12🪐

2.1K 304 9
                                    

Afeef panggungkan kepala saat kerusi dihadapannya ditarik seseorang. Kelihatan Eva sedang mengambil duduknya dengan wajah yang tidak berapa mesra. Afeef tersenyum jahat dalam hati.

"Sorry lambat. Dah lama sampai?" Eva memaniskan wajahnya.

"No. Baru je" tangannya diangkat memanggil pelayan untuk mengambil order.

"Kenapa you pilih restaurant ni?" soal Eva sambil menutup buku menu.

Afeef tayang senyum penuh makna pada Eva.

"This is my favourite place. Why? Is there any problem?" dasar menipu.

Padahal ini baru pertama kali Afeef jejakan kaki ke sini. Eva berdehem kecil. Liur ditegup perlahan.

"Kinda. This place remind me to someone..." jawabnya perlahan.

Mata diarah kepada pantai yang gelap tanpa sebarang cahaya bersebelahan restaurant ini.

"Someone special?" sebelah kening dinaikkan.

"No. Someone who i hated the most. Gladly she already gone" mata diguling keatas.

Rambutnya yang ditiup angin dibetulkan.

"Who is she? And kenapa pula you nak benci dia?" intonasi sedaya upaya cuba dikawal.

Afeef ketap rahangnya. Di dalam hati Afeef lega Wildad tiada bersamanya saat ini. Dia takut. Takut gadis itu terluka.

Afeef. Tak. Suka. Tengok. Wildad. Sedih.

"Bestfriend? No. She just my friend. Why i hate her? Perlu ada sebab ke? Ouh,ya i know why. Cause she have that perfect life. She has everything. She can get everything she want. She doesn't have to do anything to attract anyone. People just like her from the first they saw her"

Nadanya jelas menunjukkan bahawa Eva menahan perasaan meluat.

"So,you tak suka dia sebab you jealous dengan dia ke?" Eva gelengkan kepala.

"I tak suka dia sebab dia tu fake" tubuh Afeef semakin menegang.

Badannya dan hatinya panas. Mendengar kata-kata yang amat menyakitkan hati itu keluar dari mulut Eva. Barannya sehabis baik dikawal. Kalau diikutkan hati,mahu sahaja dia terbalikkan meja yang ada dihadapannya saat ini.

Suasana sunyi sebentar saat pelayan menghantar beberapa hidangan ke meja mereka. Coconut milkshake yang dipesan tadi disisip sedikit untuk menyejukkan hati yang sedang membara.

"Macam i cakap tadi. She's fake. Berlagak rendah diri. Acah macam dia humble. Suka tunjuk ayu depan semua orang. Dia nak orang nampak dia macam dia tu orang yang pemalu. So disgusting"

Eva membuat muka jijik. Steak yang diorder dipotong menjadi pecahan kecil lalu disuap ke dalam mulut.

Suasana meja itu sunyi tanpa sebarang suara. Hanya ada bunyi pinggan dan sudu garfu yang berlanggar antara satu sama lain. Afeef diam membisu. Selera makannya sudah hilang sedari tadi.









"Thanks for the dinner. I hope this will be the last time kita makan dekat tempat ni. I sumpah tak suka tempat ni"

Afeef hanya tayang senyum nipis.

"Why you tak suka tempat ni?" sengaja mahu korek lagi rahsia Eva.

Eva berdecit kecil.

"Sebab dulu i selalu kena teman perempuan tu datang makan dekat sini. Muak dah"

Afeef jawab dengan ouh sahaja. Tidak lebih dari itu.

"And please,jangan tanya pasal perempuan tu dah. Dia dah mampus.Nak semak lagi buat apa tah" kaki terus berjalan menghampiri keretanya.

Afeef berpeluk tubuh. Tangan naik melambai kecil ke arah kereta Eva yang mula bergerak. Saat kereta itu hilang dari pandangan matanya,muka Afeef terus berubah ketat. Penumbuknya dikepal kuat.

"I'll make you pay for everything soon,bastard"

HIS UNIVERSEWhere stories live. Discover now