HR 24

62 10 0
                                    

QIS ARLYNNA menekan butang 'stop' pada setting board treadmill. Dia terus turun dan capai tuala kecil berwarna ungu yang dia letak atas botol airnya. Bahagian dahi dilap seraya mencapai botol airnya. Qis berjalan keluar dari bilik itu dan terus ke dapur. Ada emak yang masih bersarapan. Adik-adiknya sudah lama ke sekolah. Abah pula ke mana lagi kalau bukan tempat kerja.

"Baru bangun?"

"Eh! Mak ni... Kan dah lama bangun. Ni baru lepas joging," balas Qis. Fikir dia teruk sangat ke nak bangun waktu begini walaupun baru pukul lapan pagi dan masih kategori awal bagi sesetengah orang untuk bangun dari tidur mereka.

"Bila masa keluar rumah? Tak nampak pun?"

"Joging dalam bilik sanalah. Malas nak joging dekat luar." Qis maksudkan bilik gim mini yang ada dalam rumah ini. Dia tuang air teh panas ke dalam cawan. Entah kenapa hari ini dia rasa tak betah. Dadanya sesak atau mungkin resah dan gelisah? Tak tahu nak ungkap bagaimana. Penat jadi perempuan ni. Ada saja yang tak kena.

"Hmm patutlah tak nampak. Ingatkan belum bangun tidur. Umur dah masuk boleh kahwin takkan nak bangun lambat, ye dok?"

Qis berkerut setelah menyisip airnya.

"Pernah nampak ke Qis bangun lambat? Lagi satu, siapa yang nak kahwin. I tak nak." Senang saja Qis membalas dengan muka selamba. Piring dicapai dan ceduk mee goreng ke dalamnya.

"Ewah! Dah tu, Hirzan?"

Tak jadi Qis nak menyuap.

"Rugilah... Rugi. Mak ni tengok dia sekali dua pun dah suka."

"Mak ni sama je macam nenek. Sabtu ni, Qis nak jumpa dia sekejap. Ada benda nak cakap," beritahunya.

"Pasal apa?"

Qis angkat kedua-dua bahunya. Sejujurnya ada banyak persoalan yang dia mahu tanyakan kepada Hirzan tapi kadangkala dia tidak tahu apa soalannya. Tak ada rasa untuk cari dan sediakan soalan-soalan itu. Biarkan secara semulajadi nanti.

"Tak tahu pula. Macam mana budak ni?" Puan Jannah menggeleng. Pelik betul dengan anak sulungnya. Tak tahu apa yang difikirkan dalam kepala otaknya itu.

"Qis ragu-ragu lagilah mak. Walaupun dah istikharah. Tak ada jawapan lagi." Garfu menguis mee goreng di dalam pinggan. Sekejap ditolak, sekejap ditarik.

"Lepas tu, kalau jumpa boleh dapat jawapan. Macam tu?" Sedikit sarkastik nada Puan Jannah.

"Tak mustahil. Qis cuma ikut kata hati. Terdetik... Kalau tak ada rasa nak ikut dan selagi tak pergi jumpa, rasa berat. Rasa rimas. Rasa ada yang menolak-nolak supaya kita lakukan," balas Qis. Kerana itulah, dia tebalkan muka menghubungi Hirzan untuk bercakap mengenai pertemuan itu.

Qis menghela perlahan. Cepat-cepat dia buang fikiran yang asyik nak menyoal tentang lambatnya jawapan yang dia nantikan. Kalau boleh dia tak mahu mempersoalkan. Itu urusan Allah. Dia lebih mengetahui sedangkan Qis tidak. Entah apa yang Allah nak ajar atau tunjukkan kepada dia di ke depan hari. Sekarang hanya perlu berusaha, konsisten dan tawakal.

"Ya lah. Buatlah apa yang rasa terbaik untuk diri sendiri. Mak ikut je lepas ni. Tapi kalau kau dengan dia, mak... Alhamdulillah." Puan Jannah bangun sambil membawa pinggan yang dah guna tadi ke sinki. Dibiar saja sebab nanti Qis akan kemas dapur pula.

Qis senyum. "Itu sebab mak dah jumpa dia. Cuba kalau tiba-tiba lepas ni mak jumpa yang lagi baik dan mak terus berkenan."

"Orang yang sama dan baik takkan datang dua kali. Setiap hari kita akan jumpa orang baik yang berbeza-beza. Tapi kalau dia datang dua kali, adalah sebab tersurat dan tersirat takdir. Faham Qis Arlynna?" Bicara Puan Jannah seiring dengan langkah kaki keluar dari dapur.

His ReturnWhere stories live. Discover now