HR 16

222 20 1
                                    

"OKAY, terima kasih ya." Qis sempat hadiahkan senyuman buat staf receptionist itu. Beberapa sampul putih kini ada di tangannya. Dalam ni ada kad akses masuk ke dalam chalet dan gelang akses untuk masuk ke dalam kolam renang nanti.

Tak pakai tak boleh masuk. Tak mandi sekadar nak pantau anak kecil pun kena pakai. Katanya.

Qis menghampiri ahli keluarganya yang duduk di tengah lobi dan ada kerusi sofa di situ.

Sampul putih itu diserahkan kepada setiap ketua keluarga ikut nombor bilik yang sudah ditetapkan.

"Keluarga paklong bilik 225... Bilik paklang nombor 219. Bilik atok nenek dan acik su nombor 226 sebelah chalet paklong. Dalam sampul tu ada gelang akses nak masuk kolam. Mandi ke tak mandi wajib pakai okay?" pesan Qis.

Sekarang dah selesai. Mereka bergerak ke arah sayap kanan resort itu berdasarkan nombor yang tertera di dinding sebagai petunjuk.

Mereka melalui satu laluan pendek seperti terowong. Keluar saja sudah disajikan dengan landskap alam. Chalet semua tersusun rawak dan dikelilingi pokok palma, pokok-pokok renek lain yang dia tak tahu nama serta rimbun pokok bunga pelbagai jenis.

Ayahnya sudah membelok arah lain ikut atok dan nenek sebab nak bawakan beg sampai chalet.

"Bilik kita nombor berapa eonni?"

"Nombor 210."

"I think it's over there. Papan tu tunjuk bilik dari nombor 201-210 kena ikut arah sana." Qisha tunding jari di sebelah kiri sana.

"Tak nampak pun nombor biliknya," ujar Puan Jannah.

Qis setuju. Macam mana nak tahu. Takkan nak pergi ketuk chalet orang lain semata nak tanya nombor bilik.

"Qis Arlynna?"

Sedikit terkejut bila nama dipanggil. Belum pun nak menoleh tapi kenapa dia rasa macam kenal pemilik suara tu? Jantung Qis berdentak tidak menentu. Teragak-agak untuk menoleh.

"Eh Hirzan..." Suara emaknya.

"Abang Hirzan!" Serentak Qhaira dan Qisha menjerit menyebut sebaris nama itu.

Tak tunggu sesaat lagi, Qis menoleh ke sisi. Muka yang sedia terkejut semakin terkejut sebab memang Hirzan Daniq!

Muka Qis berkerut kesal. Apatah lagi tengok sengihan Hirzan. Suka lah mamat tu sebab dapat jumpa lagi. Dia ingat balik dari main ATV dah bebas daripada Hirzan. Kena jumpa lagi mamat ni kat The Bayu Resort ni?

Ceh! Tadi masa nak tinggalkan tempat ATV pun hati dah sendu sebab berpisah dengan Hirzan. Sekarang jumpa balik, dah lain perasaannya.

Dasar lalang kau ni Qis Arlynna!

"Makcik duduk resort ni ke?" Hirzan menghampiri beberapa wanita itu.

"Tanya lagi. Nampak orang seret bagasi berat-berat ni mesti lah duduk sini. Takkan nak cuci kolam pula," sindir Qis laju kemudian menjeling ke arah lain.

Hirzan cuma senyum.

"Tak apalah. Saya tolong bawakan beg sampai ke chalet. Bilik nombor berapa?" Laju Hirzan pergi capai bagasi yang dibawa Puan Jannah.

"Nombor 210!" jawab Qhaira.

"Okay jom."

"Eh tak payahlah Hirzan. Jangan susahkan diri tu." Puan Jannah menegah tapi Hirzan tetap capai besi penarik bagasi itu.

"Tak susah pun makcik. Bawakan beg aje. Yang susah tu nak bawa anak makcik yang sorang tu jalan-jalan. Kena saya terima nikah dulu."

Terus meletus tawa Puan Jannah.

His ReturnWhere stories live. Discover now