21🪐

2.3K 332 9
                                    

"So,Eva...You kenal Wildad Sufina tak?"

Dalam keterpaksaan dengan kepala yang terasa bagai dicengkam,Eva menjawab.

"She's a bitch. Dia yang rosak hidup i. Dia yang buat i ni macam tak berharga di mana-mana tempat. I benci dia. Benci sangat" racaunya di atas katil.

"Apa you buat bila you benci dia" tangan Afeef diseluk masuk ke dalam kocek seluar.

"I killed her. Well,she deserved it. Siapa suruh dia rampas kebahagian i. Dia rampas Afiq dari i. Dia tahu Afiq boyfriend i,tapi dia still bertunang dengan Afiq. Dasar munafik" tempiknya kuat.

"You bunuh dia? You buat apa? You buat sorang-sorang ke?"

"Haha,of course not. I kerjasama dengan my baby Afiq of course. Kitorang buat macam dia mati mengejut. Siapa suruh dia bodoh sangat,percayakan i? Sampai makan je semua benda i bagi dia. Yes,i bagi dia makan racun. I tipu dia cakap yang benda tu ubat migraine"

Adheen menahan badan Afeef yang ingin meluru ke arah Eva. Mata lelaki itu semakin gelap menahan rasa.

"Lama i tunggu racun tu bertindak,but i'm so glad finally racun tu berkesan and dia dah mati. HAHAHAHAHA i dah bahagia sekarang. No one akan halang i lagi. That stupid girl finally lenyap dari muka bumi" sambung Eva lagi.

Gelak tawanya semakin mereda sebelum digantikan dengan dengkuran kecil. Wanita itu telah pun tertidur akibat kesan ubat yang di masukkan ke dalam wine miliknya.

Butang stop pada perakam Iphone Afeef ditekan. Adheen dan Afeef tersenyum kemenangan.

"Good job,Eva. Finally,we know the truth. Kau tahu tak betapa susahnya aku kena plan semua ni demi nak kau buka mulut. Well,betul la apa orang cakap...

Orang mabuk tak pernah menipu. Sebab apa yang mereka cakap semua datang dari hati"

Dengan itu,Adheen dan Afeef melangkah keluar meninggalkan Eva seorang diri di dalam bilik itu. Atau tidak? Sebab tadi,Adheen ada call Afiq.

Kata Adheen,dia nampak Eva datang ke club dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Dan siapa sangka,Afiq dengan mudahnya terpancing dengan tipu daya milik Adheen.

Sipa tahu apa kejutan yang akan diterima oleh dua orang manusia itu apabila mereka bangun pagi nanti.

"Kau nak pergi mana sekarang?" soal Adheen.

"Balik. Thanks bro sebab tolong aku. Jumpa kau nanti" tangannya dijabatkan dengan tangan Adheen.

Perlahan-lahan Audi R8 milik Afeef meluncur meninggalkan kelab malam tadi.







Seperti biasa,bajunya ditukar terlebih dahulu sebelum naik ke rumah. Baju yang dipakainya tadi dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah berdekatan.

Buka sahaja pintu rumah,tubuh kecil Wildad yang terlena di atas sofa ruang tamu menjamah pemandangan Afeef. Muka yang tadinya ketat mula kembali neutral. Matanya memandang lembut ke arah Wildad.

Melihat wajah tenang gadis itu ketika tidur membuat hati Afeef ikut berasa tenang. Afeef duduk bersila disebelah sofa Wildad.

"Dunia ni tak adil kan Wildad? Kenapa Tuhan kena temukan aku dengan kau kalau pada akhirnya kita tetap tak boleh bersama? Tuhan jadikan kau persinggahan sebab dia nak ajarkan aku sesuatu ke Wildad?

Jujur aku cakap,aku tak ready nak hilang kau kalau andai kata satu hari nanti kau pergi. Tapi,macam Que pernah cakap dekat aku,kita kena redha dengan semua yang jadi. Kau adalah salh satu persinggahan terindah yang pernah jadi dalam hidup aku,Wildad. Dan aku bersyukur sebab Tuhan izinkan aku untuk bertemu kau"

Mendengar sahaja pintu bilik Afeef tertutup,Wildad celikan matanya. Tanpa dipinta,air matanya jatuh membasahi pipi.

HIS UNIVERSEWhere stories live. Discover now