HR 5

437 50 3
                                    

Mata hanya mampu merenung skrin lebar di komputer ribanya. Mulut terkadang terkumat-kamit membaca semula aksara-aksara di depan mata yang sudah ditaip. Qis menghela. Matanya merayap naik atas siling dan turun ke tingkap yang bersebelahan meja kerjanya. Wajahnya pula sekejap berkerut sekejap kendur.

Kenapalah kadang-kadang otaknya jammed?

Tapi macam sedikit terganggu pun ada. Hari ini dia tak dapat seketul pun mesej dari Hirzan. Resah ke? Qis tak ada jawapan. Cuma itu yang dia rasa dari lubuk hatinya.

"Kenapa asyik teringat dan rindu dia?" Suaranya berbisik halus.

Bunyi engsel pintu bilik yang bergesel memecahkan kesunyian bilik ini. Tak terasa nak menoleh kerana dia tahu siapa yang masuk ke dalam biliknya di waktu begini. Si adik korea celup. Dia nampak sosok tubuh itu duduk di birai katil.

"Eonni..."

"Hurm amende?" soal Qis balik tanpa menoleh pada adiknya.

"Kita gerak hari apa?"

Terus Qis menoleh ke sebelah. Melihat wajah risau Qhaira. Kening Qis hampir bertaut dengan soalan adiknya.

"Gerak pergi mana kau ni? Mamai ke?" 

"Pergi holiday tulah masa cuti dua minggu tu nanti," jawab Qhaira.

"Hari ahad. Pagi-pagi tu geraklah. Tapi hari sabtu balik rumah nenek dulu. Kenapa?"

Tiba-tiba Qhaira meluru laju ke arah Qis dan melutut. Kedua tangan merangkul lengan Qis.

"Ommo Eonni! Eonni... Kita balik rumah halmeoni lewat sikit boleh tak. Sebab Qhai ada tuisyen sabtu ni. Tak lama pun. Sampai pukul satu tengahari. Boleh eh eonni?" Mata Qhaira dikerdip comel.

"Yelah tapi make sure barang semua dah siap kemas masuk dalam beg. Then letak beg dan barang-barang tu semua dalam bonet kereta pagi tu juga sebelum kau pergi tuisy-"

Qhaira memintas sebelum sempat Qis habiskan ayatnya. Gadis itu sudah melonjak gembira.

"Yeayyy... Saranghaeyo Eonni!" Qhaira mencium pipi kiri dan kanan hingga ke dagu Qis sebelum berlari ke pintu bilik namun terserempak dengan seorang lagi kakak keduanya, Qisha.

Qisha mengelak sedikit untuk beri laluan kepada adiknya yang berlari keluar.

"Waeyo... What's wrong with her?"

Qis melepaskan dulu menguapnya. Kerusi kerjanya dipusing kiri dan kanan sambil menatap Qisya yang baru duduk di birai katil.

"Dia suruh gerak balik rumah nenek lambat sikit sebab ada tuisyen. Kau pula nak apa?" soal Qis dihujung ayat.

"Eopso. I just come to visit. Kinda boring in my room. Aku dah rindu laut. Sabtu ni macam lama lagi," Qisha duduk selesa di atas katil dengan kedua tangannya ditongkatkan ke belakang.

Qis hanya senyum sekilas mendengar jawapan adik keduanya. Yang seorang korea celup. Yang seorang ni korea western. Dia saja yang tak ada celup-celup ini.

Dia kembali menatap semula skrin komputer ribanya. Mengenangkan apa yang Qisha katakan tadi, dia juga jadi rindukan bunyi dan bau laut. Ah! Tak sabar nak longgarkan otot-ototnya.

"Ommo what's this?"

Qis menjeling. Qisya sedang pegang handphonenya. Kenapa? Ada mesej masuk ke?

"Jamkkanman... Igae bwoya?" 

"Waeyo?" Qis menyoal. Habis penyakit korea celup adiknya kadang berjangkit dengan dia. 

His ReturnTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang