HR 12

170 27 0
                                    

MASUK saja dalam bilik, daun pintu dihempas hingga mengejutkan mereka yang melepak di situ. Qis melangkah ke arah hamparan toto tebal bersebelahan almari besar itu. Kalau setiap kali keluarga sebelah ayahnya berkumpul macam ini di rumah nenek, dia akan berkongsi bilik dengan adik-adiknya termasuk dua orang anak maklong. Yang seorang lebih tua daripada Qis manakala si bongsu Edham pula sebaya adiknya, Qisha.

Ameena anak maklang? Dah tentulah tidur dengan mak ayahnya sendiri. Mana mahu perempuan itu nak bergaul dengan mereka. Dari kecil sampai ke besar asyik nak berkepit bawah ketiak maklang.

"Macam dah boleh agak aje apa jadi." Kak Edina bersuara sambil pandang Qis yang duduk dekat dengan tempat soket elektrik.

Qis yang baru nak belek telefonnya terus pandang Kak Edina.

"Haih... Kadang akak tak faham apa yang maklang tak puas hati sangat dengan Qis. Dengan akak tak adalah sangat. Setakat nak berlagak pasal anak dia biasalah tu," kata Kak Edina lagi.

"Ke sebab akak yang paling banyak menjawab apa yang maklang cakap? Sikit-sikit bidas," tambah Qisha pula.

Qis mengeluh. Mungkin.

"Siapa suruh mulut macam tu. Orang lain mungkin tahan tapi bukan akak... Bukan Qis. Kadang-kadang dia suka sentuh pasal kerja Qis buat novel. Nak meremehkan nak merendahkan. Qis tak faham macam mana orang lain boleh abaikan aje."

Kak Edina angkat kedua-dua bahunya tanda tak tahu. "Nak jaga silaturahim mungkin."

Qis berdecit. Orang lain pula berusaha nak jaga ukhuwah sedangkan orang tu sengaja jadi bara nak menaikkan darah orang. Sungguh dia tak boleh!

"Dia cakap apa aje dekat Qis tadi?" soal Kak Edina.

"Pasal novel. Pasal Ameena nak tunang. Sinis orang panggil andartu. Akak pernah kena ke? Akakkan tak lama lagi nak kahwin." Qis bertanya. Sebab kalau ikutkan Kak Edina pun tua tiga tahun daripadanya.

"Ada je. Sebelum tunang pun dia nak menyibuk. Entah-entah sampai akak dah beranak pun ada aje yang dia tak puas hati tu." Kak Edina menggeleng kepala perlahan.

"Dah nama pun makcik bawang, kan?" sampuk Qhaira pula. Gadis itu terus pusingkan badannya di atas katil dan pandang kakaknya.

"Eonni... Jangan marah tau. Tadi ada buka telefon sebab nak pinjam hotspot. Abang Hirz hantar mesej," adu Qhaira kemudian tersengih.

Qis memberi renungan tajam. Sibuk aje budak kecil ni! Dia tahu tapi belum sempat buka dan tengok pun kandungan mesej itu.

"Seriously, kenapa dia chat kau lagi lepas dah putuskan hubungan?"

"Aku dengan dia cuma kawan aje. Tak lebih pun. Itu pun kadang-kadang aku tak layan dia," jawab Qis.

"Mula-mula aje kawan tu..." Kak Edina mengusik sambil tersenyum-senyum. Dia baring di tempatnya, bersebelahan Qis memandangkan kedua-dua adik Qis tidur di atas katil sana. Jadi mereka berdua tidur di toto pula.

"Qis dah pagar hati ni. Tak ada peluang kedua dah. Lagi pun... Dia memang cuma nak berkawan aje kut. Takkan lebih dari tu dah." Walaupun hati Qis separuh menidakkan tanggapan itu. Tapi itu semua sebab cara layanan Hirzan.

Atau dia aje yang perasaan lebih. Aduh! Kenapa tiba-tiba rasa sakit hati pula?

"Haaa bagus! Kalau dia minta nak sambung balik hubungan dulu, kau bagi tahu aku kak. Biar aku belasah. Aku cabut kepala dia macam sotong. Suka-suka hati datang, suka-suka hati pergi. Ingat kau apa? Kelab malam?" Qisha mencebik geram.

"Tapi... Kita kena pertimbangkan juga kalau dia pergi tu ada alasan. Macam tunang akak. Dulu dia yang minta putus. Alih-alih datang balik ajak kahwin terus. Alasan dia tak sedia nak pikul tanggungjawab lagi sebab memang niat dia nak halalkan akak. Dia pergi sebab nak betulkan diri, stabilkan dulu kewangan."

Penjelasan Kak Edina buat Qis tersedar yang mungkin ada betulnya.

"Itu lelaki yang ada wawasan tapi bukan semua," balas Qisha balik.

"Tapikan kak, kita boleh aje teman dia dan ada dengan dia. Orang kata... Teman masa susah senang." Sebab dulu, dia ada cakap macam itu dengan Hirzan. Dia tak kisah kalau lelaki itu sibuk dengan kerja sampai tak ada masa untuknya sebab dia juga menghadap kerja-kerja novelnya hampir 24 jam setiap hari.

Lagi pun, kalau mesej hari-hari pun bosan juga.

Tapi Kak Edina cuma angkat bahu. "Akak tak tahu nak bagi jawapan yang tepat macam mana. Mungkin lelaki perlukan ruang?"

"Ah! Mengarutlah semua tu. Saya percaya kepada cinta yang memperjuangkan cinta yang lainnya. Kerana bila dia rebah di tengah jalan tanpa sedikit pun usaha untuk bangkit demi sebuah harapan, dia cuma pengecut yang tak layak berada dalam sebuah ingatan."

Berkerut muka Qis dengar ayat jiwang campur baku yang keluar daripada mulut Qisha. Ayat novel dia pun tak adalah cringe macam tu. Qis campak bantal kecil pada Qisha.

"Tidurlah. Esok nak bangun pagi-pagi..." Qis juga turut berbaring. Tapi sebelum itu, dia buka dulu mesej daripada Hirzan.

Hanya satu gambar cuma menunjukkan lampu tidur yang malap dikelilingi suasana bilik yang sudah gelap. Ayat daripada Hirzan pula, 'Terlalu kenyang sampai terlelap. Nasib baik terjaga. Selamat malam manja.'

Bibir bawahnya digigit kecil. Nak saja dia tanya Hirzan, tak kisah ke berkawan dengan dia? Tak sakit ke hatinya? Tak rindu ke?

Qis matikan telefonnya dan letak di sebelah bantal. Lebih baik dia tidur.

***


PAGI ITU, sebelum subuh semua orang bangun. Ada yang lebih awal untuk tahajud dulu. Keadaan di rumah kampung itu semakin riuh bila budak-budak ada yang sudah bangun. Terujalah katakan sebab nak jalan jauh. Cuba kalau pergi sekolah? Mahu tak tantrum dekat sini.

Qis tolak pintu bilik mandi siap dengan pakaian lain. Bibirnya sedikit menggeletar kerana kesejukkan. Rumah kampung kan? Belakang rumah pula penuh dengan pokok kopi jadi suasana paginya menyengat sampai ke tulang.

Masuk dalam bilik, dia nampak Qisha sedang kemas katil dan Qhaira pula keluar untuk ke bilik air.

"Kak Ed mana?" soal Qis. Kipas di bilik itu ditutup. Tak nak angin terkena dia.

"Pergi dapur. Tolong yang lain menggoreng."

Qis angguk. Iyalah, ada juga nanti nak buat kunyah-kunyah. Budak-budak pun tak ada nak mengadu lapar.

Sebaik Qisha keluar, Qis duduk di birai katil dan capai telefonnya di atas meja solek. Matanya tertancap pada notifikasi dengan nama Hirzan. Terjongket keningnya bila lihat waktu yang dihantar.

Awalnya mamat ni bangun? bisik hati Qis. Dia cuma baca tanpa buka aplikasi itu.

 Dia cuma baca tanpa buka aplikasi itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Eleh! Poyo aje. Qis menggeleng dan letak semula telefonnya. Dia nak kemas barang-barangnya.

His ReturnWhere stories live. Discover now