13🪐

2.1K 296 9
                                    

Sejak pulang dari restaurant tiga hari yang lalu,Wildad bersikap aneh kepada Afeef. Semakin kurang bercakap dan selalu duduk bersendirian. Wildad juga lebih banyak termenung dari sebelum ini.

Sinar di dalam mata bundar itu juga semakin malap. Senang kata,Wildad yang sekarang bukanlah Wildad yang Afeef kenal. Personalitinya berubah 360 darjah.

Afeef runsing. Jujur dirinya tidak tahan melihat Wildad kesayangannya berkelakuan begini. Seperti sekarang.

Afeef labuhkan duduknya disebelah Wildad. Gadis itu masih tidak sedar akan kehadiran Afeef. Matanya masih tunak memandang pemandangan kota Kuala Lumpur dengan lutut yang dirapatkan ke dada.

"Wil...kau dah taknak kawan aku ke?" soal Afeef perlahan.

"Awak tak sepatutnya berkawan dengan saya,Afeef. Saya ni bukan orang baik" hanya mulutnya yang bergerak.

Sedangkan matanya masih tepat memandang hadapan.

"Asal kau tiba-tiba cakap macamtu?" dahinya yang lebat dikerutkan dengan seribu tanda tanya.

Wildad alihkan badannya supaya menghadap Afeef. Senyuman tawar dihadiahkan pada lelaki itu.

"Saya...dengar. Saya dengar semuanya. Saya dengar apa yang dia cakap dekat awak malam tu. Saya ada berdekatan dengan awak dan saya dapat dengar dengan jelas semuanya,Afeef"

Deg!

Terasa bagai ada batu besar yang menghempap hati Afeef ketika ini. Mulutnya terbuka untuk mengeluarkan kata namun satu aksara pun tidak mampu diungkap. Suara Afeef bagai tersekat di dalam anak tekak sendiri.

Afeef mencarut dalam diam. Ini yang dia takutkan. Takut Wildad berjauh hati.

"It's not your fault. Tahu kan dia memang dengki dengan kau sebab kau ada perfect life tak macam dia. At least now you know dia tak layak dapat title sebagai sahabat kau sebab dia dah tikam belakang kau"

"And one more thing. Aku nak kawan dengan siapa pun,itu hak aku. Kenapa aku kena dengar apa yang orang cakap. People said don't judge a book by its cover. And i know something for sure,apa yang dia cakap pasal kau tu semua tak betul"

Terharu. Itu yang Wildad rasakan saat ini. Ditemukan dengan seseorang seperti Afeef ibarat diberikan satu sinaran yang menerangi kegelapan hidup Wildad.

"Jadi,awak nak kawan dengan saya?" kepala disengetkan sambil memandang Afeef.

"Nak. I want to be your friend for eternity" jawabnya yakin.

Wildad tersenyum simpul. Pipinya sedikit membahang. Afeef ni memang suka buat perut anak dara orang penuh dengan kebun rama-rama ke?

"Tapi...." Afeef mengangkat sebelah kening.

Menunggu Wildad untuk meneruskan ayatnya.

"Kita tak boleh jadi kawan selamanya" wajahnya semakin muram.

"Why?" Afeef bagai terlupa akan sesuatu.

"Sebab cepat atau lambat,saya akan pergi. Pergi selamanya ke tempat yang ekslusif hanya untuk orang macam saya. Saya tak akan selamanya ada dekat sini untuk temankan awak lagi dah. Selepas semuanya selesai,saya akan balik ke tempat saya"

Tubuh Afeef mengeras. Penumbuknya dikepal sehingga urat-urat hijau mula timbul. Nafasnya cuba diatur supaya stabil.

Bagaimana dia boleh terlupa dengan jurang yang besar yang ada diantara mereka? Sehebat mana pun Afeef cuba untuk pertahankan Wildad,satu hari nanti Wildad tetap akan tinggalkan dirinya.

Afeef akan kembali menjalani kehidupan normal seorang diri seperti dahulu semula.

Tapi,salah kah kalau Afeef abadikan saat yang ada ini untuk terus mencipta kenangan bersama Wildad?

HIS UNIVERSEWhere stories live. Discover now