HR 21

121 14 0
                                    

QIS mengakhiri doanya dan sapu ke seluruh wajah. Dia duduk sekejap di situ. Penatnya masih menjalar ke seluruh tubuh kerana berjam-jam duduk dalam kereta. Kalau singgah di RnR adalah waktu paling nikmat sebab dapat regangkan badan.

Mereka sampai di rumah lewat petang tadi. Ahli keluarga yang lain semua dah balik ke rumah masing-masing kecuali keluarga Qis. Saja nak teman atuk dan nenek memandangkan semua pun dah letih dan rimas nak duduk dalam kereta lagi jadi baik rehat semalaman di kampung.

Qis pandang telefonnya di atas katil. Masih tak ada detingan bunyi notifikasi yang selalu dia dengar atau lebih tepat, mesej daripada Hirzan.

Rindu ke dia pada lelaki itu? Tapi memang selama ini pun perasaan itu tak pernah lenyap. Cuma yang dulu tak sekuat rindu yang sekarang. Kenapa ya? Apa kerana Hirzan buat kemunculan yang kerap?

"Kenapa asyik teringat dan rindu dia?" Qis berbisik sendiri sekali mengelamun. Susah rupanya untuk dia move on. Kenapa orang lain nampak mudah? Tapi... Tak, dulu dia sendiri berbelah bahagi apa lagi melihat Hirzan sekejap muncul dan sekejap hilang.

Sekarang juga berbelah bahagi dengan permintaan Hirzan yang mahu mereka kembali jalinkan hubungan yang dulu.

"Termenung apa?"

Qis tersentak lalu berpaling. Nenek melangkah ke arah Qis dan menghenyak perlahan di birai katil. Qis masih statik di atas sejadah.

"Tak ada apa."

"Teringat Hirzan?"

Hati Qis macam kena pukul. Nenek ni macam tahu-tahu saja. Riak mukanya dikawal supaya nenek tak perasan.

"Tak adalah nek, buat apa nak teringatkan dia." Qis menafikan namun nenek hanya senyum.

"Manalah tahu, kan? Lagi pun nenek berkenan betul dengan dia. Cara dia bercakap, berborak dengan kita. Nak-nak lagi masa dia minta restu kelmarin..."

Qis hanya dengar dulu. Kalau begitu saja dah buat nenek suka apatah lagi dirinya yang sudah tahu dan kenal Hirzan lebih daripada yang lain. Buat dia kagum dengan Hirzan cuma satu tindakan itu saja bagi Qis, kurang cerdik. Walaupun Hirzan kata lelaki itu punya sebab. Tak! Bagi Qis, tak ada sebab munasabah untuk akhiri hubungan. Selagi dia rasa ada cara untuk selamatkan dan pertahankan kenapa memilih untuk berpisah.

"Qis tak nak terima ke?"

Matanya naik melihat nenek. "Qis tak boleh terimalah nek. Lagi pun dulu dia yang nak sangat putuskan hubungan tu. Konon sebab kerja." Mulut Qis muncung sedikit.

"Apa masalahnya kalau dia pergi sebab kerja? Bukan dia pergi berjoli sakan. Qis kenalah jadi orang yang faham dia. Kalau dia main-main, tak mungkin dia nak datang balik macam sekarang."

Qis diam. Tak tahu nak balas apa. Dah separa kalah dengan neneknya.

"Tapi Qis sedarkan yang dalam hati Qis masih ada dia? Maksud nenek, Qis  bukan tak boleh terima dia sebab dah tak ada rasa sayang tu, cuma Qis marah je sebab dia tinggalkan Qis dan bagi kamu pula alasan dia tu... Tak munasabah..." kata nenek.

Qis melentokkan kepalanya di kepala lutut wanita tua itu. Sebelah tangannya juga diletakkan atas peha neneknya.

"Betul la kut. Qis susah nak lupakan dia walaupun dah tiga tahun berlalu," balas Qis. Dia mula rasa bahunya ditepuk perlahan.

"Masih marah dan susah lupakan bermakna masih terperangkap dalam dunia kita dan dia. Istikharah lah kalau perlu. Doa banyak-banyak minta Allah tunjuk apa yang Qis kena buat. Tapi bagi nenek, apa yang dalam hati tu dah jadi petanda."

Qis mula termenung. Petanda?

***


BALIK dari kampung, Qis terus pergi melawat butik Atasha. Manalah tahu ada benda yang dia boleh tolong. Tolong menyemak pun jadilah.

Ada beberapa tempat itu masih dalam proses renovasi dan pasang lantai vinyl. Sikit hari siaplah dan boleh mula kerja mengecat.

"Seronok bercuti? Siap pakej jumpa jodoh." Belum apa-apa, Atasha sudah bising dulu.

"Bolehlah. Aku banyak kena sindrom termenung lepas tu."

Atasha gelak. Mereka berdua duduk di sudut kedai itu, dekat dengan pintu masuk. Atasha dah bentang siap-siap tikar kecil untuk duduk sambil memerhati.

"Bila kau nak mula ni?" tanya Qis sambil dia keluarkan dua kotak kecil berbentuk segitiga berisi tiramisu dan kek puding yang sempat dia singgah beli di kafe sebelum berjumpa Atasha.

"Estimate dalam... Dua minggu lagi. Tengoklah pada kelajuan bawa masuk barang. Dengan nak susun-susun lagi. Siap awal, ready to open awal lah."

Qis angguk kepala. "Kalau nak aku tolong, roger-rogerlah."

"Eleh, masalah sendiri pun tak tertolong. Kau dah istikharah ke?" Terus keluar soalan cepumas Atasha.

"Kau ni macam nenek akulah. Iya, aku dah istikharah. Minta Allah bagi aku jawapan. Aku nak kena buat apa, nak kena terima dia ke? Belum ada jawapan lagi. Okeh cik Atasha?" Qis menjeling manja.

"Aku pelik dengan kau ni, masih sayang tapi ragu-ragu nak terima Hirz balik. Apa yang kau takut sangat? Cuba bagi aku satu sebab? Kau masih marah lagi sebab dia pergi?" soal Atasha bertubi-tubi.

Lama Qis diam sampai kunyahan dimulutnya selesai.

"Nak kata marah tu... Tak juga. Masa dekat resort je, malam tu aku masih marahkan dia. Tapi bila fikir balik apa yang kau dengan nenek kata... Betul juga."

"Apa perasaan kau bila ada dengan dia?"

"Bila dia tak ada, kadang-kadang rindu. Masa chat, tak sedar dah tersengih. Masa jumpa depan-depan untuk pertama kali tu, dia buat aku nervous tapi dalam masa yang sama dia buat aku tenang, menenangkan dan ditenangkan. Semualah," jelas Qis dan tak sedar ada segaris senyuman halus di hujung bibirnya.

"Tulah, bila aku kata yang kau masih angau dengan dia, kau tak nak percaya. Ajaklah berjumpa. Kau tanya dia soalan-soalan sampai kau betul-betul yakin. Sampai kau jumpa alasan untuk terima dia atau tak perlu terima dia. Kalau aku jadi kau Qis... Aku terima. No doubt. Sebab dah banyak petanda."

Tangan Qis yang menguis kek puding miliknya terus terhenti. Petanda? Agaknya otak dia yang lembab sampai tak nampak lagi semua petanda tu.

Atasha bangun bila ada pekerja panggil. Tinggal Qis seorang di situ. Dia pandang telefon di sebelahnya. Skrin disentuh beberapa kali hingga hidup.

Tak ada notifikasi lagi daripada Hirzan hari ini.

Dia terasa hati dengan aku ke sebab cakap macam tu masa pulangkan hoodie dia... getus hati Qis. Otaknya mengingatkan kembali apa yang Hirzan katakan ketika itu.

"Kau lagi perlukan. Di waktu-waktu macam semalam. Qis... Aku belum boleh ada untuk kau, peluk kau dan tenangkan kau. It's a part of me."

Tapi bila situasi itu datang, dia sendirian juga. Tanpa Hirzan. Jadi apa kelebihan kalau ada lelaki itu di sisinya?

Patut jumpa atau tidak?

His ReturnWhere stories live. Discover now