16🪐

2.2K 308 9
                                    

Pintu pejabatnya dibuka dari luar. Dengan tidak dijemput,Adheen terus melangkah masuk. Kerusi dihadapan meja Afeef ditarik lalu punggung dilabuhkan disitu.

Afeef masih memandang screen iMac miliknya. Membiarkan Adheen yang ada dihadapannya. Sampul putih yang dihulurkan oleh Adheen menarik perhatian Afeef.

"Mana kau dapat ubat macamtu?" jarinya mula mengetuk meja.

Dengan penuh sabar Adheen menanti jawapan Afeef yang masih melihat isi sampul tadi.

"Somewhere" dahinya berkerut membaca teks yang tertera pada kertas A4 putih ditangannya.

"Poison?" kepala dipanggung melihat Afeef.

Hanya anggukan yang diberikan oleh Adheen.

"Sebab tu aku tanya kau,mana kau dapt benda alah bahaya macamtu? It's a poison. Tapi bukan jenis yang boleh membunuh dalam kadar masa segera"

"Maksud kau?" Afeef sandarkan badannya kehadapan.

Kedua belah tangan diletakkan di atas meja untuk menampung kepalanya.

"Racun ni kau kena consume sekurang-kurangnya enam bulan untuk dapat effect dia. Enam bulan without even skip it for once. Kalau kira-kira maybe kau kena makan dalam empat botol macamtu? Lepas enam bulan organ dalam badan kau akan stop bekerja satu demi satu dan akhir sekali jantung kau akan stop berdegup. And yeah,kau sendiri tahu apa akan jadi lepas tu"

Nafas Afeef bagai direntap keluar dari tubuh. Tubuhnya menggeletar menahan amarah yang semakin membuak-buak. Rahangnya mengeras. Wajahnya putihnya mula memerah.

"Jangan cakap kau ambik benda tu" Adheen memandang Afeef dengan pandangan serius.

"No!" nafi Afeef.

"How dare them. How dare they treat my universe like that. Diorang pijak kepala dia. Diorang tikam belakang dia just because she's damn kind!" tempiknya kuat.

"I can't wait any longer" gumam Afeef.

Nafasnya turun naik saat cuba untuk menenangkan diri.

"Kau dah buat apa yang aku suruh?" wajah bingung Afeef dipandang.

"Dah. Tapi asal nak ajak dia join kita lepak? Memang la dia kawan kita,but...." Adheen gantungkan ayatnya.

"I got my own reason. And i'll tell you guys about it tonight"

Kinci kereta miliknya dikeluarkan dari laci meja. Afeef sudah tidak mampu untuk berlama-lama di dalam ruang kerjanya itu. Audi R8 kesayangannya didekati.

"Where are you going?" soal Adheen yang bersandar pada Buggati Veyron miliknya.

"Gym" hanya sepatah sebelum tubuh kekar itu masuk ke dalam perut kereta.

Afeef perlukan sesuatu untuk melepaskan amarahnya. Dan punching bag ialah benda paling tepat Afeef perlukan saat ini.









Pintu utama kondonya terbuka selepas kad akses discan pada pintu. Kelihatan television LCD bersaiz 42 inci di ruang tamu rumahnya sedang menyiarkan salah satu movie Marvel. Ada Wildad di sana yang sedang duduk bersila sambil memeluk patung berbentuk unicorn yang dibelikan oleh Afeef bulan lepas.

Tempat sebelah Wildad menjadi pilihannya.

"Wil..." panggilnya dan dibalas deheman oleh Wildad.

"Waktu kau still hidup kan,kau pernah tak ambil ubat apa-apa? Ubat yang kau tak pernah skip?"

Wildad dongak melihat siling. Jari telunjuk diketuk pada dagunya. Gaya seperti sefang berfikir. Selepas beberapa minit,Wildad memetikan jarinya di hadapan wajah Afeef.

"Ada. Ubat migraine. Sebab saya selalu sakit kepala dulu and one day Eva tolong belikan ubat. Sejak saya makan ubat tu,saya dah jarang sakit kepala"

"Berapa lama kau makan ubat tu?"

"Dah setahun lebih? Kenapa awak tanya?" movie dihadapannya sudah tidak menarik lagi.

"No. Nothing" kepala digeleng lemah.

Soon,he will make them suffer.

HIS UNIVERSEWhere stories live. Discover now