HR 2

559 62 3
                                    

TURUN saja di tingkat bawah, Qis pergi ke dapur untuk minum air. Telefonnya diletak atas meja makan dan mendapatkan cawan untuk isi air sejuk coway. Bunyi detingan tanda mesej masuk buatkan kepala Qis laju menoleh.

Qis senyum. Selesai isi air bagi penuh satu cawan, Qis duduk di kerusi meja makan. Dia tangguh dulu minum semata-mata nak lihat mesej itu.

Sejak balik dari keluar dengan Atasha petang tadi, baru Qis balas mesej daripada Hirzan. Seharian juga dia biarkan tidak berjawab. Barulah tak nampak macam teruja sangat nak balas, kan?

Sudahnya sampai ke malam dia dengan Hirzan masih berbalas mesej.


Qis berkerut baca

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Qis berkerut baca. Aih... Dah nak pukul 10 malam takkan tak makan lagi kut. Dulu bukan main setiap kali buat panggilan video, ada saja makanan dia nak kunyah.

Tapi tetap juga makan lewat dari waktu yang sepatutnya.

Jari-jarinya menaip untuk membalas.


Terus Qis letak telefon atas meja dan menyisip air sejuk tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Terus Qis letak telefon atas meja dan menyisip air sejuk tadi. Tak boleh nak kawal bibir dengan pipi ni mesti nak senyum juga.

Lemah dia setiap kali Hirzan panggilnya dengan panggilan keramat itu sejak mereka ada hubungan dulu. Dia tak kisah dengan panggilan lain. Sayang, bidadari, tuan puteri dan yang lain-lain. Kalau orang lain panggil pun perasaannya biasa saja. Tak rasa istimewa tapi Manja daripada Hirzan... Jangan kata ada rama-rama terbang dalam dada atau perut. Dengan dia sekali rasa nak terbang.

Okay rileks Qis! Dia tarik nafas dan hembus perlahan untuk kawal diri. Jangan suka sangat Qis Arlynna.

Qis balas. Tunjuk dia tak cair pun dengan Hirzan. Selesai balas. Kepalanya ditongkat dengan tangan sambil pandang nama Hirzan pada skrin itu.

Hirzan Daniq. Nama sesedap mata memandang wajahnya. Secara peribadi, dia lebih suka Hirzan berbanding bekas teman lelakinya yang lain.

Kenapa? Sebab Hirzan ada aura sendiri yang dia susah untuk ungkap. Ada pendirian dan humoris. Mulut manis tak payah cakaplah. Entah berapa buah lori penuh dengan air gula dia telan. Caranya... Sangat bersahaja, tak melebih-lebih tapi sampai ke hati Qis Arlynna.

His ReturnWhere stories live. Discover now