melakukan pusingan dan lompatan di dalam ice rink itu.

Banyak mata yang memerhatikan gerak gerinya. Lompatan dan pusingan yang dilakukan olehnya cukup sempurna. Dengan pakej wajah yang tampan walaupun di usia muda,lagilah membuatkan semua orang tertarik padanya.

"Damn,he's a pro dude..." ucap Afeef kagum.

"Well,he's a copy of her. Of course he will have her talent too" Que masih ralit memerhatikan budak lelaki tadi.

"Pstt,tu siapa?" bisik Wildad pada Afeef.

"Tengku Herryl Zaquan Bin Tengku Que Zander. The third heir of D'Luz Legacy"

Wildad tayang mulut berbentuk O pada Afeef. Selepas beberapa minit,budak lelaki itu datang menghampiri Afeef dan Que. Meninggalkan Harraz dan Arjuna di dalam gelanggang.

"Hi,uncle" tangan kecilnya membuat fist bump bersama uncle.

"Hye,buddy" Afeef tersengih kecil.

"Feel much better now?" soal Que.

Rambut anak terunanya disebak kebelakang.

"Yeah,kinda. Felt like she's with me while i'm skating just now" luahnya.

"She'll always be with you,hero" Que hulurkan satu botol air mineral pada Herryl.

"Okay,what's going on now?" Afeef angkat keningnya pada Herryl.

"Nothing. I just miss mummy. And that's why we're here. Because this is how Herryl lepaskan rindu dekat mummy" botol air ditangannya ditenung.

"Worry not,buddy. Dia selalu ada dengan Herryl" kepala kanak-kanak itu diusap.

Pujukan? Tidak. Ini bukan pujukan untuk tenangkan hati Herryl. Tapi sebab Afeef dapat rasa. Bukan sekali,tetapi banyak kali. Walaupun untuk masa yang sekejap. Seperti sekarang.

"Afeef,awak dapat rasa tak?" Wildad mendekatkan dirinya dengan Afeef.

Afeef jatuhkan kepala. Walaupun hanya dapat dirasakn samar-samar,tapi Afeef tahu wanita itu ada disini.

"Kau boleh nampak dia tak?" Wildad anggukan kepala.

"Bercakap dengan dia?" kali ini Wildad geleng pula.

"Dia...dah hilang"

"Dia siapa?" tanya Wildad penasaran.

"Hera Aulia. Mummy kepada Tengku Herryl Zaquan"

"Que tu duda?!" Wildad separa menjerit.

Naisb sahaja suaranya tidak dapat didengari oleh sesiapa kecuali Afeef.

"Haah. Asal kau terkejut sangat?" Afeef kerutkan kening.

"Dia nampak terlalu muda untuk jadi duda?" suaranya kembali normal.

Afeef senyum nipis.

"Ajal,maut,berpisah dan bersatu. Semua tu takdir dan ketentuan Allah. Kita tak tahu bila benda tu akan jadi. Dan kita juga tak akan pernah dapat halang ia dari terjadi. Yang kita boleh lakukan hanya redha dan teruskan hidup untuk terus ke depan"

HIS UNIVERSEWhere stories live. Discover now