24🪐

2.3K 341 16
                                    

(UPDATE SEBAB KESIAN TAKNAK GANTUNG KORANG LAMA2)

Afeef hanya mengekori Wildad melewati taman bunga yang lenggang dengan hanya beberapa orang pengunjung.

"Wil...Esok hari terakhir perbicaraan kes kau. Kau tak rasa apa-apa ke?"

Wildad menoleh kebelakang sebentar sebelum kembali berjalan menghadap ke hadapan.

"Entah. Macam-macam saya rasa. Takut,sedih,gembira,bersalah. Banyak la"

Afeef tersenyum nipis.

"Apa akan jadi pada kita lepas kes ni tamat,my little universe?" soalnya separa berbisik tapi masih boleh didengari oleh Wildad.

Wildad berhenti berjalan. Nafasnya ditarik dalam sebelum dihela perlahan.

"Saya tiada jawapan untuk itu. Tapi..." ayatnya digantung.

Wildad menapak setapak mendekati Afeef.

"Saya harap awak dah bersedia andai kata kita akan terpisah. Redhakan segala yang akan berlaku selepas semua ini selesai. Teruskan hidup awak dan anggap sahaja kehadiran saya ni sebahagian dari kenangan yang mendewasakan awak"

Hati Afeef dihurung rasa sebak. Sakit. Kalau mereka tidak boleh bersatu di dunia ini,mungkinkah mereka akan bersatu di alam lain?

"Dah la,jangan fikir lagi. Kita sepatutnya spend time masa kita sama-sama dengan ceria hari ini"

Wildad tersengih menampakan barisan gigi putihnya. Afeef juga ikut tersenyum dan kembali berjalan beriringan dengan gadis kecil itu.






Tok!

Tok!

Tok!

Bunyi ketukan itu menandakan kes perbicaraan telah selesai. Afiq dan Eva didapati bersalah dengan bukti yang kukuh. Mereka berdua dikenakan hukuman gantung sampai mati atas tuduhan membunuh dan menyimpan racun terlarang.

Dato' Qhadir dan isterinya masih sibuk menjawab soalan-soalan dari para wartawan yang hadir membanjiri kawasan mahkhamah.

"Kau nak pergi mana lepas ni? Aku ada kerja lagi lepas ni nak settlekan" Afeef pandang Wildad yang dari tadi berdiam diri disebelahnya.

Gadis itu masih mendiamkan diri sejak berada di dalam mahkhamah tadi. Afeef memandang risau kepada wajah pucat milik Wildad.

"Kau okay tak ni? Kalau kau tak okay,aku cancel kerja aku" Wildad gelengkan kepalanya.

"Saya okay je. Awak pergi la kerja. Saya nak balik rumah. Jangan risau,saya boleh balik sendiri" jawabnya perlahan.

"Sure okay?" Afeef inginkan kepastian.

"Iye,Afeef Benjamin...." Wildad melerekkan suaranya.

Afeef menghela nafas berat. Sebenarnya,Afeef rasa berat hati ingin melepaskan Wildad berseorangan. Entah mengapa perasan tidak sedap hati itu tiba-tiba datang. Sehabis baik cuba ditepis perasaan negatif itu daripada menyelubungi dirinya.

"Balik rumah,kunci pintu. Duduk diam-diam. Kalau nak keluar ke apa,tinggalkan notes. Tunggu aku balik. Aku janji aku sampai rumah before isya"

Wildad hanya mampu tadahkan telinganya sahaja untuk mendengar bebelan Afeef yang mengalahkan level mak-mak. Anak mata Wildad mengekori gerak-geri Afeef yang semakin menjauh. Lelaki itu melambai kecil saat sudah tiba disisi kereta mewahnya. Wildad juga turut tersengih kecil dan melambai kembali.

Hilang sahaja bayang kereta Afeef,Wildad terus memegang dinding disebelahnya sebagai sokongan untuk terus berdiri. Kepalanya yang terasa bagai mahu meletup akibat kesakitan dipicit lembut. Nafas yang tercungap-cungap dinormalkan kembali.

Wildad memandang tapak tangannya sendiri. Sebuah senyuman tawar dipaksa untuk terukir saat melihat bayangan tangannya yang semakin memudar.

The time have come isn't it?

"Please give me a little bit of time. Bagilah aku cakap selamat tinggal dekat dia. Izinkan aku jumpa dia untuk sekali lagi buat terakhir kali" pohon Wildad didalam hati.

HIS UNIVERSEWhere stories live. Discover now