HR 3

451 58 0
                                    

"THANKS! Kak Qis bila nak keluar buku baru lagi? Saya dah ada semua koleksi akak!" kata gadis itu teruja. Buku yang dihulur Qis terus dipeluk erat ke dada.

Qis senyum. Seronoknya bila dengar ayat-ayat begini. Lagi bersemangat nak berkarya.

"Ha betul tu. Kak Qis buatlah lagi cerita genre romance-thriller," cadang yang seorang lagi.

"In sha Allah. Semua dalam proses. Tapi akak tak janji genre apa yang keluar dulu nanti," jawab Qis. Sekarang pun ada dua cerita yang tertangguh sebab kekeringan idea.

"Okay kak. Take your time. Kita orang sentiasa tunggu. Thank you so much akak! Bye..."

Qis membalas lambaian kedua-dua gadis itu yang mungkin sebaya dengan adik bongsunya, Qhaira Awdah. Sekarang baru dia boleh bernafas lepas sesi meet and greet dengan peminat-peminat bukunya.  Boleh tahan ramai juga yang beratur tadi.

Penat memang tak payah cakap tapi dia tetap seronok beramah dengan semua orang yang hadir. Itu saja yang mampu dia balas sebab sokong karyanya selama ini.

Qis mendekati Atasha yang duduk di belakang tabir. Dia duduk di kerusi sebelah wanita itu seraya menelek jam tangan. Dah pukul tiga petang, solat Zuhur pun belum.

"Penatnya..." keluh Qis.

"Penat-penat pun buku kau semua sold out! Masyuk lah kau. Kena bayar ni sebab aku jadi photographer tak berbayar kau. Siap update semua kejadian harini dalam instagram lagi tau. Ha dahlah photographer... Personal assistant lagi."

Qis tahan senyum dengar bebelan Atasha.

"Siapa suruh kau ikut. Aku tak suruh pun,"

"Aku bosanlah. Lagi pun hari ni memang aku free. Kalau tak busy dengan stok baru lah, buat kelas dengan stokis aku apa semua," adu Atasha. Lebih kurang sama je kerja dia dan Qis bezanya kawannya tulis buku, duit royalti masuk berkepuk-kepuk. Dia pula ada perniagaan kecil tapi ada beberapa benda dia perlu uruskan sendiri.

Belum sempat Qis balas apa-apa, Atasha tiba-tiba menyergah dengan senyuman.

"Tadi aku nampak nama Hirzan. Dia chat kau." Atasha tersengih menampakkan giginya.

"Kau buka chat eh?" Qis mencerlung. Pantang kalau orang buka dan selongkar telefonnya hatta orang itu kawan atau keluarganya sendiri.

"Ish tak adalah! Aku nampak kat notifikasi. Kau dengan dia..." balas Atasha. Dia tidak habiskan ayatnya. Hanya kedua-dua jari telunjuknya saja bersatu seakan memberi petunjuk.

Qis faham apa yang Atasha cuba katakan.

"Tak adalah. Dia saja chatlah. Kan aku dah kata kitaorang kawan je. Jarang mesej-mesej. Besok dua tiga hari lagi dia hilanglah tu," jelas Qis. Tahu sangat dah dengan perangai Hirzan.

"Dia ada cakap apa-apa ke? Macam... Dia suka kau lagi ke? Dia nak getback dengan kau ke?"

Qis berkerut lalu menoleh pada kawan baiknya.

"Kalau dia nak getback pun, aku takkan terima. No second chance," tegas Qis. Bagi dia, buat apa bagi peluang kedua untuk orang yang tak tahu menghargai sewaktu yang pertama kali.

Orang kata, peluang kedua kerana sudah belajar dari kesilapan lalu. Ya, belajar dari kesilapan untuk tak melukai hati sesiapa dan hargai siapa di depan mata. Tapi carilah orang lain asalkan bukan dia.

"Tapi kau masih suka dia kan? Even masa dengan Helmi pun kau masih dihantui bayang-bayang Hirzan," tebak Atasha dan pandang Qis untuk dapatkan jawapan. Sebab ada beberapa kali Qis mengadu rindu terhadap Hirzan.

His ReturnWhere stories live. Discover now