7🪐

2.1K 315 9
                                    

Pintu bilik Wildad dikuak dari luar. Gadis itu melangkah keluar. Ruang tamu rumah Afeef diperhatikan.

Sunyi.

Wildad kerutkan keningnya saat terpandangkan kunci kereta milik Afeef yang masih berada di dalam kotak kunci di belakang pintu rumah.

"Tak pergi kerja ke mr.sexy beast ni?" gumamnya dalam hati.

Dengan beraninya kaki diatur naik ke tingkat atas,di mana bilik Afeef berada. Pintu bilik yang bewarna cream itu diketuk perlahan. Tiada sahutan.

Wildad tarik nafas yang panjang lalu dihembuskan. Tangan kecilnya mula memulas tombol pintu. Buka sahaja pintu,kelihatan sekujur tubuh masih terbalut di dalam duvet tebal.

"Afeef...." panggilnya perlahan.

Afeef tidak menyahut. Maka,Wildad dekatkan lagi jaraknya dengan katil.

"Afeef,dah pukul 8.30. Awak tak kerja ke?" lelaki itu masih tidak menyahut.

Wildad yang sedikit sebal dengan sikap Afeef menarik hujung duvet sehingga wajah Afeef kelihatan. Wildad dekatkan wajahnya dengan wajah Afeef saat melihat muka kacak itu kemerah-merahan.

"Awak demam...." gumamnya perlahan.

Wildad kembali jarakkan diri mereka sebelum mula bermundar-mandir di tepi katil Afeef. Matanya terpandang benda empat segi leper di atas night stand. Laju tangan mencapai Iphone milik lelaki itu.

Iphone itu dihalakan pada wajah Afeef untuk mendapat akses. Makin lebar senyuman Wildad apabila screen itu sudah dipenuhi oleh ikon-ikon aplikasi pelbagai warna. Jarinya menekan ikon aplikasi whatsapp.

Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.

"Nak chat siapa?" soalnya pada diri sendiri.

Chat teratas lelaki itu dipandang. Sebuah group dengan nama 'Lelaki idaman Malaya'

"Boleh la ni"

Dengan lafaz bismillah,jari mula menaip.

Jejaka Idaman Malaya😎🫰🏻

me :
aku demam. tak larat
nak bangun.

Harraz Ikwa :
astu? kena gelabah ke?

Arjuna Qutullah :
bebal kau ni raz.
Aku ingat lepas kahwin dah insaf.
Tak juga rupanya.

Adheen Ezra :
kejap,aku otw lepas ambil Que

Arjuna Qutullah :
jumpa kau kat rumah Feef
@adheenezra

Harraz Ikwa :
lepastu aku?

T.Que :
kau ada kereta kan bebal? Guna lah.

Ashfi Aqil :
Sorry doe,aku kat Spain.
Tak boleh join korang jaga Feef.

Wildad menarik nafas lega saat membaca pesanan-pesanan balas dari dalam group chat itu. Iphone tadi kembali diletakkan di atas night stand. Baru sahaja kaki ingin melangkah keluar dari bilik Afeef,lelaki itu memanggilnya membuatkan Wildad kaku sendiri.

"Wildad...stay. Stay with me" kedengaran seperti arahan dan juga permintaan.

Wildad mengalah. Punggungnya dilabuhkan pada birai katil Afeef. Anak matanya tekun merenung wajah lelaki yang sedang berehat itu. Matanya tertarik kepada sebuah bingkai gambar di atas night stand.

"Tak perasan pula tadi" bingkai gambar itu diambil.

Gambar sepasang kanak-kanak lelaki dan perempuan menjamah matanya. Gambar itu diusap perlahan.

"Afeef,ini siapa?" soalnya perlahan.

Tidak mahu mengganggu Afeef yang sudah mula mamai. Afeef membuka sedikit matanya memandang Wildad dan bingkai gambar itu bersilih ganti.

"My childhood friend. My first love" jawabnya dengan suara serak.

"Awak still contact dia?" Afeef gelengkan kepala.

"Tak. Aku lost contact dengan dia sejak umur aku 7 tahun. Waktu dia pindah rumah. Mungkin sekarang dia dah kahwin dan hidup bahagia. Who knows?" duvet dibetulkan agar posisi tidurnya makin selesa.

Wildad jatuhkan kepala. Tidak bertanya banyak memandangkan Afeef tidak begitu sihat hari ini.

"Lucky her for getting a chance to be his first love"

HIS UNIVERSEWhere stories live. Discover now