28🪐

2.7K 319 4
                                    

Langit malam itu kelihatan cerah diteringai oleh cahaya dari bulan. Afeef Benjamin baru sahaja berjalan keluar dari officenya saat jam pada pergelangan tangan sudah mececah angka sebelas malam. Badannya diregangkan saat berjalan.

Uwerk! Uwerk!

Bunyi tangisan bayi itu membantutkan perjalanan Afeef ke keretanya. Liur ditegup payah. Pukul sebelas malam ni bukan boleh dibuat main sangat. Tapi,tangisan itu semakin lama semakin kuat kedengaran.

Afeef mula mencari arah dari mana datangnya tangisan itu. Matanya terpandang sebuah kotak lusuh yang berdekatan dengan pintu masuk bangunan pejabatnya. Afeef berlari anak ke arah kotak itu.

Betul tekaannya. Ada seorang bayi yang ditinggalkan bersendirian di dalam kotak itu. Afeef ketap rahangnya. Manusia mana yang tiada hati perut sangat sampai buang bayi tak bersalah ni?!

Melihat dari saiz bayi itu,Afeef boleh agak yang bayi ini baru dilahirkan seminggu yang lalu? Afeef mengangkat bayi itu dengan berhati-hati. Betapa terkejutnya Afeef saat melihat wajah bayi kecil itu.

Mata itu,hidung mancung itu,bahkan bibir nipis itu sangat mengingatkannya kepada seseorang yang sangat dirindui. Melihat bayi itu sudah tidak menangis membuatkan Afeef tersenyum lega. Lelaki itu sudah jatuh sayang pada bayi kecil yang berada di dalam dukungannya.

Afeef mendekati keretanya bersama bayi tadi. Bayi itu diletakkan berhati-hati pada tempat duduk sebelah pemandu. Jarinya diketuk pada stereng kereta sambil berfikir. Selepas membuat keputusan,keretanya mula membelah jalan yang sunyi.




Rumah banglo tiga tingkat dihadapannya dipandang dengan hati berdebar. Tepi kepalanya yang tidak gatal digaru. Dengan lafaz bismillah Afeef melangkah keluar dengan bayi digendongannya

Salam diberi semasa pintu dibuka dan kaki mula melangkah masuk. Kelihatan semua ahli keluarganya sedang berada di ruang tamu. Membulat mata mereka semua melihat Afeef bersama seorang bayi.

Seorang wanita separuh baya berdiri dari duduknya sambil bercekak pinggang.

"Afeef Benjamin anak siapa ka-" belum sempat wanita itu habiskan ayatnya,Afeef lebih laju memotong.

"Aip,umi. Dengar dulu Feef nak cakap apa"

"Baby ni Afeef jumpa tadi depan pejabat Affef. Ada orang tinggal dia. Afeef kesian dekat dia lagipun Afeef rasa dah jatuh sayang dekat dia. Sebab tu Afeef bawa dia sekali balik sini" terangnya.

"Dahtu,Feef nak buat apa sekarang?" tanya wanita paruh baya itu.

"Memandangkan kak Fisha tengah pantang lagi,boleh tak kak Fisha susukan dia sekali? Feef nak ambil dia jadi anak angkat Feef"

Afeef menatap ke arah kakak sulungnya dengan pandangan berharap.

"Akak boleh aja. Bagus jugak cadangan Afeef tu. At least nanti baby tu takde halangan apa-apa dengan keluarga kita" kak Fisah bersuara.

Afeef tarik nafas lega. Selesai satu masalah.

"Lelaki ke perempuan baby tu?" wanita yang digelar umi tadi kembali bersuara.

"Perempuan" Afeef dah periksa jantina bayi itu tadi sebelum masuk ke rumah.

"Dah ada nama?" Afeef diam sebentar.

Anak matanya turun melihat wajah tenang si kecil yang sedang dibuai mimpi itu. Kepalanya perlahan-lahan mengangguk.

"Wardina Arfa" sebut Afeef.

Pipi gebu milik si kecil itu dicukup lembut. Wardina mengeliat kegelian. Tetapi matanya masih enggan dibuka.

"Dah,Feef pergi la naik mandi rehat. Wardina ni bagi akak jaga" kak Fisah mengambil Wardiba dari dukungan Afeef.

"Erk,tapi kak...Afeef tak sediakan apa-apa pun barang Dina" rasa serba salah pula sebab bak menerpa ke rumah ibu bapanya secara mengejut.

"Takpe,barang Aqief ada. Boleh guna dulu. Esok pergi la beli barang untuk Wardina"

Afeef jatuhkan kepala. Satu kucupan dilabuhkan pada dahi suci Wardina sebelum Afeef naik ke biliknya ditingkat atas.

HIS UNIVERSEWhere stories live. Discover now