25🪐

2.5K 363 24
                                    

Afeef kerutkan kening selepas menutup pintu utama rumahnya. Rumahnya terasa sunyi dan sejuk. Hati Afeef berdegup kencang. Badannya sedikit bergetar. Sehabis baik Afeef cuba untuk berfikiran positif.

"Wil...." panggilnya.

"Wildad...." nama itu diseru lagi.

"Wildad sayang,jangan la main-main...." masih tiada sahutan.

Afeef mula ketakutan. Tolong jangan cakap mimpi ngerinya sedang benar-benar terjadi.

"Wildad,kau kat mana? Jangan la main-main macamni. Tak kelakar. Keluarlah..." nadanya sedikit bergetar.

"My universe,mana kau...?"

Clik!

Bunyi tombol pintu terbuka memeranjatkan Afeef. Akhirnya lelaki itu boleh menarik nafas lega selepas melihat susuk tubuh Wildad yang kecil berada di depan matanya. Afeef sengetkan kepalanya sedikit. Agak bingung dengan Wildad yang berada di depan matanya.

"Kenapa pandang saya macamtu?"

"Kenapa kau cantik sangat malam ni? Nak pergi mana?" soal mereka berdua serentak.

Mata Afeef masih tidak lekang memerhatikan Wildad yang cantik mengenakan dress dan shawl bewarna putih.

"Cantik ke? Hehehe,thanks" ucapnya malu-malu.

"Ouh saya ada hadiah untuk awak" nada Wildad kedengaran sedikit teruja.

Afeef gelengkan kepala. Sejak kebelakangan ini,kerap pula gadis kecil ini memberikan dirinya hadiah.

Segugus kunci ditayang berhadapan dengan wajah Afeef.

"Mende ni?" soalnya hairan.

"Tempat untuk awak kenal saya lebih mendalam" Afeef membelek gugusan kunci itu.

"Afeef..." seru Wildad.

Lelaki itu hanya menjawab dengan deheman.

"Terima kasih" ucap Wildad penuh ikhlasan.

"For what?" Afeef semakin bingung dengan tingkah laku Wildad.

"For everything. Terima kasih untuk semua yang awak dah lakukan untuk saya dari hari pertama awak nampak saya. Awak anugerah Tuhan paling terindah pernah saya dapat selepas saya jadi roh tak bernyawa. Awak ialah cahaya yang dah sinari hari-hari saya yang gelap. Awak dah jadi superhero yang dah tegakkan keadilan untuk saya. Awak dah jadi kawan terbaik yang saya pernah ada. Awak juga dah ajar saya apa maksud mencintai dengan sepenuh hati. Awak ajar saya apa maksud mengikhlaskan dalam keterpaksaan. Awak buat saya sedar yang tak semua yang kita inginkan,kita akan dapat. Jadi,terima kasih untuk segala pengalaman dan rasa yang awak dah ajar untum saya"

"Wil...kau merepek apa ni?" Afeef gelisah sendirian ditempatnya.

Hati dan akalnya sedang berperang sesama sendiri.

Wildad mengikis jarak antara mereka berdua. Tangan kecilnya mendakap pinggang Afeef hanya untuk beberapa saat sebelum pelukan itu dileraikan. Afeef bungkam ditempatnya.

"Kau cakap kita tak boleh bersentuhan. Macam mana kau boleh peluk aku?" suaranya tidak kedengaran jelas.

"Mungkin kali ini pengecualian sebab masa saya dah tak lama?" balas Wildad polos.

Afeef tersentak.

"Maksud kau apa? Apa yang dah tak lama?" Afeef menatap lama anak mata bundar milik Wildad yang semakin bergenang dengan cairan jernih.

Wildad mendongak ke atas. Menghapus cairan yang berkumpul pada matanya.

"Afeef,masa saya untuk pergi dah sampai. Saya dah tak boleh temankan awak lepas ni. Jaga diri awak,ya? Sebelum terlambat,saya nak bagitahu awak something. Cinta awak tak bertepuk sebelah tangan. Saya dah jatuh cinta dengan awak. Tapi,semesta ni tak adil untuk kita. So,saya akan tunggu awak dekat sana untuk datang jemput saya supaya jadi milik awak"

Afeef menggeleng laju. Matanya turut terasa memanas.

"No...No! You gotta be kidding me,my universe" nafinya keras.

Badan kecil Wildad ditarik ke dalam pelukannya. Air mata jantannya jatuh membasahi bahu Wildad.

"Please don't go. Aku belum ready nak hilang kau,sayang. Aku sayang kau. Sayang sangat. Kau tak boleh pergi bila aku dah sayang kau macamni,my universe"

"I'm sorry. Until we meet again,my savior"

Perlahan-lahan bayangan tubuh Wildad semakin menghilang dari dakapan Afeef. Hingga akhirnya lelaki itu jatuh terduduk di atas lantai. Esakannya bergema disetiap penjuru rumah.

"Wildad...." rintihnya perlahan.

HIS UNIVERSEWhere stories live. Discover now