HR 17

184 20 0
                                    

TENANG. Tak tahu berapa kali dia nak puji landskap dalam resort ni. Chalet semua dibina dari kayu dan tak semuanya sama. Ada yang saiznya nampak kecil sedikit berbanding yang dia duduk sekarang. Mungkin untuk orang bujang atau pasangan.

Kedudukan setiap chalet pula disusun secara rawak di kiri dan kanan. Kemudian, dikelilingi pokok palma dan pokok bunga yang bermacam jenis. Apa lagi dari sini, sudah boleh hidu bau laut.

Qis berjalan seorang diri di laluan pejalan kaki yang menuju ke pantai. Adik-adiknya sudah pergi dulu terjun ke dalam kolam. Masing-masing hantu kolam sejak kecil. Dia? Malas nak tukar pakaian apatah lagi penat main ATV tengahari tadi makin menjalar ke tubuhnya.

Nak tidur tapi dah nak masuk asar. Orang kata tak elokkan?

Qis tiba di satu kawasan. Jalan yang tadi penuh dengan rerumput kini semakin hilang ditutup dengan pasir pantai yang berwarna putih. Ramai juga yang tengah melepak di pantai ni. Ada sekumpulan lelaki yang main bola tampar di tengah sana tanpa ada gelanggang.

Tubuh dipusing melihat sekeliling. Nak cari kalau ada Hirzan. Tapi kalau dia ada pun, nak menyorok ke? Atau dia cari sebab niat lain? Sungguh Qis tak mengerti dengan dirinya sendiri.

Kaki diatur ke arah pantai. Ombak biasa menghempas pantai seakan memanggilnya untuk bermain di sana. Alang-alang tu Qis nak telefon Atasha. Nak mengadu semua benda kepada wanita itu. Walaupun dah tahu reaksi Atasha nanti macam mana.

Lepas sentuh ikon telefon di sebelah nombor Atasha, Qis lekapkan ke telinga dan menunggu.

"Assalamualaikum cik Qis Arlynna. Tiba-tiba call ni ada apa? Nak tanya, ole-ole apa yang aku nak eh?" 

Qis senyum mendengar tebakan mengada-ngada Atasha.

"Waalaikumussalam. Tak ada makna call kau semata nak tanya pasal ole-ole. Aku tengah menderita tau tak kat sini," adu Qis kemudian menghela berat. Nak menangis rasanya.

"Aik! Dah kenapa? Apa yang menderita sangat tu. Mak lang dengan anak dia buat kau lagi eh?" soal Atasha.

Qis mencabut sandal yang dia pakai dan pegang sebab dia nak berjalan di gigi air. Tak heran kalau itu nama yang keluar daripada mulut Atasha bila dia cakap pasal hal begini yang nampak macam ada kaitan. Apa saja episod cerita tentang maklang dan Ameena tu yang Atasha tak tahu?

"Kali ni bukan. Diorang tu aku sedas sekali dua diam lah mulut tu. Okay macam ni... Kau pun tahu kan keluarga aku akan ada aktiviti main ATV sebelum kitaorang check in?"

"Tahu..."

"Cuba teka, aku jumpa siapa kat sana." Qis biarkan Atasha gunakan otak kali ini untuk jawab soalannya.

"Uish! Lain macam soalan kau ni. Kau jumpa siapa, jodoh ke?" Terus meletus hilaian tawa Atasha.

"Bodohlah kau. Tak ada jawapan lain ke? Aku jumpa Hirzan Daniq. "

Lama Atasha senyap tak ada suara. Mesti tengah terkejut beruk. Tapi tak lama lepas itu, ada suara. Macam gelak yang nak pecah tapi ditahan semula. Gaya Atasha macam terlalu hilang kata-kata.

"Babe! Kau serius ke ni?"

"Ya! Dan dia check in resort yang sama dengan resort aku pergi. Bukanlah ikut aku ke apa tapi memang dia pergi bercuti awal. Tak tahu pula resort yang sama," beritahu Qis lagi. Air laut datang mengena kakinya disepak perlahan sampai ada percikkan kecil.

"Weh... Kuat gila jodoh korang berdua. Malaysia punya besar kat situ juga tempat bertemu kali pertama. Lepas tu, dia buat apa? Dia kenal kau tak? Family kau kan kat sana juga." Bertubi-tubi soalan Atasha bagi.

"Gila tak kenal. Dialah yang panggil aku dulu. Mula-mula mak aku aje yang kenal sebelum main ATV lepas tu masa kitaorang pergi makan tengah hari kat kampung nelayan, dia beramah mesra pula dengan saudara-mara aku yang lain." Cerita Qis.

His ReturnWhere stories live. Discover now