15🪐

2.2K 284 5
                                    

"Ini bilik kau ke?" Afeef membuka mulutnya selepas hati sedikit tenang.

Entah mengapa hatinya terasa panas saat mendengar ayat 'kita tiada apa-apa' itu ingin meluncur keluar dari mulut Wildad.

"Hmm" hanya itu jawapan Wildad.

Punggungnya dilabuhkan di hujung katil. Mata meliar melihat bilik itu.

"Bilik ni tak diusik walau sedikit. Masih sama macam hari terakhir saya dekat sini dulu"

Cadar yang sedikit berdebu itu ditepuk lembut.

"Dah la,jom. Tadi cakap taknak duduk lama" Wildad menyedarkan Afeef yang sedang mengelamun.

Saat ingin melangkah keluar,Afeef dapat rasa kakinya tersepak sesuatu. Badan dibongkok sedikit melihat ke arah bawah katil. Satu botol ubat yang agak mencurigakan dicapai. Botol yang berebu itu ditiup untuk menghilangkan habuknya.

Botol itu dimasukkan ke dalam poket seluar. Sebaik sahaja Afeef melangkah keluar,serentak dengan itu Eva turun dari tingkat atas. Kali ini dengan hanya memakai bathrobe sahaja pula.

Afeef gulingkan mata ke atas. Dalam hati tidak habis mengumpat Eva. Apa wanita itu fikir dia akan tertarik dengan Eva? Nafsunya tidak semudah itu untuk digoyahkan.

Kecuali,kalau orang yang cuba goda dia itu ialah Wildad. Itu.....lain cerita.

Afeef sangat berterima kasih kepada Harraz yang menelefonnya saat ini. Akhirnya,ada juga alasan untuk Afeef berambus dari sini.

"Eva i need to go. Ada hal" Iphone kembali disimpan ke dalam poket.

"I'm sorry sebab tak dapat temankan you. One more thing,get well soon okay" pintu utama rumah itu ditutup.

Eva terkaku ditempatnya. Mulutnya sedikit ternganga melihat Afeef sudah hilang dari pancaindera penglihatannya. Rambutnya yang basah diramas kasar. Kaki dihentak ke lantai tanda tidak puas hati.

Rancangannya gagal!

Sengaja Eva menggunakan alasan demam supaya Afeef datang ke rumahnya. Niat asal ingin menggoda Afeef sehingga lelaki itu menjadi miliknya sepenuhnya. Tetapi,rancangan itu semakin sukar terlaksana disebabkan iman Afeef yang tidak senipis kulit bawang.

Eva mendengus sebal. Punggung dilabuhkan atas sofa single di ruang tamu. Iphone miliknya yang berada di atas meja kopi diambil. Nombor seseorang dicari.

Tidak menunggu masa yang lama sebelum panggilan itu bersambung.

"Hye,baby...." rengeknya manja.







Kepala disandarkan pada seat kereta. Dada diurut perlahan. Akhirnya,Afeef terlepas dari neraka dunia yang dicipta oleh Eva. Terasa bagai mahu sahaja membasuh mata sendiri menggunakan air zamzam.

"She's a whore" gumamnya.

"Agree" Wildad disebelah mengangguk setuju.

Keadaan di dalam kereta menjadi sunyi. Beberapa minit kemudian,Afeef tegakkan badan saat terpandang sebuah kereta meluncur laju ingin memasuki perkarangan rumah Eva.

"I know the owner of that car" mata Wildad juga turut memerhati kereta Honda Civic bewarna hitam itu.

"Who?" Afeef toleh ke sebelah.

"My ex fiancé. Afiq Mustakim" jawabnya senada.

"Dia buat apa kat sini?" jari diketuk pda stereng kereta.

"Dia baru je terlepas nak dapatkan awak. Jadi awak rasa,dia nak buat apa sekarang?"

Wildad sengaja tidak mahu nenjawab soalan Afeef. Biar,lelaki itu berfikir sendiri.

Afeef tayang muka jijik pada Wildad. Faham dengan apa yang cuba gadis itu sampaikan. Satu sahaja perkataan yang mampu Afeef ucapkan pada Eva saat ini.

Murah.

"Afiq Mustakim? Macam pernah dengar" batinnya di dalam hati.

Iphone dari poket seluar ditarik keluar. Aplikasi Whatsapp dibuka lalu nama Adheen Ezra dicari.

Nampak gayanya Afeef ada kerja baru untuk Adheen.

HIS UNIVERSEWhere stories live. Discover now