11🪐

2.1K 292 3
                                    

Entah mengapa sejak kebelakangan ini,semakin kerap Afeef meluangkan masanya dengan Eva. Bila ditanya mahu kemana,mesti nama Eva meniti di mulutnya.

"Nak keluar jumpa Eva"

"Eva ajak pergi makan"

"Ada hal dengan Eva"

Sampai bosan Wildad mendengarnya.

"Tunang aku kau kebas,sekarang Afeef pun kau nak kebas ke?" gumamnya seorang diri.

Pemandangan malam kota Kuala Lumpur dinikmati dari balkoni rumah Afeef. Lututnya ditarik rapat ke arah dada.

"Wildad nak ikut tak?" soal satu suara dari arah belakang.

Dengan malas Wildad menoleh. Matanya menyapa susuk tegap milik Afeef yang sedang mengenakan seluar jeans bewarna hitam bersama sehelai t-shirt bewarna putih. Di lengannya pula tergantung sehelai jaket kulit bewarna hitam. Rambut disikat rapi.

"Pergi mana? Teman awak dating lagi ke?" soalnya lebih kepada memerli.

"Haah. Eva ajak pergi dinner"

See? Nama wanita itu lagi. Wildad gulingkan mata ke atas.

"Hmm. Tapi kalau lama sangat,saya balik sendiri je nanti. Malas tunggu awak" laju gadis kecil itu berjalan ke arah pintu.

Meninggalkan Afeef seorang diri. Afeef tersenyum nipis. Mesti Wildad berjauh hati dengan dirinya. Dia tahu sejak kebelakangan ini dia sering mengabaikan kesayangannya itu. Tapi,dia buat semua ini juga demi Wildad. Demi mengorek rahsia milik Eva.

Kalau bukan sebab Wildad,ingat Afeef nak dekatkan diri dengan Eva ke? Minta simpang malaikat 44.








"A-awak nak saya naik benda ni ke?" Wildad memandang super bike berjenama kawasaki yang terhidang di hadapan matanya.

"Haah kenapa?" sebiji helmet diletakkan di atas moto besar itu.

"Kalau saya jatuh macam mana?" soalnya ragu-ragu.

"You won't my little ghost. Cause i'll be there to catch you" sebelah mata dikenyitkan pada Wildad.

"Kenapa satu helmet je?"

"Kau boleh pakai helmet ke?" soalan dibalas soalan.

Wildad juihkan bibirnya dan menggeleng.

"Come on,my little universe. Bila lagi nak merasa naik moto dengan aku. Kau kira untung tau jadi perempuan first dapat naik baby aku ni. Tak bangga?"

Mata Wildad diguling ke atas. Mula lah tu nak riak bin takabur.

"At least kau dapat la kan vibe ala-ala keluar dating dengan bad boy boyfriend bila dengan aku" Afeef menyerigai teruja.

Keningnya diangkat pada Wildad. Nasib kawasan parking ini kosong. Kalau tak mesti orang anggap Afeef ni gila sebab bercakap sorang-sorang.

"Fine. Maybe this will be the first and the last time right?" akhirnya Wildad setuju.

Enjin moto itu mengaum kuat selepas dihidupkan. Dengan berhati-hati Wildad naik ke belakang seat moto Afeef yang sedikit tinggi.

Wildad memejamkan mata saat angin malam menampar lembut pipinya. Betul kata Afeef. Rasa macam tengah keluar dating dengan boyfriend yang ada vibe badboy.

Andai sahaja mereka boleh bersentuhan,entah-entah sudah lama tangan kecil Wildad melingkar pada pinggang Afeef.

DASAR HANTU NAKAL!





Setengah jam perjalanan,akhirnya mereka sampai ke destinasi yang dituju. Mencerlung mata Wildad memandang Afeef.

"Kenapa kena datang sini?" soalnya dengan nada sedikit keras.

Afeef tersenyum tipis.

"I know kau tak suka datang sini because it brings back all of your old memories. But i'm sorry,this is part of my plan,my sweet universe"

Wildad mengeluh lemah mendengar penjelasan Afeef.

"Do whatever you want. Nanti dah nak blah pandai-pandailaj cari saya"

Afeef hanya melihat langkah Wildad yang semakin menjauh. Rambutnya diraup kebelakang lalu melangkah masuk ke dalam restaurant yang telah ditempah.

HIS UNIVERSEWhere stories live. Discover now