HR 25

82 8 0
                                    

BUNYI ketukan pada pintu lalu dibuka dari luar. Tersembul muka adik bongsu Qis, si Qhaira. Dia melihat kakaknya yang berdiri di depan cermin dan sedang pakai maskara. Solekan tipis saja dan mungkin sudah hampir siap cuma belum mengenakan hijab.

"Kak, abang Hirzan dah sampai."

"HAH?!" Qis berpaling pada adiknya bersama jeritan yang kuat. Terkejutlah sebab adiknya sebut nama Hirzan dan mengatakan bahawa lelaki itu sudah sampai.

Sampai rumah ni ke? Bila masa pula dia hantar lokasi dan alamat rumahnya kepada Hirzan? Bukan ke dah berjanji nak jumpa terus di tempat yang dia telah tetapkan.

"Dia ada kat bawah tu." Qhaira senyum menampakkan sebaris giginya sambil menutup pintu bilik.

Qis berlari ke katilnya dan mencapai telefon. Waktu baru pukul sembilan pagi dan tak ada langsung mesej daripada Hirzan. Bunyi ketukan pintu menyentakkan Qis.

"Cepat Qis, Hirzan dah sampai tu." Suara Puan Jannah dari luar bilik.

Jadi maknanya betullah yang Hirzan ada di sini? Qis campak balik telefon ke atas katil dan kembali ke meja soleknya. Bila dia tatap dirinya pada biasan cermin, baru perasan ada bekas comot maskara terkena di tepi matanya. Ini mesti sebab terkejut punya pasal. Ish!

Lebih kurang 15 minit, Qis bergegas turun ke bawah. Lepas anak tangga terakhir, kakinya brek mengejut setelah menangkap figura seorang lelaki duduk di sofa dan berborak dengan abahnya.

"Ha, turun pun. Ingatkan lama lagi nak siap. Tak elok biar orang tunggu lama-lama." Encik Nafiz menegur.

Pandangan Qis beralih dari abahnya kepada Hirzan yang dah senyum-senyum tu. Nak kata senyum mengejek pun ya tapi kalau tengok dua kali, macam tak pula. Ah! Tak peduli dengan semua itu. Macam mana Hirzan boleh tahu alamat rumahnya?

"Ya lah sorry abah. Qis pergi dulu." Dia menghampiri abahnya dan bersalam. Langkah kaki diatur ke pintu utama dan sempat curi tengok Hirzan yang bersalam pula dengan abahnya.

"Pergi dulu abah. Nanti Hirz hantar Qis balik rumah sebelum maghrib," kata Hirzan.

Qis mencebik. Berani betul sampai nak panggil abahnya... Abah? Ini mesti abah yang suruh.

"Ya lah. Hati-hati memandu."

Hirzan berjalan lenggang ke keretanya dan mata jatuh pada batang tubuh Qis yang berdiri di tempat duduk sebelah pemandu dengan kedua-dua tangannya bersilang rapat ke dada. Muka pula dah mencuka. Dalam hati, Hirzan mengekek ketawa.

Ya lah, tak ada ribut tak ada tsunami tiba-tiba dia boleh sampai ke rumah Qis walaupun wanita itu tidak berkongsi alamat dan lokasi rumah kepadanya.

"Cepatlah buka kereta," suruh Qis.

Hirzan berjalan menuju pada Qis. Kemudian menyahkunci kereta. Pintu pula tolong dibukakan.

"Ish! Aku boleh buka sendirilah. Ingat kita tak ada tangan ke?"

"Laa... Tadi kata suruh bukakan?" balas Hirzan.

"Maksud aku, unlock kereta. Kau kunci, macam mana aku nak masuk? Bukan aku suruh bukakan pintu kereta ni."

"Well, it's my pleasure even though you don't ask for it Qis Arlynna." Hirzan merenung lembut ke dalam anak mata Qis dengan senyuman.

Qis sampai terdiam untuk beberapa saat sebelum masuk ke dalam perut kereta dan tutup sendiri pintu kereta itu. Gaya Qis tetap sama, muka berkerut masam dan berpeluk tubuh, Masih tak puas hati.

"Macam mana kau boleh dapat alamat rumah aku?" tanya Qis terus sebaik saja Hirzan masuk ke dalam kereta. Tutup pintu pun belum lagi. Dia pandang saja Hirzan namun lelaki itu senyum pula.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

His ReturnWhere stories live. Discover now